Wednesday, August 13, 2008

Bumi Perak Pasrah Kepulangan Tuan Guru Sulam bin Mansor

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya hidup diatas muka bumi ini hanya sementara. Tarikh 12hb.Ogos 2008, tepat jam 2.45 petang, dalam usia 69 tahun, Tuan Guru Sulam bin Mansur telah dijemput menemui Rabnya. Lautan manusia yang hadir melambangkan kesedihan. Sepanjang mengenali beliau, alahyarham tuan guru Sulam sememangnya dihormati dan dikenali bukan sahaja di Sungai Lampam, Teluk Intan malah diseluruh negeri Perak terutamanya pencinta gerakan Islam. Sememangnya Tuan Guru Sulam berjaya menginfakkan dirinya untuk menyebarkan kalamullah. Sinonimnya alayarham denagn pendidikan dan tarbiyah. Malah ataspentas itulah secara peribadi bagi penulis rapat dan mengenalinya. Bagi ABIM, ini semua ketentuan ilahi yang perlu diterima dengan penuh keimanan. Masih terbayang raut wajah yang tenang, senyuman yang tidak lekang, lemah lembut ketika berbicara, ramah mesra tanpa mengira siapa di hadapan cukup untuk mengambarkan ketokohan alayarham. ABIM menginsafi kepemergiannya kerana barulah rasanya kekurangan, kehilangan, ketandusan, adakah lagi permata bernilai di bumi Perak? Maka dengan rasa penuh tanggungjawab, ABIM akan terus menjuarai agenda pendidikan terutamanya melahirkan golongan ulama yang bakal menerajui umat di masa hadapan. Kepada keluarga alayarham, terutama sahabatku saudara Muhaimin Sulam dan Ust. Agus, semoga diberi limpahan kesabaran, teruskan agenda perjuangan menegakkan ketinggian Islam yang telah dimulakan oleh alayarham Tuan Guru. Percayalah, Institusi Maahad al-Islah, Sungai Lampam akan menjadi institusi melahirkan tokoh islah untuk umat pada hari mendatang. Allahuakbar !

1 comment:

MS said...

Terima kasih atas ingatan saudara pada almarhum ayahanda kami. Biar jasad telah pergi, perjuangan tidak akan mati.