Thursday, July 24, 2008

ABIM:Politically Dakwah Movement

Paragraph 1

According to John L.Esposito and John O. Voll (Islam and Democracy, Oxford, 1996), the most vital, effective, and politically successful dakwah movement in the 1970s and early 1980s was the Islamic Youth Movement of Malaysia (Angkatan Belia Islam Malaysia, or ABIM). Established in the 1971-72, ABIM embodied the events, issues and concerns of the post-1969 period that fostered religious revivalism in general and mobilization of youth in particular.
Under the charismatic leadership of one of its founders, Anwar Ibrahim, who served as its president from 1974 until his resignation in 1982, ABIM became the dominant Islamic movement in the 1970s and early 1980s, growing to a membership of more than 35,000. Anwar Ibrahim reflected what would become the profile of many ABIM members, young, secular or western educated, emerging the middle class, who in university years had "turned" to Islam as a moden religio-cultural alternative to Westernization and secularism, as well as to conservative or traditionalist Islam of the older generation. In contrast to more Westernized elites, ABIM asserted that Islam offered an indigenous, authentic identity and way of life that combined concern of religious ritual with social and economic reform. ABIM's Islamic oreintation was modern reformist rather than a return to the Islam of the more traditionalist ulama and of PAS (Parti Islam SeMalaysia or Islamic Party of Malaysia).
Anwar Ibrahim himself proved to be charismatic and formidable leader: bright, wellread. a superb speaker (with charm, a winning personality, and sense of humor), energetic and with strong organizational and strategic skills and an accommodationist oreintation. He role and significance can be seen both in ABIM's accomplishments and the extent to which it seemed to stall and decline after his resignation in 1982.
InsyaAllah, continue.....

Tuesday, July 22, 2008

Kerajaan Perak Menongkah Arus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Bersyukur ke hadrat ilahi, negeri Perak berada terus dalam keadaan aman dan makmur. Menilai kerajaan pakatan rakyat di negeri Perak, tidak adil dibandingkan dengan kerajaan lalu yang menjangkau 50 tahun usianya. Dalam usia yang baru melepasi 100 hari, secara ikhlas sebagai warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Perak, jelas sekali kerajaan negeri di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar b. Jamaluddin bertungkus lumus membuat perubahan positif, dari sudut meringankan beban rakyat terutamanya rakyat yang kurang bernasib baik. Ada beberapa perkara yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak semacam mencanangkan kekurangan, kelemahan dan ketidakstabilan kerajaan. Sebenarnya rakyat perlu bijak menilai adakah kelemahan bagi orang baru suatu kesalahan dan sama dengan pihak yang mengabaikan nasib serta tidak ambil peduli kesusahan rakyat terbanyak. Apa yang penting ada usaha dan telah pun terbukti dengan tindakan yang membela rakyat terbanyak. Sebagai warga Perak saya gembira dengan bantuan segera dan air percuma kepada keluarga miskin, serta bantuan kewangan kepada pelajar yang berjaya ke pengajian tinggi. Alhamdulillah.

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara dan isu yang pihak kerajaan perlu tangani segera. Jangan biarkan sehingga menjadi ruang selesa untuk digasak. Misalnya sememangnya rakyat agak keliru dan terpengaruh dengan isu pemilikan tanah. Nampaknya orang Melayu merasa gelisah dan ini merupakan isu yang agak sensitif. Di tambah pula kononnya dominasi parti tertentu dalam merencana beberapa keputusan penting dan hala tuju kerajaan. Buktikan bahawa semua ini suatu fitnah.

Kesempatan yang ada juga, tahniah kepada barisan kerajaan dalam melayani gasakan di dalam dewan undangan negeri baru-baru ini. Satu permulaan yang baik, terutama YAB Menteri Besar yang menjawab satu persatu persoalan yang ditimbulkan. Mewakili warga ABIM, sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam aspek perjuangan kebenaran dan keadilan. Semaikan benih-benih keadilan Islam. ABIM perak sentiasa bersedia untuk sama terlibat dalam membangun negeri tercinta, terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan belia. Semoga Allah merahmati kerajaan Perak Darul Ridzuan.

Negara Yang Adil, Negara Yang Melindungi Kaum Yang Lemah

Allah SWT berfirman yang bermaksud

”Apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya)”.


[Al-Hasyr :7]

Negara yang adil seharusnya menolong dan membela sebaik mungkin kehidupan orang-orang di bawah kekuasaannya. Pemimpin perlu sedaya upaya membela golongan tertindas, memberi sama rata harta kekayaan negara, dan menjauhi sikap tamak harta dan kerakusan untuk kekal berkuasa. Apabila Saad bin Abi Waqqas kurang memperhatikan hal-ehwal golongan yang lemah, Rasulullullah SAW bersabda,
[1]


“Tidakkah kamu mengetahui, bahawa kamu semua memperolehi rezeki dan kemenangan disebabkan kerana (wujudnya) kaum yang lemah diantara kamu.”
[Al-Bukhari]

Dr. Yusuf Al-Qardhawi berpandangan sebagai dai atau umat Islam yang hidup sebagai rakyat jelata, perlu BERPENDIRIAN dan mengambil beberapa tindakan penting seperti berikut:

MENGUBAH KEMUNGKARAN ADALAH WAJIB

Peringatan Al-Quran dan as-Sunnah kepada umat yang berdiam diri di hadapan satu kemungkaran atau membiarkan manusia, penguasa melakukan kemungkaran merupakan satu peringatan yang akan menggoncangkan hati setiap Muslim yang masih lagi memiliki iman walaupun sebesar biji bayam. Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud


“Telah dilaknat orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lidah Daud dan Isa bin Maryam, disebabkan mereka derhaka dan bersikap melampaui batas. Mereka, satu sama lain, tidak pernah melarang perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruklah apa yang sentiasa mereka lakukan.”
[Al-Maidah:78-79]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Sesiapa yang melihat satu kemungkaran hendaklah dia merubahnya dengan tangannya, Jika dia tidak mampu maka (hendaklah dia merubahnya) dengan lidahnya, Jika dia tidak mampu (juga) maka (hendaklah dia merubahnya) dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
[Imam Muslim]

SOLAT DAN POLITIK

Dalam kekhusyukan solatnya, seorang muslim juga boleh mengharungi samudera politik, iaitu seorang imam boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang berkaitan secara langsung dengan masalah-masalah politik. Di antaranya;

Allah berfirman yang bermaksud:


“Dan sesiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir”
[Al-Maidah: 44]

Begitu juga, seorang Muslim melakukan usaha politik dalam solatnya semasa dia membaca “Qunut Nazilah”, yang telah ditetapkan didalam fiqh. Ia merupakan satu doa, yang dibaca di dalam solat pada rakaat terakhir, khasnya pada solat-solat Jahriyah (solat-solat yang bacaannya keras). Qunut Nazilah disyariatkan untuk dibaca jika berlaku sebarang kejadianyang menimpa umat Islam seperti berperang, gempa bumi, banjir dan keadaan yang kritikal untuk dihadapi oleh umat. Al-Imam Assyahid Hassan Al-Banna telah menggunakan hukum ini untuk mengerahkan rakyat Mesir menentang Inggeris. Lafaz Qunut yang diajar oleh al-Banna ialah seperti berikut,


“Wahai Tuhan peliharalah semesta alam, Pelindung bagi orang-orang yang ketakutan, Yang memperhinakan orang-orang yang sombong dan membinasakan orang sewenang-wenangnya. Ya Allah, Engkau Maha Tahu bahawa pencuri Inggeris itu telah menduduki negeri kami, merampas hak kami, dan bertindak sewenang-wenangnya serta melakukan pelbagai kerosakkan dimuka bumi. Ya Allah, tolaklah tipu daya mereka daripada kami, musnahkanlah kekuatan mereka, singkirlah kekuasaan mereka dari bumi Mu, dan janganlah biarkan mereka menindas hamba-hamba Mu yang salih. Ya Allah, jatuhkanlah hukuman Mu yang Maha Mulia lagi Maha Kuasa, terhadap mereka dan orang-orang yang bekerja sama serta bersimpati terhadap mereka”

Demikianlah kita boleh masuk ke kancah politik, dan mengharungi perjuangannya dalam keadaan kita sedang berdiri di mihrab sedang solat dengan khusyuk. Islam tidak memisahkan antara urusan agama dan dunia.


AL-QURAN MENGECAM SETIAP BANGSA YANG PATUH KEPADA PARA PENINDAS

Al-Quran bukan sahaja memerangi para penindas malah orang ramai yang mengikuti jalan mereka, berserah diri dibawah kekuasaan mereka, serta menyerahkan tanggungjawab memimpin kepada mereka. Allah SWT telah berfirman mengenai kaum Nabi Nuh, kaum Ad’ serta kaum firaun yang mengikuti kemungkaran dan kekufuran para raja mereka secara membuta tuli.


“Tetapi mereka mengikuti perintah firaun, pada hal perintah Firaun itu sekali-kali bukanlah perintah yang benar. Ia berjalan di hadapan kaumya pada hari kiamat lalu memasukkan mereka ke dalam neraka. Padahal neraka itu seburuk-buruk tempat yang didatangi”
[Hud:97-98]

Al-Quran membebankan urusan menentang pemimpin zalim kepada orang ramai, sebab orang ramailah yang memberi peluang kepada munculnya para Firaun dan para penindas.

Awas! Golongan yang lebih bertanggungjawab terhadap penindasan yang dilakukan oleh para penindas, ialah para kaki tangan penguasa yang menindas. Al-Quran menyebut mereka sebagai ‘JUNUD’ atau kekuatan ketenteraan yang merupakan taring serta kuku yang zalim untuk urusan politik mereka. Ia seperti cemeti yang menakuti rakyat bila mereka memberontak, demonstrasi, atau bila terlintas dalam fikiran mereka untuk memberontak.Allah SWT memberi peringatan keras;

“Sesungguhnya, Qarun dan Haman beserta tenteranya ialah orang-orang yang bersalah.”
[al-Qasas:8]

MENGUNDI SERUPA DENGAN MEMBERI KESAKSIAN

Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik. Oleh itu perlu ada 2 syarat utama pada peribadi pemilih ataupun peribadi calon yang akan dipilih. Dua syarat utam itu ialah ADIL dan DIREDHAI ORANG RAMAI. Firman Allah SWT:


“Dan mintalah kesaksian daripada dua orang yang adil di antara kamu”
[at-Talaq; 2]

“Pilihlah dari saksi-saksi yang kalian redhai”
[al-Baqarah ; 282]

Sesiapa yang memberi kesaksian ke atas seorang yang tidak baik dengan mengatakan bahawa dia orang baik, maka dia telah melakukan DOSA BESAR iaitu memberi KETERANGAN PALSU. Allah SWT jelas melarang kita memberi keterangan palsu ddisebutkan seiring dengan larangan menyembah berhala. Firman Allah;


“Oleh itu jauhilah oleh kalian berhala-berhala itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta.”
[al-Hajj; 30]

Sekiranya ada yang memberi undian kepada seseorang calon kerana alasan kerabat dekat, atau sekampung, berharap untuk mengambil manfaat kelak, maka dia secara jelas dan terang telah menentang Allah SWT.


“Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian kerana Allah”
[at-Talaq; 2]

Sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya, sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Allah SWT berfirman,


“Jangalah saksi-saksi itu enggan memberi keterangan apabila mereka dipanggil”

[al-Baqarah; 282]



“Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya.”

[al-Baqarah; 283]



KESIMPULAN


Wahai saudara mukmin sekelian banyak lagi peringatan dari Allah SWT. Petikan dan huraian ringkas ini sebenarnya sudah cukup bagi orang-orang yang benar-benar mahukan kebaikan dan meletakkan Allah dan rasulnya sebagai rujukan dan pedoman. Mari kita rapatkan saf dan berbanyak memohon keampuanan dan pertolongan dari Allahg SWT. Semoga Malaysia negara aman dan makmur menurut kaca mata Allah dan Rasulnya.






Antara Fitnah Dan Anwar Ibrahim


Soalan Pertama:

Jika seseorang yang dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah, berkeperibadian bersih dan salih sepanjang hidupnya, tiba-tiba dituduh dengan tohmahan-tohmahan yang keji seperti berzina, melakukan perbuatan kaum luth, membunuh dan lain-lain. Apakah hukum syariah bagi orang yang menuduh dan orang yang dituduh? Apakah orang yang dituduh wajib membela diri? Dan apakah kewajipan masyarakat Muslim tentang perkara ini?

Jawapan:

Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azabNya. Ini kerana tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ia juga boleh menyebabkan orang ramai berbuuk sangka terhadapnya. Orang-orang yang rendah akhlaknya mungkin boleh melakukan tindakan-tindakan yang tidak diinginkan terhadapnya. Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebarnya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh itu, al-quran mengecam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat.

Allah swt berfirman:
(Surah al-Ahzab 33: 58)

Allah swt berfirman:
(Surah an-Nur 24: 23-25)

Para ulama telah sepakat (ijma’) mengatakan bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan keatas lelaki mukmin adalah serupa dengan dosa dan hukuman terhadap mereka yang melemparkannya ke atas wanita mukminah. Ayat di atas diturunkan dalam bentuk seperti ini (menggunakan perkataan mukminat) kerana ayat tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin Aisyah As-Siddiqah binti Abu Bakar As-Siddiq. Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah saw selepas Khadijah. Peribadi yang suci ini terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang keji. Orang-orang munafik menyebarkan khabar angin tentangnya dan melemparkan tohmahan bahawa beliau telah melakukan skandal dengan salah seorang sahabat Rasulullah saw yang tidak pernah diragui kebersihan peribadinya. Orang-orang munafik benar-benar telah menggunakan peluang ini dengan mengobarkan api fitnah. Demikianlah kisah Hadith al-Ifki yang telah memalukan dan meresahkan rumah Nabi saw, rumah Abu Bakar as-Siddiq serta seluruh bandar Madinah.

Akhirnya turunlah ayat al-Quran daripada petala langit yang tujuh, bagi menerangkan perkara tersebut secara jelas dan tegas serta mengembalikan keadaan seperti sediakala. Ayat tersebut juga telah membisukan lidah-lidah para pendusta dan membersihkan kembali nama Aisyah yang jujur dan suci daripada segala tuduhan yang jahat. Selepas turunnya ayat-ayat tersebut, kaum Muslimin pun merasa lega kerana telah terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu.

Bacalah firman Allah swt pada surah an-Nur:
(Surah an-Nur 24: 11-13)

Inilah hukam Allah yang tegas. Sesiapa yang menuduh orang lain melakukan perbuatan keji seperti berzina, maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi yang adil dan tidak cacat keperibadiannya. Kesemua saksi ini mestilah telah melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuatan zina dengan perempuan secara jelas dengan mata kepala mereka sendiri. Demikianlah sebagaimana yang telah diterangkan secara kiasan dalam undang-undang syariah: seperti besi celak dimasukkan ke dalam bekasnya atau seperti pena dimasukkan ke dalam botol dakwat.

Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan empat orang saksi sebagaiman yang telah diterangkan di atas, maka dia dianggap sebagai seorang pendusta di sisi Allah swt. Allah menegaskan bahawa sipendusta ini mesti dikenakan hukuman syariah, bahkan dia terkena tiga jenis hukuman yang tertera dalam al-Quran, iaitu pada firman Allah swt:

(Surah an-Nur 24: 4-5)

Ayat-ayat yang mulia di atas menjelaskan tiga jenis hukuman terhadap jenayah yang keji itu:

Pertama: Hukuman fizikal

Hukuman fizikal, iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan. Sebatan yang menyakitkan tubuh badannya itu merupakan balasan terhadap perbuatannya menyakiti peribadi orang-orang yang baik. Tuduhan yang telah disebarkannya itu juga boleh memusnahkan kehidupan orang-orang yang dituduh beserta kaum keluarhganya.

Kedua: Hukuman moral dan sosial

Hukuman moral dan sosial, iaitu dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan sosial orang yang menuduh. Kesaksiannya dalam urusan kewangan, sivil, sosial, politik tidak boleh diterima pakai. Perkataan kesaksian dalam ayat di atas diturun dalam bentuk makirah (am) dan berbentuk penafian. Oleh itu, ia mencakupi seluruh jenis kesaksian. Berdasarkan hal ini, orang itu wajib digugurkan haknya untuk mengundi dalam pilihan raya, terlebih lagi hak untuk diundi.

Ketiga: Hukuman agama

Hukuman agama, iaitu dengan menggelarnya sebagai orang yang fasik dan memasukkannya ke dalam golongan fasiqun. Al-Quran menyebutkan kefasikan sebagai lawan keimanan. Allah swt berfirman:

(Surah as-Sajdah 32: 18-20)

Al-Quran telah melekatkan gelaran fasik ini kepada iblis, makhluk paling durjana. Allah swt berfirman:

(surah al-Kahfi 18: 50)

Walau bagaimanapun dengan rahmat dan kasihnya Allah, masih lagi membuka pintu taubat bagi mereka yang ingin mensucikan dan membersihkan dirinya. Allah swt berfirman:

(Surah an-Nur 24: 5)

Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa taubat hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman terakhir, iaitu penggelaran dirinya sebagai fasik. Taubat tidak akan memansuhkan hukuman gugurnya kesaksian daripada pihaknya. Ini kerana perkara gugurnya kesaksian di dalam ayat di atas di sifatkan oleh Allah sebagai kekal: Dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka buat selama-lamanya.

Jenayah melemparkan tohmahan itu boleh menjadi lebih besar jika orang yang dituduh dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang istiqomah dan salih. Mereka mengenalinya sebagai porang yang baik dan tidak pernah menyaksikan sebarang kejahatan yang dilakukannya.

Sesungguhnya suara orang ramai merupakan pena-pena kebenaran. Kesaksian yang boleh dipertimbangkan hanyalah kesaksian orang-orang yang salih dan baik, kerana merekalah saksi-saksi Allah di atas muka bumi, seperti yang digambarkan oleh salah satu hadith Rasulullah saw.

Pandangan dan sikap dalam menjaga maruah kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau dibelakangnya. Allah swt telah berfirman:

(Surah al-Hujrat 48: 12)

Dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah saw telah bersdabda:

Maksudnya:
Setiap Muslim diharamkan baginya darah, harta dan maruah saudaranya sesama muslim.

Jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan berlaku perbalahan di antara seluruh manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka pula akan tertindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan. Bertolak daripada kesedran ini, Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya.

Rasulullah saw telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Ma’iz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhi hukuman rejam:

Jika engkau menutupinya dengan bajumu tentu lebih baik untukmu.

Rasulullah saw juga bersabda:

Seluruh umatku akan memperolehi pengampunan, kecuali orang-orang yang suka menyebarkan aib orang lain.

Rasullah saw juga bersabda:

Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupinya (kesalahan) di dunia dan di akhirat.

Allah swt berfirman:

(Surah an-Nur 24: 19)

Soalan Kedua:

Adakah orang yang dituduh berhak untuk membela diri? Bolehkah dia dicegah daripada melakukan hal itu? Apakah kewajipan masyarakat Muslim di sekelilinginya? Bolehkah mereka berdiam diri dan membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja?

Jawapan:

Hak seseorang yang dituduh dengan tuduhan yang melibatkan agama, maruah, serta moral ialah: membela diri daripada tuduhan orang yang telah menzaliminya dan meninggikan suaranya untuk menyatakan kebenaran. Bahkan dalam satu ayat al-Quran Allah telah memberinya satu hak istimewa untuk melindungi kehormatan dan maruah dirinya. Firman Allah swt:

(Surah an-Nisa 4: 148)

Tidak boleh sesiapa pun mencegah atau melarang orang yang dituduh daripada membela dirinya. Ia merupakan hak yang biasa dan sah disisi hokum syariah. Allah telah memberikan peluang kepada iblis yang dilaknat untuk berdebat mempertahankan dirinya di hadapan Tuhan (Allah) sekelian alam. Iblis dengan petahnya mempertahankan kesombongannya dengan mengatakan: saya lebih baik daripada Adam.Bahkan pada hari kiamat, Allah juga memberi peluang kepada setiap diri untuk mengetengahkan pembelaan terhadap dirinya.

Oleh itu masyarakat Muslim mesti memberikan peluang kepada orang yang dituduh dan melindungi hak dan kebebasannya dengan seluas-luas dalam proses pembelaan itu. Dia mesti dibenarkan membela dirinya secara lisan, menulis di surat-surat khabar dan berucap di radio dan televisyen. Terutama jika pandangan umum akan memberi kesan yang cukup besar dalam kes tersebut.

Secara syariah, dia tidak boleh diserahkan kepada taring-taring para lawanya yang mencarik-carik kredibilitinya siang dan malam dan membiarkan masyarakat awam hanya menjadi penonton tanpa mampu berbuat apa-apa. Akibatnya pintu pun tertutup rapat di hadapan orang yang dituduh. Dia tidak mampu melawan sebab tidak memiliki sebarang kelengkapan, sedangkan para musuhnya memiliki seluruh jenis senjata. Mereka telah melucuti dirinya daripada sebarang kekuasaan, bahkan lebih daripada itu, mereka juga telah mengajak orang ramai untuk ikut serta dalam angkatan dusta dengan menyebarkan perkataan-perkataan jahat yang tidak pernah diingkari. Allah swt telah berfirman:

(Surah an-Nur 24: 15)

Masyarakat Muslim merupakan satu masyarakat yang saling bertimbang rasa dan penuh tanggung jawab antara satu sama lain. Ia tidak akan membiarkan seorang yang baik dan tidak bersalah menjadi korban satu kezaliman yang kuat, konspirasi dan makar (tipu daya) dan memusnahkan. Masyarakat Muslim tidak akan berdiam diri menyaksikan perkara itu semua, sebab seseorang yang berdiam diri terhadap kebenaran serupa dengan syaitan bisu. Allah swt telah berfirman:

(Surah an-Nur 24: 12)

Inilah sepatutnya sikap masyarakat mukmin yang mengambil berat antara satu sama lain. Allah swt telah berfirman:

(Surah at-Taubah 9: 71)

Rasulullah saw telah bersabda:
Seseorang Muslim itu merupakan saudara kepada Muslim yang lain. (Oleh itu) dia tidak boleh menzalimi atau membiarkannya terlantar.
(Muttafaqun alaihi)

Pengertian tidak membiarkannya dalam hadith di atas adalah tidak melepaskannya atau meninggalkannya begitu sahaja dalam menghadapi kesukaran. Rasullullah saw juga bersabda:

Tolonglah saudaramu sama ada dia zalim atau dizalimi, Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, tentu kami akan menolongnya jika dia dizalimi. Tetapi bagaimanakah kami menolongnya jika dia sendiri berlaku zalim?”Rasullullah bersabda, ”Dengan mencegahnya daripada melakukan kezaliman. Begitulah cara menolongnya.”
(Muttafaqun alahi)
Islam mewajibkan masyarakat Muslim untuk menolong orang dizalimi daripada terus dianiayai oleh orang yang zalim tanpa mengira beberapa tingkat darjat atau pangkat penzalim itu. Hadith Nabi menjelaskan:

Jika kamu melihat umatku telah takut untuk mengatakan kepada si zalimwahai zalim, maka mereka telah ditinggalkan (Allah).