Friday, August 29, 2008

KEMERDEKAAN NEGARA 51 TAHUN: Merdekah kita sebagai seorang Mukmin ?

Islam agama pembebasan

Saudara mukmin yang dirahmati Allah,

Pada hakikatnya Islam itu merupakana agama pembebasan ! Mesej besar dan penting ini jelas sekali terungkap dalam misi utamanya Ikraju ’n-nasi mina ’z-zulumat ila ’n-nur (Membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya kebenaran). Dengan kata lain, risalah Islamiah ini boleh dirumuskan sebagai misi pembebasan dan pencerahan (tahriry-tanwiriy). Keranan kehadiran Islam dan gerakan pendakwahnya di atas muka bumi Allah ini digambarkan sebagai a liberating and enlightening force.

Ternyata wahai saudara mukmin sekelian, kemerdekaan atau pembebasan dalam konteks misi Islam merangkumi aspek yang cukup luas, meliputi pembebasan daripada segala bentuk pembelenguan termasuk kemerdekaan dari penjajahan.

Kata al-zulumat adalah kata yang meliputi segala bentuk bencana dan kerosakkan kemanusiaan termasuklah kesesatan, kebigungan, kejahilan, kedunguan, kebodohan, kemunduran, kebejatan, kegilaan, kezaliman, penipuan dan sebagainya. Umat Islam bukan sahaja membebaskan dirinya sahaja, malah perlu berusaha menyelamatkan yang lain.

Dalam konteks negara kita yang merdeka selama 50 tahun, ukuran yang ada dalam konteks kemerdekaan Islam tidak cukup hanya merdeka dari penjajahan manusia barat semata-mata. Bagaimana dengan umat Islam yang bebas dari penjajahan barat ini? Cara hidup, dan pemerintahan bagaimana? Pembebasan (tahrir) dalam konteks misi Islam seharusnya tidak sama sekali terpisah dengan misi pencerahan (tanwir). Tidak bererti sama sekali sekiranya kita bebas dari sudut fizikal, tetapi kegelapan yang ditinggalkan oleh penjajah diteruskan. Apa erti bebas daripada suatu kegelapan, kemudiannya dijerumuskan ke dalam kegelapan yang lain.

Manusia mukmin itu sebenarnya adalah manusia berjiwa merdeka yang sedar dengan ketinggian martabat keinsanannya serta cukup komited menghyati kalimah, Innahu laysa li’l-mu’mini an yudhilla nafsah ( Sesungguhnya, tidak seharusnya seorang mukmin menghina dirinya sendiri)

Kisah mukmin yang merdeka

Rib’i bin Amir Radhiyallahu anhu, merupakan hamba Allah yang kental, seorang pahlawan kaum muslimin dalam peperangan Al-Qadisiyah. Beliau mendatangi Rustum bangsa Parsi yang membawa sekitar 280 ribu pahlawan perang.

Dengan penuh rasa bongkak dan sombong berlandaskan kehebatan jumlah ketenteraan, bertanya kepada Rib’i bin Amir ” Apakah maksud kedatangan anda?” Rib’i yang hanya memiliki tombak yang tumpul, pakaian yang lusuh dengan seekor kuda yang tua, menjawab dengan penuh berani dengan semangat Allah dan Rasulnya, yang meremangkan bulu roma seorang mukmin:

”Seseungguhnya Allah s.w.t mengutuskan kamiuntuk membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia menuju kepada Tuhan (Allah) manusia, dan dari kesempitan dunia munuju keluasan akhirat dan daripada kezaliman agama-agama yang batil menuju keadilan agama Islam.”

Rustum yang gementar cuba membalas jawapan berani Rib’i ” Jangan anda keluar daripada istanaku kecualu kamu membawa tanah di atas kepalamu”

Maka Rib’i bin Amir r.a membawa tanah tersebut dan berkata kepada sahabatnya ” Ini adakhabar genbir, kerana ini bererti bahawa Allah swt akan memberi kemenangan kita dan kita akan menguasai negeri mereka”

Kemudian pertembungan yang hebat berlaku, dipimpin oleh panglima besar Islam, Saad bin Abi Waqqash r.a. setelah beliau masuk dan mengajak penduduknya kepada Islam tetapi bukan sahaja ditolak malah menyatakan perang. Umat Islam telah diberi kemenangan oleh Allah menghancurkan kesesatan dan kemaksiatan serta memusnahkan semua patung kaum parsi seraya membaca firman Allah swt:


”Alangkah banyaknya taman dan mata air yang mereka tinggalkan dan kebun-kebun serta tempat-tempat yang indah dan keseronokan-keseronokan yang mereka menikmatinya, demikianlah . Dan Kami wariskan semua itu kepada kaum yang lain. Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan merekapun tidak diberi tangguh.”

(Ad-Dukhan: 25-29)

Pemerkasaan Bangsa Menurut Al-Quran

Perkara yang sangat sukar dan payah untuk dimengertikan ialah agenda pembinaan jiwa merdeka dan pemerkasaan bangsa. Umat Islam di negara ini perlu mengetepikan sebarang perselisihan dari semua aspek dan ikhlas kerana Allah untuk memgembleng setiap kekuatan termasuklah strategi yang bijaksana.

Perjuangan untuk memperkasakan umat (empowerment the ummah) harus bermula dari suatu keyakinan bahawa al-izzah (kekuatan, kemulian dan keunggulan) hanya diperolehi dari RabbulJalil Allah swt. Sebab apa ? Jawabnya kerana Allahlah yang memilikinya berdasarkan surah al-Fatir:10. Satu-satunya jalan untuk memperolehinya hanya menerusi JALAN AGAMA –al Islam. Semua keyakinan ini sangat selari dan kuat dengan pandangan kalifah amirulmukminin Umar ibn al-Khattab r.a yang mengungkapkan suatu pengertian,

Sesungguhnya kita dahulu adalah sehina-hina manusia, lalu Allah muliakan kita degan AL-ISLAM, maka andainya kita cuba mencari kemuliaan dengan yang lain daripadnya AL-ISLAM, nescaya Allah akan menghina kita”

Inilah hakiktnya yang perlu diyakini oleh semua umat yang benar-benar menyelamatkan umat pasca 51 kemerdekaan. Bukan semangat bangsa semata-mata kerana takut terjerumus di dalam semangat assabiyyah. Yakinilah bahawa hanya Allah yang berkuasa memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya dan menghina sesiapa yang dikehendakiNya berdasarkan surah Ali Imran:26.

Semoga Allah menganugerahkan kerajaan ini kepada hambanya yang soleh.
Allahuakbar !

No comments: