Wednesday, August 13, 2008

Muktamar PAS Pusat ke 54: Selamat Datang ke Negeri Perak

ABIM Perak mengalu-alukan kepada semua tetamu yang bakal menghadiri Muktamar PAS kali ini ”AHLAN WAH SAHLAN WA MARHANABAN” terutamanya kepada perwakilan pemuda yang pertama kali diadakan di Perak sejak sejarah penubuhan PAS pada 1951. ABIM difahamkan bahawa Muktamar Pemuda PAS tahun ini menempa sejarahnya yang tersendiri apabila ia diadakan di negeri Perak, di mana negeri Pemuda PAS dilahirkan, sekaligus menyambut ulangtahunnya yang ke-55.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-49 bermula dengan penuh sederhana dan ceria yang dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan anggota unit Amal oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin; Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar; Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Penerangan, Mahfuz Omar.

Turut kelihatan, Ketua Pemuda Angkatan Muda KeADIlan, Shamsul Iskandar Mat Akin; Ketua Pemuda DAP Perak, Nga Kor Meng; wakil-wakil daripada Abim, JIM, Karisma, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub berkata perhimpunan yang diadakan di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat ini adalah satu medan yang dapat dimanfaatkan untuk melontar kritikan dan membangunkan idea-idea yang membina.

Mengimbau kembali kelahiran Pemuda PAS, Salahuddin berkata pada 25 Ogos 1953, di Madrasah al-Ulum as-syar'iyyah, Batu 20, Bagan Datoh, satu Kongres Pemuda Islam dianjurkan PAS telah diadakan, yang dihadiri pemuda-pemuda Islam di seluruh pelusuk negara.

Tambah beliau, melalui kongres inilah Dewan Pemuda PAS berjaya ditubuhkan, serta hari ini, kurang 12 hari dari tarikh lahirnya Dewan Pemuda, badan ini kembali semula ke bumi bertuah Perak Darul Ridzuan untuk memperbaharui tekad dan meneruskan idealisme dalam menegakkan Islam di negara ini.

Kesempatan yang bertuah ini, ABIM Perak ingin merakam ucapan tahniah kepada Ketua Pemuda PAS, Yb Sahuddin Ayub atas ucapan pembukaan yang mantap. Tidak lupa kepada Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang merasmikan muktamar pemuda. InsyaAllah, ABIM sentiasa bersama menyokong perjuangan menegakkan kebenaran dan Keadilan dan akan terus memantapkan Islam melalui dakwah dan tarbiyyah. Allahuakbar !

No comments: