ABIM
telah diminta untuk memberi penjelasan oleh ramai umat Islam khususnya di Perak
tentang isu “AMANAT HAJI HADI” berdasarkan
kenyataan Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS ketika berceramah
di Kuala Terengganu pada 7 April 1981, KONONNYA menggelarkan Umno sebagai parti
"kafir" dan perkara itu disebarkan secara meluas oleh PAS pada ,
tahun 1980-an dalam bentuk poster.
Perkara
ini sangat menghairankan kenapa setelah sekian lama berlaku, baru kini
dibangkitkan semula. Ternyata isu ini telah mendatangkan suasana yang tidak
baik kepada umat Islam di negara ini, khususnya di Perak. Ia juga boleh
menjerumus umat Islam kepada siri-siri fitnah baru berdasarkan isu lama.
Justeru,
ABIM Perak ingin mengulangi pendirian bahawa Presiden PAS sangat wajar
diberikan peluang untuk muncul secara langsung melalui televisyen bagi membuat
penjelasan tentang isu yang dibangkitkan. Adapun
cadangan agar beliau menggunakan web tv melalui internet adalah tidak relevan
sama sekali kerana ia tidak mampu dicapai oleh semua pihak berbanding fitnah
dan tohmahan terhadap beliau yang telah diulang-ulang selama beberapa minggu
melalui media massa utama. Isu umat Islam akan keliru jika dibuat secara
langsung, tidak akan timbul kerana umat Islam kini mampu membuat rujukan dan
berfikir untuk membuat penilaian
ABIM
juga bersetuju dengan satu lagi cadangan dari pihak SINAR untuk menganjur forum
terbuka yang melibatkan Presiden PAS tersebut, kerana keyakinan pelbagai pihak
terhadap kejayaan SINAR menganjurkan forum atau debat secara terbuka, telus dan
tulus.
SUHAIMI BIN LATIP
YANG DIPERTUA,
ANGAKATAN
BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) ,
CAWANGAN NEGERI PERAK.
21 SAFAR 1434 BERSAMAAN 3 JANUARI 2013
3 comments:
Kononnya ke, memang dia terang2 kata UMNO kafir, kan?
Salam zairul, orang beriman perlu selidik dan teliti menerima berita. jangan sampai menjadi penyambung fitnah
Salam zairul, orang beriman perlu selidik dan teliti menerima berita. jangan sampai menjadi penyambung fitnah
Post a Comment