ABIM Perak melahirkan bantahan dan rasa khuatir generasi muda terus
dibanjiri qudwah (ikutan) tanpa teladan
iaitu penganjuran Konsert Elton John,
serta Konsert Jennifer Lopez. Ini memandangkan konsert tersebut dianjurkan
taktala negara masih bergelut untuk merungkaikan pelbagai kemelut sosial yang
melanda negara ini.Persembahan Elton dibuat melalui Elton John & Band: 40th
Anniversary of the Rocket Man pada 29 November 2012 manakala Jenifer pula
melalui Jennifer Lopez live in Malaysia pada 2 Disember ini.
ABIM Perak juga menilai
penganjuran konsert seakan-akan menggambarkan sikap acuh tidak acuh pihak
tertentu terhadap pelbagai bantahan yang dikemukakan terhadap penganjuran konsert-konsert
serta program hiburan melampau membabitkan artis-artis dari luar Negara.
Hiburan merupakan elemen berpengaruh terutama sekali di kalangan golongan
remaja.
Hiburan yang bersifat mendidik
akan mendorong golongan remaja untuk mengembangkan sahsiah diri mereka secara
positif. Akan tetapi sekiranya mereka menerima pendedahan dari hiburan yang
bersifat hendonistik semata-mata, ia akan mendorong golongan muda ini untuk
bertindak menurut kepuasan hawa nafsu semata-mata. Tambahan pula, salah seorang
artis tersebut secara terbuka mengamalkan hubungan sejenis (gay) yang boleh
memberikan ekspresi keteladanan yang salah di kalangan golongan muda.
Seharusnya ancaman LGBT serta
beberapa gejala songsang yang lain membuatkan pihak-pihak yang berwajib lebih berwaspada
serta berhati-hati dalam menyaring sebarang kemasukan serta penganjuran hiburan
membabitkan artis-artis luar Negara. Penganjuran kedua-dua konsert tersebut,
katanya, merupakan titik hitam di sebalik kemilau kebangkitan hiburan Islamik
serta selebriti dakwah di negara ini. Ketegasan serta keprihatinan dari pihak
berwajib serta masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan golongan muda dari
terus dibanjiri “artis” tanpa sebarang rujukan keteladanan yang positif. Pihak
kerajaan perlu tegas menyekat unsur yang boleh merosakkan akhlak generasi muda
Negara.
No comments:
Post a Comment