KENYATAAN AKHBAR ABIM PERAK
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Perak sekali lagi
menyuarakan kekesalan dan terkejut atas kenyataan liar oleh Dato’ Seri Chua Soi
Lek dalam mesyuarat Agung Tahunan MCA ke 59 berkenaan dengan hukum hudud. Kenyataan
beliau yang menganggap bahawa 8 daripada
11 buah negara yang mengamalkan hukum hudud di anggap sebagai negara yang
paling banyak korup, tidak stabil dan tidak selamat adalah suatu kenyataan yang
jahat, tidak berasas dan biadap.
Ini seolah-olah
untuk menzahirkan kepada umat Islam dan bukan Islam akan keburukan hukum hudud
yang difahami dari perspektif beliau yang sempit. Pada hal, umat Islam yang
berpegang dengan keimanan dan aqidah yang murni yakin bahawa hukum hudud
merupakan hukum yang mampu mengangkat
dan melindungi kemuliaan insan sekaligus
memartabatkan kemurniaan sosial khususnya rakyat Malaysia yang berbilang
kaum. Umat Islam sangat yakin
bahawa undang-undang dari Allah ini
bukan sahaja memberi manfaat yang besar kepada umat Islam malah kepada bukan
Islam juga.
Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM) menggesa agar umat Islam menolak Chua Soi Lek walau
dimana pun dia bertanding dalam PRU akan datang. Tindakan melulu itu bukan kali
pertama dan seharusnya MCA juga bertanggung jawab kerana ucapan menghina hudud
itu berlaku di dalam perhimpunan besar dan rasmi parti tersebut. Beliau tidak layak untuk menjadi wakil rakyat
bagi warga Malaysia yang menghormati ajaran agama lain. Malaysia tidak
memerlukan pemimpin yang gagal menyantuni keharmonian masyarakat negara ini dan
terus menerus menghina hukum yang termaktub di dalam kitab suci umat Islam iaitu al-Qur’an . ABIM juga memandang berat
sikap pemimpin negara yang enggan memberikan teguran sedangkan keceluparan ini
bukan kali pertama berlaku.
SUHAIMI
BIN LATIP,
YANG
DIPERTUA,
ABIM
PERAK
24-10-2012
BERSAMAAN 8 ZULHIJJAH 1433H