Saturday, October 3, 2009

KEBIADAPAN JAG DAN SIS

LAPORAN AKHBAR ISU JAG & SIS
Sat Oct 03, 09 - 10:29:35 am
IPOH, 3 Okt: Beberapa pertubuhan Islam bukan kerajaan di negeri ini menuntut Sisters and Islam dan pertubuhan lain yang mahu hukuman syariah dihapuskan, disiasat kerana menghasut. Ketua Penyelaras Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Perak,En.Adham Jamallulail Ibrahim, yang juga antara peguam yang dilantik oleh Kartika Sari Dewi binti Haji Shukarno, menuntut Sisters in Islam dan pertubuhan terbabit disiasat kerana menghasut melalui tuntutan mereka dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. "Tindakan Sisters in Islam dan pertubuhan-pertubuhan terbabit sangat biadap kerana tindakan tersebut menghasut dan mencabar kuasa raja-raja Melayu kerana syariah ialah bidang kuasa raja-raja," katanya selepas membuat satu laporan polis terhadap kumpulan terbabit di balai polis di sini.
"Sisters in Islam sudah bersikap biadap dan melampau kepada umat Islam dan hukum syariah yang telah ditetapkan. Tindakan mereka juga adalah satu usaha menghina dan memperkecil-kecilkan undang-undang syariah yang sedia ada," katanya lagi.
Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Perak, Tuan Haji Suhaimi bin Latip menegaskan semua pihak yang terlibat menarik balik kenyataan mereka dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini."Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang 1982 (Pindaan 1987) adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang diperkenankan Sultan Pahang. Menghina undang-undang syariah adalah bererti menghina Sultan Pahang.Menurutnya, kumpulan terbabit "hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah, kononnya hukuman itu kejam, menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia yang kononnya mereka perjuangkan, sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita"Kita juga menuntut penganut agama lain tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam," katanya kepada pemberita di Ipoh.
Sisters and Islam dan kumpulan lain yang membentuk Jawatankuasa Tindakan Bersama bagi Kesamarataan Gender (JAG), dalam memorandum bertajuk Keadilan untuk Kartika kepada perdana menteri pada 25 Ogos lalu menggesa kerajaan menilai semula hukuman sebat yang didakwa mencabul prinsip hak asasi manusia antarabangsa.
Kumpulan itu menegaskan, keputusan mahkamah menjatuhi hukuman rotan ke atas Kartika "menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam moderat." Menurut memorandum itu lagi, hukuman itu menyebarkan lagi kepercayaan bahawa Islam ialah agama yang mendiskriminasi wanita.
Kumpulan itu juga membuat satu kenyataan bersama 30 September lalu mempersoalkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang mengaku bersalah meminum arak.
JAG yang ditubuhkan di tengah-tengah kekecohan berhubung isu sebat Kartika disertai Sisters in Islam, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Persatuan Tindakan Wanita (Awam), Pusat Wanita bagi Perubahan, Pulau Pinang (WCC), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam).
Dalam kenyataan bertarikh 30 September itu, JAG menuntut supaya "kerajaan persekutuan dan negeri menjalankan semakan menyeluruh ke atas semua undang-undang berhubung kesalahan-kesalahan jenayah syariah" dan mempertimbangkan untuk membatalkan undang-undang tersebut.
JAG juga mendakwa hukuman sebat berdasarkan undang-undang syariah sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah.
Kenyataan itu juga turut mengaitkan hukuman sebat Kartika itu dengan amalan pembakaran balu dalam agama Hindu.
Timbalan Yang Dipertua Jemaah Islah Malaysia (JIM) Cawangan Perak, En Megat tindakan JAG dan SIS didakwa melampau, berniat jahat terhadap undang-undang syariah dan biadab. Beliau menyifatkan pihak yang terlibat itu sebagai bersikap selektif dalam kritikan mereka berkaitan hak asasi manusia. Untuk penjelasan yang jelas, kami Pertubuhan Islam di Perak tidak keberatan untuk mengadakan program yang lebih sihat dan terbuka kepada semua kaum seperti berdebat atau forum secara ilmiah mengenai isu hukum syariah di Negara Malaysia.
Sebanyak 10 pertubuhan Islam berkenaan ialah Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Negeri Perak, Angkatan Belia Islam Malaysia Perak (ABIM), Jemaah Islah Malaysia Negeri Perak (JIM), Wadah Pencerdasan Ummah Negerai Perak (WADAH), Malaysia Chinese Muslim Association negeri PERAK (MACMA), Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP),Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak (PUM) Pertubuhan Informasi Islam Negeri Perak, HELWA ABIM Perak dan AJK Masjid Aulia.

Monday, June 22, 2009

PAS-UMNO: Menyorot Sejarah Pahit Kerajaan Perpaduan

Dalam isu hangat kerajaan perpaduanyang dimainkan oleh media kini, ada beberapa perkara yang boleh diambil kira oleh PAS untuk dipertimbangkan. Pertama, pengalaman yang pernah dilalui ketika penyertaan PAS bersama Parti Perikatan yang di ketuai oleh UMNO (United Malays National Organization) sehinggalah tahun bersejarah untuk PAS 1977. Sebab itu segala catatan dan pengalaman yang pernah di lalui oleh Allahyarham Tan Sri Dato’ Mohd Asri Haji Muda selaku Yang Dipertua PAS yang ketiga, merangkap Menteri Besar Kelantan cukup berharga untuk direnungi. Jasa peting yang dilakukan oleh Dato Asri ialah pandangan beliau menyalurkan idea untuk menyelesaikan isu tragedi 13 Mei 1969.
Ketika tercetusnya peristiwa berdarah Rusuhan Kaum 13 Mei 1969, kuasa politik bangsa Melayu di Malaysia ternyata tergugat disebabkan tohmahan dan beberapa faktor perkauman yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ketika itu walaupun Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri, urusan Negara diserahkan kepada Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannnya sebagai Pengarah Majlis Gerakan Negara atau Mageran apabila Parlimen digantung. Setelah dua hari tragedi berterusan, Dato’ Mohd Asri telah dijemput oleh Tun Abdul Razak untuk membincangkan masalah perpaduan, survival dan masa depan bangsa Melayu. Saat inilah lahirnya idea untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang politik di antara UMNO dan PAS bagi tujuan penyatuan bangsa Melayu. Petemuan antara dua tokoh ini akhirnya melahirkan kerajaan campuran di mana PAS bersetuju untuk turut menyertai kerajaan Barisan Nasional demi keselamatan, kestabilan dan perpaduan Negara. PAS ketika ini jelas bersedia tanpa berprasangka mengenepikan “ideologi” parti dan duduk semeja untuk bekerja sama dengan UMNO, walaupun bertentangan dan bermusuhan serta bersaing sengit dalam empat pilihan raya umum untuk merebut kerusi (1955, 1959, 1964,dan 1969). Terbukti keihklasan PAS menjadikan Kelantan satu-satunya tidak dicemari dengan darah. Begitulah hebatnya sumbangan PAS walaupun singkat. Pada 1 Januari 1973, PAS bekerjasama dengan parti-parti politik yang lain dengan tertubuhnya gabungan parti pemerintah yang dikenali sebagai Barisan Nasional termasuklah parti pembangkang yang lain iaitu parti Gerakan dan Parti Progresif Rakyat (PPP). Kerajaan campuran PAS-Perikatan (UMNO) yang ditubuhkan 1973 ini telah membuktikan bahawa PAS memberikan suatu sumbangan yang sangat tinggi nilainya dari sudut perpaduan dan keharmonian umat. Dato Mohd Asri dilantik menjadi Menteri Penuh dan beberapa pimpinan PAS yang lain diberi jawatan Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen setelah pilihanraya 1974. Di beberapa buah negeri beberapa orang calon PAS yang menang sebagai Calon Barisan Nasional dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco. Panas yang disangka sehingga ke petang rupa-rupanya hujan ditengah hari apabila setelah empat tahun berkongsi kuasa dan bekerja sama retak-retak mula muncul dan semakin membesar akhirnya menjadi belah. Dikaitkan krisis UMNO-PAS diperingkat Kelantan, akhirnya dikeluarkan dari Barisan Nasional setelah tidak menyokong satu Rang Undang-undang Perisytiharan Dharurat di negeri Kelantan yang sememangnya menjadi medan pertemuan sengit PAS-UMNO. Sangat menyedihkan apabila pilihan raya umum 1978, ternyata prestasi PAS merosot dan menjunam terus sehinggalah di lihat PAS menjadi lemah untuk menghadapi lawannya UMNO. Perpecahan dalaman juga beriringan selepas itu.
Generasi muda yang segar berbaris di dalam saf kepimpinan PAS kini perlu dibekalkan dengan maklumat penting, seperti maklumat punca ketegangan di akhir-akhir sebelum PAS dikeluarkan, antaranya seperti yang di ungkapkan oleh alayarham Dato’ Mohd Asri ialah;
1. Timbulnya kegelisahan sesetengah pihak di Kelantan, bahawa sehingga bilakah PAS mahu memegang tampuk pemerintahan negeri atau dalam bahasa yang mudah bilakah UMNO akan dapat memerintah Kelantan kembali. Kegelisahan inilah yang menyebabkan suasana kerjasama tergugat.

2. Timbulnya suara-suara sumbang yang kadang kala bertukar menjadi fitnah. Ini disebabkan berlakunya gerakan untuk bersama PAS di kawasan tertentu yang sebelumnya kawasan berkenaan belum ada PAS.

3. Tanggapan salah yang di dorong oleh laporan yang salah tentang sesuatu kejadian yang akhirnya menjadi begitu sensitif sekali.

Kesemua tiga faktor ini telah mencetuskan suasana gawat. Peristiwa gawat yang dimaksudkan ialah:
1. Kegawatan yang timbul apabila tiba masanya untuk memilih seorang Menteri Besar hasil pilihan raya 1974. Persoalan ini Nampak mudah apabila parti yang mendapat majoriti akan mengemukakan calon yang dipersetujui. Kebiasaannya di kalangan yang lain tidak pernah malah tidak perlu campurtangan. Walaupun begitu, PAS tetap bertolak ansur menerimanya dengan penuh rasa mengerti dan mahabbah, walaupun ada yang terguris hati. Kegawatan ini terus ditambah lagi oleh gerakan halus yang membangkitkan rasa tidak senang hati yang akhirnya menimbulkan perpecahan dari dalam. Ada pula yang ingin menangguk di air keruh ketika itu apabila ada golongan yang berhasrat untuk mengmabil alih Kelantan dari tangan yang berkuasa walau dengan apa cara sekalipun, walaupun mereka juga sama berada dalam wadah Barisan Nasional.

2. Perasaan cemburu juga muncul apabila PAS mengembangkan sayapnya.Ini terbukti apabila timbulnya tuduhan yang agak keras menuduh PAS mencuri ahli parti kawan sehingga dapat menubuhkan cawangan atau rantingnya. Pada hal semuanya maklum bahawa PAS cukup berwaspada dan sangat berhati-hati ketika itu dalam gerak langkahnya. Misalnya pada setiap tempat yang ingin menubuhkan cawangan atau rantingnya, wakil rakyat di kawasan terbabit dijemput hadir sama untuk mengelak fitnah. Selain itu, permohonan menjadi ahli PAS turut ditapis dengan cermat agar tidak tersalah mengambil anggota parti lain dalam Barsan Nasional. Tujuan utamanya ialah untuk keutuhan Barisan Nasional.

3. Disamping itu telah berlaku suatu kejadian di satu tempat. Ketika itu PAS telah mengadakan majlis pertemuan dengan anggotanya. Secara kebetulan, pada waktu yang sama pemuda UMNO turut mengadakan majlis pertemuan dengan dihadiri oleh Perdana Menteri. Ketika rombongan Perdana Menteri melalui tempat perhimpunan PAS, anggota PAS telah berkumpul dan bersorak melambai-lambaikan tangan kepada rombongan tersebut. Rupa-rupanya peristiwa ini telah di salah tafsirkan sehingga menuduh PAS mengejek Perdana Menteri ketika itu.

Kesemua peristiwa berkenaan telah membangkitkan suatu fenomena kegawatan yang sangat sukar untuk dikawal. Berdasarkan retetan tersebut, menjadi asas tragedi politik PAS-UMNO apabila parlimen dipanggil bersidang dan sebuah akta diluluskan bagi mendaruratkan Kelantan. Dikhabarkan Dato’Mohd Asri telah bangun berucap dalam Dewan Rakyat menentang Rang Undang-Undang tersebut. Dalam isu ini, Dato’ Mohd Asri digambarkan tidak beretika dan kurang sopan apabila sebagai seorang Menteri Kabinet berucap menentang sebarang Rang undang-undang atau usul daripada Kabinet. Sebelum itu ketika dalam sidang jemaah menteri di sebelah pagi Dato’ Mohd Asri juga berterus terang menyatakan pendirian beliau untuk menolak dan menentang Rang tersebut dan beliau telah memohon meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet. Sehinggalah dalam satu mesysuarat Barisan Nasional yang di adakan kemudian, satu usul telah dikemukakan iaitu usul untuk menyingkirkan PAS daripada Barisan Nasional. Sungguh menyayat hati dan pilu bagi warganegara melayu dan Islam ketika itu apabila setelah selesai perbahasan, seperti biasa usul tersebut diterima sepenuhnya tiada yang membangkang kecuali wakil daripada PAS. Seumpama sebuah keluarga besar yang diusir keluar dari rumah yang dijanjikan kebahagian perpaduan satu ketika dahulu. Anak-anak, harta, perkakas rumah, kain baju dan banyak lagi terpaksa dibawa keluar dengan rasa kecewa dan malu. Ketua keluarga yang di usir dikerumuni oleh anak-nak keluarga besar yang sememangnya tidak tahu apa-apa.
Persoalannya, kenapa PAS disingkirkan oleh BN yang diketuai oleh UMNO seperti yang diunggkapkan oleh Allahyarham Dato’Haji Fadzil Mohd Noor di dalam ucapan dasar Muktamar PAS ke 46 pada tahun 2000 yang lalu “Sejarah merakamkan juga bahawa inilah antara perhitungan besar dalam keterlibatannya dalam kerajaan campuran pada tahun 70-an sebelum dicampak keluar pada tahun 1977”. Semua pimpinan PAS perlu meneliti dan berilah satu kesepakatan tentang maksud almarhum tentang “dicampak keluar” . Kenapa perkataan “dicampak” itu yang digunakan. Kenapa tidak digunakan perkataan “keluar” sahaja. Apa yang boleh difahami, perkataan campak merujuk kamus tersohor Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bermaksud ; lempar, meninggalkan sesuatu tempat buat selama-lamanya, dan membuang barang sesuka hati. tidak menghargai sesuatu barang Nampak semacam tidak mencerminkan apa-apa tetapi mungkinkah tersirat pengajaran yang cukup besar?
PAS: Parti Islam terbesar dan tertua di Malaysia
PAS perlu sedar bahawa parti ini sedang di ikuti dan di awasi oleh berbagai pihak sama ada pertubuhan gerakan Islam sedunia yang menumpang kasih dan sayang serta kagum atas semangat persaudaraan Islam atau sebaliknya. Berdasarkan pandangan tokoh ilmuan terkemuka barat, John L.Espoisito dan John O.Voll di dalam bukunya “Islam and Democracy” PAS adalah merupakan sebuah parti Islam yang terbesar dan tertua di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1951 oleh golongan ulama yang telah dikhianati oleh UMNO di sebabkan UMNO berkompromi berkenaan polisi terhadap bukan Melayu ( compromise policy towards non-Malays) dan apa yang di dakwa sebagai sikap berbelah bagi terhadap Islam (ambivalent attitude toward Islam). Maknanya, PAS perlu memahami bahawa kelahiran parti ini sebenarnya sudah ada sejarah pahit bersama UMNO. Setelah lebih 50 tahun kemerdekaan, isu berkompromi dengan bukan Islam mungkin telah banyak di selesaikan berdasarkan perkembangan terkini yang sangat mengkagumkan seperti penyertaan PAS dengan Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Demokratic Action Party (DAP), dan Penubuhan Kelab Penyokong PAS untuk kaum Cina dan India. Islam fobia di kalangan bukan Islam berjaya dikikis oleh PAS. Ini lah kejayaan yang cukup besar yang patut dijaga dan disyukuri oleh semua pejuang PAS. Adalah tidak mustahil PAS dalam tempoh yang mendatang akan menjadi sebuah Parti yang dominan mengetuai gabungan parti lain yang inginkan perubahan yang baik untuk Negara. Tidak mustahil sama sekali.
Sebelum bercakap isu kini yang membabitkan isu kerajaan perpaduan atau “unity talk”, ada beberapa persoalan yang perlu diteliti dan diselesaikan secara berlapang dada atas sikap perpaduan yang berasaskan keadilan dan kebenaran.
1. Antara punca PAS “Dicampak keluar” dalam tahun 1977 bertitik tolak dengan isu kuasa di Kelantan. Kini isu kerajaan Perak lebih menjurus kepada PAS-DAP yang mewakili Pakatan Rakyat dan UMNO sebagai wakil Barisan Nasional. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak menilai, tidak siapa pun yang waras boleh menerima bagaimana kerajaan baru pimpinan UMNO berkuasa kini. Ini bukan soal UMNO atau PAS. Rakyat Perak secara umumnya akan sentiasa menerima kerajaan yang secara sah tanpa prejudis. Mana-mana kerajaan yang jelas dipilih melalui pilihan raya perlu di dokong, baik PAS atau UMNO. Apa yang rakyat Perak perolehi kini. Semuanya terbantut sama ada soal perpaduan, dakwah, sosial, ekonomi dan sebagainya. Di Perak tidak ada isu lain yang dibincangkan melainkan isu dua Menteri Besarnya. Mana-mana pihak yang inginkan perpaduan dalam isu bangsa Melayu dan agama, isu kerajaan Perak telah menyebabkan perpecahan besar di dalam agama dan bangsa Melayu itu sendiri.

2. Isu agama yang melibatkan orang Melayu Islam juga tidak kemana. Misalnya,dalam isu sensitif merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan Abdullah atau Pathmanathan a/l Krishnan dan Indira Ghandi dalam isu penjagaan tiga orang anak mereka yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Ipoh. Yang menjadikan isu ini semakin “panas” dan celaru ialah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, menyatakan bahawa apabila salah seorang daripada suami isteri berkenaan memeluk Islam, maka anak tersebut hendaklah dibesarkan mengikut agama lazim / asal (common religion) pada waktu perkahwinan berkenaan. Perlu di ingat isu ini juga sebenarnya mengancam Islam dan bangsa Melayu itu sendiri. Tidak dikira lagi bagaimana pendirian dan komitmen pihak pemerintah yang ada kini dalam isu murtad dan sebagainya.

3. Bagaimana pula dengan isu bangsa Melayu yang berpecah dalam isu bahasanya sendiri. Orang Melayu tidak perlu salahkan parti DAP, Gerakan, Malaysian Chinese Association (MCA) dan sebagainya. Tidak cukup penghapusan tulisan Jawi oleh pimpinan Melayu, orang Melayu di hadapkan dengan isu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Isu bahasa ini jangan diabaikan. Pemimpin Melayu UMNO perlu disedarkan bahawa merekalah sepatutnya yang mendepani isu untuk diselesaikan. Semua ini dapat dibayangkan melalui sajak Usman Awang pada 3 Mac 1967;

Malam itu di Balai Budaya,
Api dan Air Mata,

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara,
Berarak ke Parlimen, aku di muka,

Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata
‘Bakar Perlembagaan 152


Malam itu di Balai Budaya,
Seorang pemuda berteriak,
‘Ayuh kami sedia dibakar’

Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher bahasa


4. PAS diyakini tidak akan sama sekali menyimpang daripada cita-citanya untuk menjadikan negara Malaysia sebuah Negara Islam yang harmoni dan diterima oleh semua kaum. PAS ketika era 1950-an hingga 1970an di lihat sebagai parti yang berkait rapat dengan nasionalisme Melayu sebagai mana didorong oleh idealism pimpinan semasa terutama ketika dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi (sebelum ini pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya atau PKMM dan gabungan parti kiri yang lain) telah menegaskan ; “Dari isi, sifat dan orientasi PAS dan saya adalah “nasionalis Melayu: dengan aspirasi Islam (John Hilley ; Malaysia :Mahathirism, Hegemony and The New Opposition). Walau bagaimanapun, sejarah telah melihat satu perubahan menjelang 1977-78, apabila PAS mengalami perubahan radikal dalam pandangannya mengenai nasionalisme. Berikutan kemasukan pimpinan muda ketika itu seperti almarhum Dato Ustaz Fadzil Noor, Nakahie Ahmad dan Abdul Hadi Awang bersama tokoh ulama yang lebih tua terutamanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan almarhum Ustaz Yusuf Rawa. Era ini bermulalah PAS meninggalkann pendirian Melayu-Nasionalis dan mula mencari pentafsiran baru yang lebih tulen dan murni mengenai Islam. PAS yang dipacu hebat oleh sebahagian besarnya golongan ulama, telah membina semula agenda Islam sekali gus menandingi UMNO yang dilihat tidak kearah itu. Semangat “nasional yang sempit” atau yang di takrifkan oleh PAS sebagai assabiyah dikaitkan sebagai cauvinisme etnik turut dikembangkan oleh Ustaz Hadi Awang sebagai Presiden PAS. Apabila UMNO memainkan hanya isu perpaduan Melayu, adakah ianya sesuai dengan perubahan pemikiran PAS yang telah ada kini?

5. Pertentangan yang paling jelas antara UMNO terhadap PAS ialah isu perlaksanaan hukum hudud. Biarpun telah diluluskan di Kelantan sebagai Akta Negeri pada 1993, perlaksanaan undang-undang Hudud memerlukan pengesahan persekutuan supaya ia boleh termaktub di dalam perlembagaan. Tetapi malangnya penentangan yang paling kuat yang mengagalkan cita-cita besar ini bukannya datang dari DAP, MCA dan mana-mana parti bukan Melayu dan Islam tetapi dari UMNO yang dipimpin oleh tokoh yang bernama Mahatir Mohammad. Ketika perbincangan mengenai perlaksanaan undang-undang hudud ini, Mahathir telah menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan PAS sebagai pelopor Kaum Tua. Sambil mencabar dan sinis dengan kenyataan ‘mesra’ Nik Aziz bahawa hukum hudud tidak akan dikenakan ke atas orang bukan Islam sekiranya undang-undang konvensyenal diamalkan, Mahathir memperlihatkan gambaran UMNO dari sudut prinsipnya yang jelas bertentangan. Mahathir dengan angkuh terhadap Tuhannya berusaha menggambarkan ketidakadilan dalam hukum hudud sambil membuat kenyataan yang tidak sepatutnya diungkap oleh seorang Melayu Islam seperti berikut:

“Wanita yang dirogol tidak mampu mengemukakan empat orang saksi, maka perogol tidak akan dihukum biarpun dia mengetahui siapa lelaki itu sebenarnya…Sebaliknya, jika dia mendapat anak akibat perbuatan tersebut, maka dia akan dituduh berzina dan direjam dengan batu sehingga mati. Hukum ini tidaklah adil.” (Dipetik dari: John Hilley ; Malaysia :Mahathirism, Hegemony and The New Opposition)

Sekiranya dalam isu perpaduan yang dikelirukan oleh sesetengah pihak terutamanya pihak media kepada ahli PAS di peringkat akar umbi, memang patutlah Tuan Guru Nik Aziz bersifat agak keras menolak berdasarkan beberapa kenyataannya akhir-akhir ini seperti kerjasama yang diimpikan antara PAS dan UMNO adalah mengarut, sampah dan sebagainya. Kenapa Tuan Guru bersikap demikian? Beliau lebih maklum dengan pengalaman yang ada dikira pahit bagi seorang pimpinan utama PAS.

Sebagai warga Melayu Islam, kita perlu meletakkan Islam sebagai tunjang perpaduan. Begitu jugalah PAS. Walau apa pun berlaku PAS jangan jatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. Apa yang ada pada PAS kini cukup baik untuk menjulang Islam di kaca mata orang bukan Melayu dan Islam. Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut merasa suatu kejayaan di dalam pakatan rakyat yang bukan diukur dengan kejayaan merebut kerusi atau jatuhnya beberapa buah negeri ke tangan pakatan, tetapi beliau melihat golongan bukan Islam dan bukan Melayu telah mula mendekati PAS. Mendekati PAS bermakna mendekati dan mula rasa tidak berperasangka dengan Islam. Islam mula di dekati dan dihayati. Inilah kejayaan yang sepatutnya PAS raikan. nilah yang dimaksudkan oleh Tuan Guru dan ini jugalah yang paling dibenci oleh pihak-pihak yang memang tidak mahu kepada Islam terutama di kalangan sebahagian Melayu Nasionalis. Turut dinasihati kepada semua pencinta kepada Islam, kita doakan agar pimpinan Melayu Islam yang mendominasi kini, diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT untuk melalui saat-saat getir dari sudut perbezaan pendapat.

Friday, May 8, 2009

AYUH... BANGKIT!

Merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan Abdullah atau Pathmanathan a/l Krishnan dan Indira Ghandi dalam isu penjagaan tiga orang anak mereka yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari Selasa bersamaan 5hb Mei 2009, Penulis ingin memberi beberapa pandangan yang mungkin mampu membawa pulangan yang lumayan kepada Islam itu sendiri. Secara peribadi, apabila penulis yang hadir melihat suasana dan berbual dengan barisan peguam muda yang mewakili Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) banyak sekali yang masyarakat Islam perlu tahu realiti yang sebenarnya. TUG OF WAR (tarik tali) kini berlaku sekali lagi di antara pasangan suami isteri apabila salah seorangnya memeluk Islam. Tug of War yang berlaku, tentu sekali melibatkan perebutan hak jagaan anak dan hak untuk menentukan status agama anak-anak mereka yang terlibat.

Yang menjadikan isu ini semakin “panas” dan celaru ialah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, menyatakan bahawa apabila salah seorang daripada suami isteri berkenaan memeluk Islam, maka anak tersebut hendaklah dibesarkan mengikut agama lazim / asal (common religion) pada waktu perkahwinan berkenaan.
Alasan yang menyebabkan keputusan ini dibuat, boleh difahami melalui kenyataan beliau seterusnya apabila beliau menyatakan bahawa “agama sepatutnya tidak dijadikan alat untuk pasangan terbabit melarikan diri daripada tanggung jawab kekeluargaan. Pemelukan ke dalam agama lain bukanlah suatu alasan untuk membubarkan sesuatu pernikahan secara automatik” (Religion should not be used as a tool to escape marriage responsibilities. Conversion is not grounds for automatic dissolution of a marriage – The Star).
Saya difahamkan bahawa keputusan ini dibuat kerana berlaku satu lagi kes yang sama melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi di Perak.
Mohd Ridzuan atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, asalnya beragama Hindu, tetapi kemudiannya memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anak-anaknya iaitu Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, kepada agama Islam pada 12 April 2009 dan telah memohon hak penjagaan anak tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh sedangkan isterinya (Indra Gandhi) masih lagi beragama Hindu. Adalah difahamkan pihak isterinya telah memohon bantuan campur tangan kabinet sehingga menyebabkan Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut.
Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi negara ini dalam Perkara 12 dengan tajuk “Hak berkenaan dengan pendidikan”, memperuntukkan antara lain:-
(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.
Maka kita dapat memahami bahawa agama seorang kanak-kanak yang berusia di bawah 18 tahun hendaklah ditentukan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya iaitu salah seorang daripada mereka lantaran wujudnya perkataan “atau” yang memisahkan antara ketiga-tiga pihak yang disebut itu. Oleh itu, dalam kes ini, suami tersebut berhak untuk menukar agama anak-anaknya
Apabila kita melihat kepada Seksyen 95, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (terpakai hanya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan).
Dengan tajuk “Keupayaan masuk Islam” dinyatakan seperti berikut:-
“Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan-
(a) mencapai umur lapan belas tahun; atau
(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya”
Justeru itu, kita dapat memahami bahawa ia memperuntukkan, antara lain, bahawa kanak-kanak yang belum mencapai usia 18 tahun boleh memeluk Islam jika sekiranya mendapat restu daripada salah seorang, sama ada ibu, bapa atau penjaganya.
Malah dalam kes yang menjadi “landmark” dalam menentukan siapa yang berhak menentukan agama seseorang anak iaitu kes Subashini Rajasingam lawan Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 2-1 telah memutuskan bahawa bapa tersebut (Saravanan) mempunyai hak atau kuasa untuk menukarkan agama anaknya kepada Islam berdasarkan peruntukan Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam penghakiman oleh Yang Amat Arif Dato’ Bentara Istana Dato’ Nik Hashim bin Nik Ab. Rahman, Hakim Mahkamah Persekutuan, dalam kes tersebut, beliau memutuskan bahawa salah seorang daripada suami atau isteri mempunyai hak untuk menukar agama anak mereka kepada Islam. Perkataan “parent” di dalam Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan adalah bermaksud “single parent” (The word ‘parent’ in Article 12(4) of the FC, which states that the religion of a person under the age of 18 years shall be decided by his parent or guardian, means a single parent) Maksudnya, salah seorang daripada ibubapa tersebut berhak dan boleh menukarkan agama anaknya, tanpa perlu persetujuan kedua-dua ibubapa. Oleh itu, Artikel 12 (4) PP, tidak boleh dibaca sebagai memberikan hak memilih agama anak kepada kedua-dua ibubapa sebaliknya memadai salah seorang daripada mereka.
Jika kita mencari fatwa ulama’ pula, saya mendapati terdapat fatwa daripada “Lajnah Da’imah Lil Buhuth Al-‘Ilmiyyah wa Al-Ifta” (m/s 195) yang dianggotai oleh Sheikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz, Sheikh Abdul Razzaq Afifi dan Sheikh Abdullah Bin Ghadyan, yang memutuskan bahawa seorang wanita yang telah memeluk Islam lebih berhak terhadap hadhanah (hak jagaan) anak beliau berbanding suaminya yang beragama Kristian, selagi mana wanita itu kekal sebagai Islam dan suaminya berterusan sebagai Kristian. Dan anak tersebut dihukum sebagai beragama Islam kerana mengikut agama ibunya. Ini disebabkan seorang yang bukan Islam (kafir) tidak boleh menguasai orang Islam berdasarkan dalil Al-Quran, Surah Al-Nisaa’, ayat 141:-

Maksudnya; “dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman”

Namun begitu, mungkin golongan bukan Islam akan bertanya, apakah Islam suatu agama yang langsung tidak memberi peluang kepada mereka untuk menjaga dan seterusnya mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka?
Sebenarnya, di kalangan fuqaha Islam, golongan ulama mazhab Shafie dan Hanbali yang mensyaratkan hadhanah diberikan kepada ibubapa / penjaga yang beragama Islam, manakala ulama mazhab Hanafi dan Maliki membenarkan hadhanah diberikan kepada ibu atau bapa yang bukan beragama Islam tanpa mengira mereka ahlil kitab atau tidak.
Dalil yang dipegang oleh ulama’ yang membenarkan hadhanah kepada golongan bukan Islam ialah sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan lain-lain (lihat Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, Dar Al-Fikr, Juzuk 7, m/s 727) , berkenaan seorang kanak-kanak yang disuruh memilih antara bapanya yang muslim atau ibunya yang musyrik, sedangkan dia cenderung kepada ibunya yang musyrik. Maka berdoalah Nabi SAW agar Allah SWT memberi petunjuk kepadanya, lalu hati kanak-kanak itu berubah dan memilih bapanya yang muslim. Tetapi hadith ini ditolak oleh Sheikh Dr Wahbah Az-Zuhaili dengan mengatakan bahawa ianya mansukh (dibatalkan) berdasarkan doa Nabi SAW tersebut.
Berdasarkan alasan-alasan tersebut, saya percaya bahawa pentas terbaik untuk menyelesaikan kekusutan ini ialah mahkamah syariah dan biarlah mahkamah syariah yang akan menyiasat dan membicarakan isu hadhanah ini untuk kemaslahatan anak tersebut. Perbicaraan di mahkamah syariah tidaklah bermakna bahawa pintu hadhanah “terkunci mati” kepada ibu atau bapa yang bukan beragama Islam kerana masih terdapat banyak pandangan fuqaha yang masih memberi ruang kepada mereka, kerana isu utamanya ialah kemaslahatan anak dan bukannya kemaslahatan ayah atau ibu!
Sebenarnya, alangkah hebatnya sokongan padu yang diterima oleh Indira Ghandi daripada keluarga, sahabat handai yang berlainan bangsa termasuk dua orang tokoh politik Democratic Action Party (DAP) iaitu Yang Berhormat Kulasegaran (juga sebagai peguam Indira Ghandi) dan Sivanesan yang begitu komited dari awal pagi sehingga petang berada bersama-sama mengikuti perjalanan kes. Dalam hal ini semua pihak menyokong keputusan yang menetapkan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain. Dalam perbezaan aliran politik, parti politik DAP, Malaysia Chinese Association (MCA), Malaysian Indian Congress (MIC), dan GERAKAN dan mungkin banyak lagi nampaknya bersama bersepakat dalam isu ini. Nampaknya tidak timbul musuh politik di kalangan mereka. Malah ada beberapa pemimpin utama dari parti berkenaan yang telah pun membuat kenyataan akhbar. Disinilah penulis ingin membangkitkan persoalan penting yang menyangkut isu perpaduan umat.
Pertama, alangkah baiknya sekiranya semua pihak sama ada badan bukan kerajaan atau NGO Islam yang ada turun padang memberi sokongan moral kepada barisan Peguam muda PEMBELA yang mencurah keringat tanpa bayaran yang tinggi. Meraka khabarnya menggunakan kekuatan kewangan sendiri yang agak terhad. Malah yang lebih penting sekali adalah kehadiran tokoh-tokoh politik setempat yang beragama Islam seperti dari United Malays National Organizatian (UMNO), Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk turun sama membawa panji-panji agama Islam itu sendiri. Tunjukkan kita tidak ada kompromi dalam mempertahankan Islam. Inilah masa yang sangat baik untuk mengangkat kekuatan Islam dan mewujudkan kebersamaan yang tidak berbelah bahagi untuk Islam. Tiada siapa pun yang rugi yang pasti Islam akan mendapat untung. Perbezaan dari sudut pendekatan ideologi dan pengaruh politik parti yang terasnya Melayu dan Islam sepatutnya tidak menghalang untuk bersama dalam hal yang bersangkut dalam hal agama Islam itu sendiri.
Kedua, untuk maklumat semua pihak, barisan peguam muda PEMBELA ini sedikit rasa kecewa yang bukan sahaja dalam hal kuantiti kehadiran sokongan yang kurang, tetapi semacam masyarakat Islam tidak ambil peduli dengan isu yang sensitif dengan agama Islam itu sendiri. Untuk maklumat semua pihak, isu ini hangat dimainkan oleh akhbar arus perdana masyarakat Cina dan India. Dengan itu penulis mewakili Agkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Perak ingin menyeru agar semua pihak ambil peduli dan tunjukkan sokongan yang kuat untuk kes yang disambung pada hari KHAMIS bersamaan pada tarikh 14hb Mei 2009. Sebagai seorang mukmin kita yakin dengan ketentuan ilahi dan apa yang berlaku sebenarnya tersembunyi hikmah yang besar, yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya.

Tuesday, May 5, 2009

BERSAMA DALAM MENANGANI ISU AGAMA


Merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan Abdullah atau Pathmanathan a/l Krishnan dan Indira Ghandi dalam isu penjagaan tiga orang anak mereka yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari Selasa bersamaan 5hb Mei 2009, Penulis ingin memberi beberapa pandangan yang mungkin mampu membawa pulangan yang lumayan kepada Islam itu sendiri. Secara peribadi, apabila penulis yang hadir melihat suasana dan berbual dengan barisan peguam muda yang mewakili Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) banyak sekali yang masyarakat Islam perlu tahu realiti yang sebenarnya.

Sebenarnya, alangkah hebatnya sokongan padu yang diterima oleh Indira Ghandi daripada keluarga, sahabat handai yang berlainan bangsa termasuk dua orang tokoh politik Democratic Action Party (DAP) iaitu Yang Berhormat Kulasegaran dan Sivanesan yang begitu komited dari awal pagi sehingga petang berada bersama-sama mengikuti perjalanan kes. Dalam hal ini semua pihak menyokong keputusan yang menetapkan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain. Dalam perbezaan aliran politik, parti politik DAP, Malaysia Chinese Association (MCA), Malaysian Indian Congress (MIC), dan GERAKAN dan mungkin banyak lagi nampaknya bersama bersepakat dalam isu ini. Nampaknya tidak timbul musuh politik di kalangan mereka. Malah ada beberapa pemimpin utama dari parti berkenaan yang telah pun membuat kenyataan akhbar. Disinilah penulis ingin membangkitkan persoalan penting yang menyangkut isu perpaduan umat.

Pertama, alangkah baiknya sekiranya semua pihak sama ada badan bukan kerajaan atau NGO Islam yang ada turun padang memberi sokongan moral kepada barisan Peguam muda PEMBELA yang mencurah keringat tanpa bayaran yang tinggi. Meraka khabarnya menggunakan kekuatan kewangan sendiri yang agak terhad. Malah yang lebih penting sekali adalah kehadiran tokoh-tokoh politik setempat yang beragama Islam dari United Malays National Organizatian (UMNO), Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk turun sama membawa panji-panji agama Islam itu sendiri. Tunjukkan kita tidak ada kompromi dalam mempertahankan Islam. Inilah masa yang sangat baik untuk mengangkat kekuatan Islam dan mewujudkan kebersamaan yang tidak berbelah bahagi untuk Islam. Tiada siapa pun yang rugi yang pasti Islam akan mendapat untung. Perbezaan dari sudut pendekatan ideologi dan pengaruh politik parti yang terasnya Melayu dan Islam sepatutnya tidak menghalang untuk bersama dalam hal yang bersangkut dalam hal agama Islam itu sendiri.

Kedua, untuk maklumat semua pihak, barisan peguam muda PEMBELA ini sedikit rasa kecewa yang bukan sahaja dalam hal kuantiti kehadiran sokongan yang kurang, tetapi semacam masyarakat Islam tidak ambil peduli dengan isu yang sensitif dengan agama Islam itu sendiri. Untuk maklumat semua pihak, isu ini hangat dimainkan oleh akhbar arus perdana masyarakat Cina dan India. Dengan itu penulis mewakili Agkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Perak ingin menyeru agar semua pihak ambil peduli dan tunjukkan sokongan yang kuat untuk kes yang disambung pada hari Selasa bersamaan pada tarikh 12hb Mei 2009. Sebagai seorang mukmin kita yakin dengan ketentuan ilahi dan apa yang berlaku sebenarnya tersembunyi hikmah yang besar, yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya.

Friday, March 27, 2009

Understanding Politics In Islam: Fiqh al Siyasah

Adapted and rearranged from the book Fiqh al-Dawlah written by Professor Yusuf al Qaradawi.

1. What is the aim of politics in Islam?

According to Al-Mawardi from his book Al-Ahkam Al-Sultaniyyah, it is hirasatud din wa siasatud dunya - to uphold the religion and administer the world. Politics is not munkar - is not a depravity - real politics is noble virtuous because it administers the affairs of all creatures, bringing man closer to good and away from fasad - evil. According to Ibn al-Qayyim, politics is really the justice of Allah the Almighty and His Prophet (peace and the blessings of Allah be upon him).
The Prophet Muhammad s.a.w. was a politician as well as the messenger conveying the risalah, murabbi - teacher, Qadi - Chief Justice, Head of the nation and Imam of the ummah. The Khulafa' al Rasyidun - the rightly guided leaders who succeeded him were also politicians following the Sunnah - way of the Prophet, establishing just administration, practising ihsan - the betterment of good and providing the leadership of 'ilm - knowledge and Iman - belief.
However in the present time, due to 'politics' man faced suffering as a result of deceit and political ploys and scheming and devious politicians, whether in the form of past colonialists, treacherous rulers, tyrannical leaders and regimes preaching Machiavellian philosophy (the ends justifies the means!).
It became common to label and describe committed Muslims as 'political' so that they are regarded warily and wickedly for the purpose of disassociating and furthering apart the people from them, intending that society will shun and hate what is called 'political Islam'. It has been such that symbols of Islam like the headscarf, the proper attire and congregational prayers - Salat jama'ah are attempted to be labelled 'political'.
It is a blatant lie for those who say that there is no religion in politics and that there is no politics in religion. This deceit was once tried in the form of an attempted fatwa - a decree while the members of the Ikhwan al-Muslimun were imprisoned in the detention camps in Egypt in the 50's. The regime wanted to influence the masses to regard the activists and the Dai' (the very people who wanted to uphold the Syari'ah, Al-Qur'an and Al-Sunnah) as the purveyors of fasad - evil by using corrupted 'ulama - paid scholars.

2. The Fight against Fasad and Zulm (Evil, Transgression and Tyranny) is the utmost in Jihad

From the understanding of the Prophet's tradition (mafhum hadith):
Munkar (transgression) is not limited to khamr - liqour, gambling and zina - - unlawful sex but degrading and defiling the honour and dignity of the people and citizens is a major transgression, so is cheating in the elections, refusing to give testimony - neglecting to vote, letting government be in the hands of those who are not deserving and undesired, stealing and squandering the nation's wealth and property, monopolising the people's needs for personal gains or cronies' interests, detaining people without crime or just cause, without judgement from a fair court, torturing human beings in prison and the detention camps, giving, accepting and mediating in bribes, cowering up to, praising evil rulers, allowing the enemies of Allah and the enemies of the Muslim community to be leaders and shunning the believers - the mu'min.
These are all grave transgressions!
When a Muslim remains quiet upon seeing all of these it means that he or she does not deserve to live (is not alive) from the mafhum of al-ayat and al-hadith.
Islam requires that every Muslim has political responsibility. A Muslim is required by his Iman - faith to be truly concerned with the affairs and problems of the ummah - community, helping and defending the meek and the weak, fighting tyranny and oppression. By retreating and abstaining oneself, it will only invite divine retribution and being seized by the flames of hell (mafhum ayat).

3. Political Freedom is Our Utmost Need Today

Islam is always rejuvenated, its message spread across, its resurgence, its reverberating call heard by all even if it is given some limited freedom. Therefore the first battle is to obtain freedom to deliver the message of da'wah, the risalah of tawhid (Unity of God), spread consciousness and enabling the existence of Islamic movements.
True democracy is not the whims and desires of the tyrannical rulers or their cronies, it is not the place to jail and incarcerate its fighters and not the place to torture its proponents.
Democracy is the simplest and proper way to achieve the aims of a noble life, to be able to invite all to Allah and Islam, to be able to call others to Iman without having our souls being imprisoned and our bodies sentenced to be executed by hanging. It is the space for a free and honourable nation to have the right to choose, evaluate the ruler, change governments without coups and without bloodshed.
The theory, way and system which looks alien maybe adopted if it benefits us and as long as it does not contradict clear Islamic edicts and the rules of Syariah. We appraise, amend according to our spirit, we do not adopt its philosophy, and we do not allow what is forbidden and vice versa. We do not relinquish or compromise what is ordained or compulsory - the wajib in Islam.
The gist of democracy is that the public, the people can choose the rulers who are going to administer them; the people having the right to select, criticise and terminate; and the people are not forced to accept systems, trends, and policies which they do not agree to and they are not abused. They are free to hold elections, referendums, ensuring majority rights, protecting minority rights, having opposition, have multi parties, have press freedom and safeguarding the independence of the judiciary. But once again to constantly uphold and safeguard the principles of Islam, the firm rulings, the al-thawabit: the determined laws - hukm qat'i, the daruri - the essentials of religion and the non-ijtihadiy must not be compromised or neglected.
Syura:
Syura or consultative decision making must be followed and not just as a debating factor. By practising syura, it is closer, hence even better than the spirit of democracy. It is but the lost jewel found, the lost wisdom - al-hikmah which has been rediscovered.
Syura enables musyawarah to be conducted, obtains views and opinions, becomes the responsibility of the people to advise and counsel the government (ad-dinu nasiha) and establish amar ma'ruf nahy munkar - enjoining good and forbidding evil. Among the obligations of amar ma'ruf nahy munkar is the highest jihad (struggle) that is to voice out the truth in front of the unjust tyrant.

The State of Politics in the Ummah:
The musibah or calamity of the ummah then and now is the absence and the abeyying of the system of syura and the adoption of an oppressive dynastical ruling system. In the modern era, dictators stay in power by the force of arms and gold - power and wealth resulting in the syariah being hindered, secularism being forced upon and cultural Westernisation being imposed. Islamic da'wah and the Islamic movement being victimised, brutalised, imprisoned and hounded viciously.

4. Qur'anic Examples of Tyrannical Rulers

The Al-Qur'an denounces all powerful rulers such as Namrud, Fir'aun (Pharaoh), Hamaan and Qarun. Namrud is taghut - the transgressor who enslaves the servants of Allah as his serfs.
There is the pact or collaboration of three parties:
Fir'aun - he claims to be God, carries out tyranny and oppression throughout the land, enslaves the people
Hamaan - the cunning politician, experienced, having self interest, in the service of taghut, propping up and supporting Fir'aun and cheating the people, subjugating them.
Qarun - the capitalist or feudalist who takes opportunity from the unjust and oppressive laws, spending fortunes for the tyrannical leader in order to profit and amass more vast returns, bleeding and exploiting the toils of the people. The origin of Qarun was that he came from Prophet Musa's own clan who colluded with Fir'aun due to the love of worldly life and materialism.
The combination of taghut and Zulm results in the spread of mayhem and the destruction of the community, subjugating man by force and degradation.
The People:
Al Qur'an denounces the people or citizens who are obedient and loyal to their oppressive rulers. The people who remain under the tutelage of taghut are fully responsible and accountable because it is due to their attitude that brought forth these fir'auns and taghuts.
Al-Junud (the collaborators):
These are the armies and enforcers of the rule and order of the taghut. They use force, fear and repression to eliminate and subdue all opposition and dissidents of the tyrant.

5. An Example of Leadership

Balqis, the Queen of Saba' as told in the Qur'an was a woman who lead her people well, just and administered them with intelligence and wisdom saving her people from a war that was destructive and made decisions by syura-consulting them. Alas, the story ended with the acceptance of Islam. She led her people towards the goodness of the world and the hereafter.
Leaders like her are much more capable and qualified with political acumen and wise administration than most of the present Arab and Muslim 'male' leaders. (Prof. Yusuf Qaradawi purposely avoided the term 'al-rijal')

6. Pluralism and Multi Parties in Islam

The existence of various parties or movements is not forbidden as long as unification is not achievable due to differences over objectives, approaches, understanding and the level of confidence and trust. Variety and specialisation are allowed as long as they do not become contradictory and confrontational. However everyone has to be in one united front when facing the challenges to aqidah - belief, syariah, ummah and the survival of Islam. Relations between parties and groupings should be in the atmosphere of non-prejudice, forgiveness, nobleness, counselling truth and steadfastness, wisdom and engaging in healthy cordial debate.
Even when the Islamic State is established there is no reason to feel distraught at the existence of pluralism and differences.

7. Counselling and Corrective Participation in Politics

Without the shedding of blood, the most effective way as the outcome of long and painful struggles is the existence of political forces which the government in power is unable to contain or eliminate: that is presence of political parties. The ruling regime can get rid of individuals and small groups of opponents but it is difficult for them to defeat or wipe out larger organisations which are well structured, organised and rooted in the masses of society. Political parties have the platform, machinery, newspapers and publications as well as mass influence.
Political parties or political movements are necessary to fight oppression, to enable criticism, bringing back the government to to uphold truth and justice, bringing down or changing the government. These parties are capable of monitoring and appraising the government, offer advice and criticism.

8. Voting

Voting in the elections is a form of testimony. A just testimony is considered as long as one is not convicted of crime. Whoever so votes or abstains from voting in the general elections causing the defeat of a trustworthy and deserving candidate but on the other hand allows the candidate who is less trustworthy and undeserving to win, one has gone against the command of Allah concerning giving testimony.

Wallahu'alam

Wednesday, March 25, 2009

Parlimen Bukit Gantang Penanda Aras Dakwah Dijalur Politik Perak

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Allah SWT ketika ini kita masih menikmati nikmat Islam dan Iman. Perkembangan politik Perak sangat penting dalam pelbagai konteks termasuk urusan dakwah. Pertemuan pimpinan ABIM Perak bersama pimpinan Jemaah Islam Malaysia (JIM) cawangan Perak secara tidak rasmi membawa banyak kebersamaan pendapat. Perkara besar yang sama dari sudut pandangan ialah perjalanan urusan dakwah khususnya di negeri Perak. Semangat dan mood secara menyeluruh generasi muda rakyat perak tidak kira agama, bangsa, dan negara jelas lebih terarah untuk mengikuti perkembangan politik semasa. Amat besar kesannya terhadap kesuburan dakwah secara tersusun apabila suasana politik negeri Perak berada di dalam suasana yang amat buruk dalam sejarah negara. Bagi saya apabila ada pihak yang menangguk di air keruh dan mengheret institusi Sultan ke kancah politik, ini akan banyak memberi kesan yang besar terhadap Islam itu sendiri. Kita terpaksa akui, kini banyak pihak yang secara terang-terang membela atau menghina semua Institusi penting umat Melayu Islam yang kita sedia maklum. Apabila berlaku pilihanraya peringkat Parlimen Bukit Gantang berlaku, secara umumnya ini adalah peluang dan kesempatan semua pihak yang terlibat dan yang berminat membuktikan sesuatu. Sangat menyedihkan apabila tersebar berita bahawa sudah ada pihak-pihak tertentu yang mengedarkan gambar yang menghina peribadi tertentu dikhalayak umum. ABIM Perak khususnya membantah dan sangat kecewa dan menyarankan agar pihak berkuasa menjalankan siasatan segera ke atas isu. Jika benar inilah antara kesan yang sangat jelek dn hina oleh pihak yang rakus yang menggunakan kalimah "The ends justified means" Nicolo Machiavelli. Urusan politik kini perlu menjadi sebahagian daripada urusan umat. Jangan diabaikan ! Berjuanglah wahai pihak yang benar dengan usaha yang gigih, bersungguh-sungguh dan bertawakal ke hadrat ilahi untuk kemenangan ! Pilihlah susuk tubuh peribadi Muslim yang yang tulen. Pastikan kemenangan " Syakhsiyatul Muslimil Mu'aashir". Sesungguhnya kita sebagai mukmin yakin bahawa tugas kepimpinan perlu diamanahkan kepada mereka yang telah jelas terbukti menonjolkan kewibawaan sebagai seorang mukmin yang utuh di dalam kepimpinan. Yakinlah dengan kebenaran firman Allah SWT:

"Dan Kami hendak berihsan Dengan memberikan pertolongan kepada kaum Yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang Yang mewarisi (Apa Yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya)".
(Al-Qashash: 5)
Wallahu'alam

Wednesday, January 7, 2009

Akhbar Harold Perlu Akur

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Caw. Perak ingin merakamkan ucapan tahniah atas keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantungkan penerbitan edisi Bahasa Malaysia akhbar Katolik Herald minggu lalu. ABIM menyokong penuh atas pergantungan tersebut atas kemaslahatan umat Islam dan Perlembagaan Negara. Pandangan Pemuda Majlis Gereja Malaysia (PMGM) yang mengatakan seolah-olah tidak menggalakkan mereka menggunakan bahasa kebangsaan, adalah satu pandangan yang penuh curiga. Penggunaan Bahasa Melayu dalam penerbitan edisi akhbar Katolik Herald minggu lalu jelas menggambarkan suatu usaha untuk menyebarkan dakyah kristianisasi kepada umat Melayu. Ini jelas bertentangan dengan kandungan perlembagaan bahawa agama Islam itu adalah agama rasmi dan adalah salah mana-mana pihak yang cuba menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan agama Islam terhadap orang Islam. Sekiranya akhbar ini dibenarkan, adalah tidak mustahil selepas ini akan ada percubaan sesetengah pihak yang akan menerbitkan pula kitab-kitab peganggan agama lain kepada Bahasa Melayu. ABIM begitu curiga dengan kenyataan setiausaha PMGM Daniel Chai "Bukankah orang beragama Kristian di negara ini juga warganegara yang berhak dan patut digalak menggunakan bahasa kebangsaannya dalam segala urusan hariannya? Kita perlu fahami penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam urusan harian adalah amat digalakan tetapi bukan dalam urusan penyebaran dakyah kepercayaan, Seruan pemimpin negara agar rakyat Malaysia berbahasa Malaysia tidak seharusnya disalah ertikan atau dijadikan alasan untuk melaksanakan hal berkaitan. Tidak timbul juga persoalan yang mengatakan bahawa larangan kementerian sebagai "penindasan atau diskriminasi terhadap penganut Kristian yang berbahasa dan berbangsa Malaysia". Penganut Kristian di negara ini bebas dalam mengamalkan kepercayaan sehinggakan sambuatan kebesaran juga mendapat ruang yang sama untuk diraikan tanpa sekatan oleh pihak kerajaan. Malah medium hiburan juga sarat dengan program yang cenderung kepada penganut Krsitian ketika sambutan kebesaran penganut Kristian. Negara Malaysia kini tidak boleh disamakan dengan negara lain yang kononnya penggunaan kalimah Allah turut digunakan oleh penganut Kristian selama beberapa generasi, khususnya di Malaysia Timur, seperti istilah "Allah" yang digunakan di kalangan mereka di negara-negara Arab dan Indonesia. Banyak perbezaan terutamanya peruntukan perlembagaan yang menekan Islam perlu dipelihara dan tidak boleh umat Islam dimurtadkan. Ini membuktikan bahawa pemerintah di negara ini mempunyai kesedaran untuk menjaga Aqidah umat Melayu Islam yang kini semakin terancam. Adalah tidak benar dan salah bahawa negara ini membenarkan umat Melayu Islam diajak untuk menukar agama semata-mata kenyataan yang mengatakan Negara mengamalkan kebebasan beragama. Akhir kata ABIM sekali menegaskan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pihak KDN adalah tepat pada masanya sekaligus sebagai satu amaran kepada usaha pihak lain untuk melakukan perkara yang sama. ABIM mengharapkan tindakan tegas ini perlu diteruskan dalam konteks menjaga agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.