Friday, August 29, 2008

KEMERDEKAAN NEGARA 51 TAHUN: Merdekah kita sebagai seorang Mukmin ?

Islam agama pembebasan

Saudara mukmin yang dirahmati Allah,

Pada hakikatnya Islam itu merupakana agama pembebasan ! Mesej besar dan penting ini jelas sekali terungkap dalam misi utamanya Ikraju ’n-nasi mina ’z-zulumat ila ’n-nur (Membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya kebenaran). Dengan kata lain, risalah Islamiah ini boleh dirumuskan sebagai misi pembebasan dan pencerahan (tahriry-tanwiriy). Keranan kehadiran Islam dan gerakan pendakwahnya di atas muka bumi Allah ini digambarkan sebagai a liberating and enlightening force.

Ternyata wahai saudara mukmin sekelian, kemerdekaan atau pembebasan dalam konteks misi Islam merangkumi aspek yang cukup luas, meliputi pembebasan daripada segala bentuk pembelenguan termasuk kemerdekaan dari penjajahan.

Kata al-zulumat adalah kata yang meliputi segala bentuk bencana dan kerosakkan kemanusiaan termasuklah kesesatan, kebigungan, kejahilan, kedunguan, kebodohan, kemunduran, kebejatan, kegilaan, kezaliman, penipuan dan sebagainya. Umat Islam bukan sahaja membebaskan dirinya sahaja, malah perlu berusaha menyelamatkan yang lain.

Dalam konteks negara kita yang merdeka selama 50 tahun, ukuran yang ada dalam konteks kemerdekaan Islam tidak cukup hanya merdeka dari penjajahan manusia barat semata-mata. Bagaimana dengan umat Islam yang bebas dari penjajahan barat ini? Cara hidup, dan pemerintahan bagaimana? Pembebasan (tahrir) dalam konteks misi Islam seharusnya tidak sama sekali terpisah dengan misi pencerahan (tanwir). Tidak bererti sama sekali sekiranya kita bebas dari sudut fizikal, tetapi kegelapan yang ditinggalkan oleh penjajah diteruskan. Apa erti bebas daripada suatu kegelapan, kemudiannya dijerumuskan ke dalam kegelapan yang lain.

Manusia mukmin itu sebenarnya adalah manusia berjiwa merdeka yang sedar dengan ketinggian martabat keinsanannya serta cukup komited menghyati kalimah, Innahu laysa li’l-mu’mini an yudhilla nafsah ( Sesungguhnya, tidak seharusnya seorang mukmin menghina dirinya sendiri)

Kisah mukmin yang merdeka

Rib’i bin Amir Radhiyallahu anhu, merupakan hamba Allah yang kental, seorang pahlawan kaum muslimin dalam peperangan Al-Qadisiyah. Beliau mendatangi Rustum bangsa Parsi yang membawa sekitar 280 ribu pahlawan perang.

Dengan penuh rasa bongkak dan sombong berlandaskan kehebatan jumlah ketenteraan, bertanya kepada Rib’i bin Amir ” Apakah maksud kedatangan anda?” Rib’i yang hanya memiliki tombak yang tumpul, pakaian yang lusuh dengan seekor kuda yang tua, menjawab dengan penuh berani dengan semangat Allah dan Rasulnya, yang meremangkan bulu roma seorang mukmin:

”Seseungguhnya Allah s.w.t mengutuskan kamiuntuk membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia menuju kepada Tuhan (Allah) manusia, dan dari kesempitan dunia munuju keluasan akhirat dan daripada kezaliman agama-agama yang batil menuju keadilan agama Islam.”

Rustum yang gementar cuba membalas jawapan berani Rib’i ” Jangan anda keluar daripada istanaku kecualu kamu membawa tanah di atas kepalamu”

Maka Rib’i bin Amir r.a membawa tanah tersebut dan berkata kepada sahabatnya ” Ini adakhabar genbir, kerana ini bererti bahawa Allah swt akan memberi kemenangan kita dan kita akan menguasai negeri mereka”

Kemudian pertembungan yang hebat berlaku, dipimpin oleh panglima besar Islam, Saad bin Abi Waqqash r.a. setelah beliau masuk dan mengajak penduduknya kepada Islam tetapi bukan sahaja ditolak malah menyatakan perang. Umat Islam telah diberi kemenangan oleh Allah menghancurkan kesesatan dan kemaksiatan serta memusnahkan semua patung kaum parsi seraya membaca firman Allah swt:


”Alangkah banyaknya taman dan mata air yang mereka tinggalkan dan kebun-kebun serta tempat-tempat yang indah dan keseronokan-keseronokan yang mereka menikmatinya, demikianlah . Dan Kami wariskan semua itu kepada kaum yang lain. Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan merekapun tidak diberi tangguh.”

(Ad-Dukhan: 25-29)

Pemerkasaan Bangsa Menurut Al-Quran

Perkara yang sangat sukar dan payah untuk dimengertikan ialah agenda pembinaan jiwa merdeka dan pemerkasaan bangsa. Umat Islam di negara ini perlu mengetepikan sebarang perselisihan dari semua aspek dan ikhlas kerana Allah untuk memgembleng setiap kekuatan termasuklah strategi yang bijaksana.

Perjuangan untuk memperkasakan umat (empowerment the ummah) harus bermula dari suatu keyakinan bahawa al-izzah (kekuatan, kemulian dan keunggulan) hanya diperolehi dari RabbulJalil Allah swt. Sebab apa ? Jawabnya kerana Allahlah yang memilikinya berdasarkan surah al-Fatir:10. Satu-satunya jalan untuk memperolehinya hanya menerusi JALAN AGAMA –al Islam. Semua keyakinan ini sangat selari dan kuat dengan pandangan kalifah amirulmukminin Umar ibn al-Khattab r.a yang mengungkapkan suatu pengertian,

Sesungguhnya kita dahulu adalah sehina-hina manusia, lalu Allah muliakan kita degan AL-ISLAM, maka andainya kita cuba mencari kemuliaan dengan yang lain daripadnya AL-ISLAM, nescaya Allah akan menghina kita”

Inilah hakiktnya yang perlu diyakini oleh semua umat yang benar-benar menyelamatkan umat pasca 51 kemerdekaan. Bukan semangat bangsa semata-mata kerana takut terjerumus di dalam semangat assabiyyah. Yakinilah bahawa hanya Allah yang berkuasa memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya dan menghina sesiapa yang dikehendakiNya berdasarkan surah Ali Imran:26.

Semoga Allah menganugerahkan kerajaan ini kepada hambanya yang soleh.
Allahuakbar !

Pembentangan Budget 2009: Intipati dan Penelitian


Bajet 2009 "kerajaan prihatin"

Assalamualaikum. Ini adalah sebahagian intipati bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat pada tarikh 29-8-2008.
Jumlah bajet

Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).
Peruntukan pembangunan
RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka). Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar. Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara. Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.
Jaringan keselamatan sosial

Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah. Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009. Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan. Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.
Membasmi kemiskinan

Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah. Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Kecuali bil elektrik RM20

Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan

Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Barangan pengguna

Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan
Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.
Orang Kurang Upaya (OKU)Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan

Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.
Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baruKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaanBuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.
Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009. Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan Iskandar Malaysia
Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.PelanconganKerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.

Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan

K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan
Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen.Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.
Nelayan dan petani
Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan. Elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.

Kesimpulan

Sebagai warga Malaysia yang merdeka, kita perlu meneliti sebaik mungkin apa yang ada. Perkara yang baik sudah pasti kita syukuri. Peranan “check and balance” dari pihak pembangkang sangat ditunggu-tunggu dalam perbahasan selepas bulan Ramadhan nanti insyaAllah. Semoga Allah selamatkan Malaysia sempena menyambut kemerdekaan ke 51. Allahuakbar!

Wednesday, August 13, 2008

Muktamar PAS Pusat ke 54: Selamat Datang ke Negeri Perak

ABIM Perak mengalu-alukan kepada semua tetamu yang bakal menghadiri Muktamar PAS kali ini ”AHLAN WAH SAHLAN WA MARHANABAN” terutamanya kepada perwakilan pemuda yang pertama kali diadakan di Perak sejak sejarah penubuhan PAS pada 1951. ABIM difahamkan bahawa Muktamar Pemuda PAS tahun ini menempa sejarahnya yang tersendiri apabila ia diadakan di negeri Perak, di mana negeri Pemuda PAS dilahirkan, sekaligus menyambut ulangtahunnya yang ke-55.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-49 bermula dengan penuh sederhana dan ceria yang dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan anggota unit Amal oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin; Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar; Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Penerangan, Mahfuz Omar.

Turut kelihatan, Ketua Pemuda Angkatan Muda KeADIlan, Shamsul Iskandar Mat Akin; Ketua Pemuda DAP Perak, Nga Kor Meng; wakil-wakil daripada Abim, JIM, Karisma, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub berkata perhimpunan yang diadakan di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat ini adalah satu medan yang dapat dimanfaatkan untuk melontar kritikan dan membangunkan idea-idea yang membina.

Mengimbau kembali kelahiran Pemuda PAS, Salahuddin berkata pada 25 Ogos 1953, di Madrasah al-Ulum as-syar'iyyah, Batu 20, Bagan Datoh, satu Kongres Pemuda Islam dianjurkan PAS telah diadakan, yang dihadiri pemuda-pemuda Islam di seluruh pelusuk negara.

Tambah beliau, melalui kongres inilah Dewan Pemuda PAS berjaya ditubuhkan, serta hari ini, kurang 12 hari dari tarikh lahirnya Dewan Pemuda, badan ini kembali semula ke bumi bertuah Perak Darul Ridzuan untuk memperbaharui tekad dan meneruskan idealisme dalam menegakkan Islam di negara ini.

Kesempatan yang bertuah ini, ABIM Perak ingin merakam ucapan tahniah kepada Ketua Pemuda PAS, Yb Sahuddin Ayub atas ucapan pembukaan yang mantap. Tidak lupa kepada Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang merasmikan muktamar pemuda. InsyaAllah, ABIM sentiasa bersama menyokong perjuangan menegakkan kebenaran dan Keadilan dan akan terus memantapkan Islam melalui dakwah dan tarbiyyah. Allahuakbar !

Bumi Perak Pasrah Kepulangan Tuan Guru Sulam bin Mansor

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya hidup diatas muka bumi ini hanya sementara. Tarikh 12hb.Ogos 2008, tepat jam 2.45 petang, dalam usia 69 tahun, Tuan Guru Sulam bin Mansur telah dijemput menemui Rabnya. Lautan manusia yang hadir melambangkan kesedihan. Sepanjang mengenali beliau, alahyarham tuan guru Sulam sememangnya dihormati dan dikenali bukan sahaja di Sungai Lampam, Teluk Intan malah diseluruh negeri Perak terutamanya pencinta gerakan Islam. Sememangnya Tuan Guru Sulam berjaya menginfakkan dirinya untuk menyebarkan kalamullah. Sinonimnya alayarham denagn pendidikan dan tarbiyah. Malah ataspentas itulah secara peribadi bagi penulis rapat dan mengenalinya. Bagi ABIM, ini semua ketentuan ilahi yang perlu diterima dengan penuh keimanan. Masih terbayang raut wajah yang tenang, senyuman yang tidak lekang, lemah lembut ketika berbicara, ramah mesra tanpa mengira siapa di hadapan cukup untuk mengambarkan ketokohan alayarham. ABIM menginsafi kepemergiannya kerana barulah rasanya kekurangan, kehilangan, ketandusan, adakah lagi permata bernilai di bumi Perak? Maka dengan rasa penuh tanggungjawab, ABIM akan terus menjuarai agenda pendidikan terutamanya melahirkan golongan ulama yang bakal menerajui umat di masa hadapan. Kepada keluarga alayarham, terutama sahabatku saudara Muhaimin Sulam dan Ust. Agus, semoga diberi limpahan kesabaran, teruskan agenda perjuangan menegakkan ketinggian Islam yang telah dimulakan oleh alayarham Tuan Guru. Percayalah, Institusi Maahad al-Islah, Sungai Lampam akan menjadi institusi melahirkan tokoh islah untuk umat pada hari mendatang. Allahuakbar !

Saturday, August 9, 2008

The Great People of Islamic Revival

Biographies

Al-Ghazaly – The Man of Da`wah-

"Lack of a sense of culture for a religious scholar is more dangerous than a lack of blood cells for a weak patient. A caller to Allah has to read about virtually everything. He or she has to read the books of belief and the books of atheism, the books of Sunnah and the books of philosophy. In short, to read about all schools of human thought is how one gains experience in life."

Alija Izetbegovic-

"Do we want the Muslim people to leave their going-around-in-circles, their dependence, backwardness, and poverty? Then we show clearly which path will take us to that goal: establishing Islam in every field in the personal life of the individual, in family and society…and the establishment of a unique Islamic community from Morocco to Indonesia."

Bediüzzaman Said Nursi-

"There is an apparent burden in worship, but there is an ease and lightness in its meaning that defies description. For in the prescribed prayers the worshipper declares, “I bear witness that there is no god but God.” That is to say, he finds the door of a treasury of mercy in everything because he is believing and saying, “There is no Creator and Provider other than Him. Harm and benefit are in His hand. He is both All-Wise; He does nothing in vain, and He is All-Compassionate; His bounty and mercy are abundant.” And he knocks on the door with his supplication. Moreover, he sees that everything is subjugated to the command of his own Sustainer, so he takes refuge in Him. He places his trust in Him and relies on Him, and is fortified against every disaster; his belief gives him complete confidence."

El-Hajj Malik el-Shabazz (Malcolm X)-

"America needs to understand Islam, because this is one religion that erases from its society, the Race problem!"

Hasan Al-Banna-

"Wasting time and effort in investigating trivial matters that will not lead to action is prohibited in Islam. This category includes debating minute aspects of rulings in cases which have never occurred, investigating the meaning of the Qur'anic verses which are still beyond the scope of human knowledge (the mutashabihaat verses), and differentiating between the companions (Sahabah) of the Prophet or investigating the instances of disagreement that took place among them. Every sahabi (may Allah be pleased with them all) has the honour and distinction of being a companion of the Messenger of Allah (peace be upon him), and to each is the recompense of his motives."

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah-

"Through patience and poverty one attains leadership in religion. The seeker of Truth needs the will that inspires him and pushes him upward and knowledge that leads and guides him."

Khurram Murad-

"Our heart beats approximately 67 times a minute, every time it wants to beat, it asks Allah, am I permitted to beat? If Allah says yes, it beats and if He says no then the life ends."

Sayyid Qutb-

"In the scale of God, the true weight is the weight of faith; in God's market the only commodity in demand is the commodity of faith. The highest form of triumph is the victory of soul over matter, the victory of belief over pain, and the victory of faith over persecution."

Syed Abul Ala Maududi-

"Islam has not lost its intrinsic values and it is as dynamic today as it was yesterday. Only, the people have lost the understanding of Islam, and they are not conscious of its superiority over other ideologies."

Syed Abul Hasan Ali Nadwi-

"You must present a model and an ideal way of life which may make them (the non-Muslims) interested in studying Islaam, and eager to know the source of your Guidance which has enabled you to follow a particular way of life and worldview."

Wallahualam.

Friday, August 8, 2008

Amanah kepimpinan: Gerakan Islam dalam kepanasan isu politik

Muktamar Sanawi ABIM Perakkali ke 35, yang berlangsung pada 2hb Ogos 2008 bersamaan 30 Rejab 1429 H, menyaksikan beberapa perubahan dan cadangan. Antara perubahan yang besar ialah saf kepimpinan tertinggi ABIM Perak. Dengan penuh rasa insaf dan kerdil, penulis memohon terhadap Allah swt agar diberi kekuatan untuk memikul amanah sebagai Yang Dipertua ABIM Perak. Sebagai orang yang diamanahkan dalam wadah ABIM, sudah pasti semua memahami bahawa tiada jaminan untuk disanjung-sanjung, kemewahan, kesempatan untuk kepentingan duniawi, keseronokan, disukai dan apa-apa yang membawa keuntungan fizikal. Tetapi jaminan yang ada ialah hukuman yang keras daripada Allah swt sekiranya mencabuli amanah yang diberi.Nauzubillah.... Motivasi untuk bekerja.. hanya ganjaran di yaumul mahsyar.

Untuk makluman kepada semua kenalan, teman-teman seperjuangan, para aktivis dakwah dan politik, bekas pelajar institusi Maahad al-Ummah dan sebagainya gerakan dakwah ini sangat memerlukan dokongan bersama. Matlamat utamanya apa? Hanya untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Berilah sokongan, dorongan, pandangan, teguran tanpa ada prejudis. Semuanya ada kelemahan. Ayuh semua marilah kita wujudkan jaringan untuk kebaikan dan menegakkan kebenaran dan keadilan !

Perkara pokok yang sangat mendesak ialah isu kaderisasi gerakan Dakwah Abim. Sudah pasti agenda ini menjadi tumpuan utama bagi pemimpin baru Abim Perak. Suasana politik baru khususnya suasana Kerajaan Negeri Perak dibawah pakatan rakyat akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Sebagai pendokong gerakan wadah Abim, sangat mengalu-alukan generasi muda di negeri Perak untuk menyertai gerakan Abim yang pasti dapat membina jatidiri yang mantap berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Semua teman-teman Abim diperingkat daerah ayuh sahutlah cabaran ini untuk memastikan kesinambungan gerakan ini. Semoga Allah swt memberi keizinan untuk harapan ini.Suasana minat terhadap politik yang agak luar biasa ketika ini diharap tidak membantutkan hasrat murni ni. InsyaAllah. Bersua kembali. Takbir!