Thursday, January 7, 2010

MEMBANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Perak ingin menyatakan pendirian berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh Catholic Herald.

1. Membantah penggunaan kalimah “ALLAH” untuk menggantikan penggunaan perkataan “God” atau “Lord”. Walaupun di kalangan intelektual, agamawan, dan ahli politik di Negara ini berselisih pendapat dengan penggunaan kalimah tersebut, ABIM Perak berpendapat penggunaan kalimah ALLAH dalam akhbar rasmi agama Kristian tersebut dikhuatiri menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam secara keseluruhan. Dalam konteks Negara Malaysia terutama di Semenanjung yang telah merdeka lebih 52 tahun ini tidak mungkin boleh di samakan dengan sebahagian tempat atau Negara lain seperti di Sabah dan Serawak, Indonesia atau Mesir yang dikatakan telah lama mempraktikan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian. Suasana dan keadaan Negara ini perlu diambil kira untuk terus mengekalkan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama.

2. ABIM Perak juga memahami dan menggesa semua pihak menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang selari dengan ajaran Islam di mana tiada paksaan untuk beragama dan ia merupakan pilihan sendiri.

3. ABIM Perak juga ingin mengingatkan bahawa jangan ada sesetengah pihak yang cuba “Menangguk di Air yang Keruh”, dan menimbulkan provokasi, yang akhirnya menghilangkan pertimbangan waras umat Melayu Islam di Negara ini. ABIM sangat yakin perkara ini boleh di selesaikan secara baik dan tenang.

4. ABIM Perak menyarankan agar seluruh umat Islam di Negara ini berdoa dan melakukan solat hajat agar isu ini berjaya di selesaikan dengan baik dan tidak berlaku sebarang kejadian yang buruk.

1 comment:

kuda_laut said...

assalamualaikum cikgu..
ermm..mungkin cikgu x kenal atau cam saya..sy antara generasi ke 3 pelajar Maahad Al Ummah mungkin..sy kurang pasti..sekitar tahun 92/93..
masa tu pengetua Ustz Rivai Batubara..sy juga bloggers seperti cikgu..www.labuayor.blogspot.com