Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Caw. Perak ingin merakamkan ucapan tahniah atas keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantungkan penerbitan edisi Bahasa Malaysia akhbar Katolik Herald minggu lalu. ABIM menyokong penuh atas pergantungan tersebut atas kemaslahatan umat Islam dan Perlembagaan Negara. Pandangan Pemuda Majlis Gereja Malaysia (PMGM) yang mengatakan seolah-olah tidak menggalakkan mereka menggunakan bahasa kebangsaan, adalah satu pandangan yang penuh curiga. Penggunaan Bahasa Melayu dalam penerbitan edisi akhbar Katolik Herald minggu lalu jelas menggambarkan suatu usaha untuk menyebarkan dakyah kristianisasi kepada umat Melayu. Ini jelas bertentangan dengan kandungan perlembagaan bahawa agama Islam itu adalah agama rasmi dan adalah salah mana-mana pihak yang cuba menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan agama Islam terhadap orang Islam. Sekiranya akhbar ini dibenarkan, adalah tidak mustahil selepas ini akan ada percubaan sesetengah pihak yang akan menerbitkan pula kitab-kitab peganggan agama lain kepada Bahasa Melayu. ABIM begitu curiga dengan kenyataan setiausaha PMGM Daniel Chai "Bukankah orang beragama Kristian di negara ini juga warganegara yang berhak dan patut digalak menggunakan bahasa kebangsaannya dalam segala urusan hariannya? Kita perlu fahami penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam urusan harian adalah amat digalakan tetapi bukan dalam urusan penyebaran dakyah kepercayaan, Seruan pemimpin negara agar rakyat Malaysia berbahasa Malaysia tidak seharusnya disalah ertikan atau dijadikan alasan untuk melaksanakan hal berkaitan. Tidak timbul juga persoalan yang mengatakan bahawa larangan kementerian sebagai "penindasan atau diskriminasi terhadap penganut Kristian yang berbahasa dan berbangsa Malaysia". Penganut Kristian di negara ini bebas dalam mengamalkan kepercayaan sehinggakan sambuatan kebesaran juga mendapat ruang yang sama untuk diraikan tanpa sekatan oleh pihak kerajaan. Malah medium hiburan juga sarat dengan program yang cenderung kepada penganut Krsitian ketika sambutan kebesaran penganut Kristian. Negara Malaysia kini tidak boleh disamakan dengan negara lain yang kononnya penggunaan kalimah Allah turut digunakan oleh penganut Kristian selama beberapa generasi, khususnya di Malaysia Timur, seperti istilah "Allah" yang digunakan di kalangan mereka di negara-negara Arab dan Indonesia. Banyak perbezaan terutamanya peruntukan perlembagaan yang menekan Islam perlu dipelihara dan tidak boleh umat Islam dimurtadkan. Ini membuktikan bahawa pemerintah di negara ini mempunyai kesedaran untuk menjaga Aqidah umat Melayu Islam yang kini semakin terancam. Adalah tidak benar dan salah bahawa negara ini membenarkan umat Melayu Islam diajak untuk menukar agama semata-mata kenyataan yang mengatakan Negara mengamalkan kebebasan beragama. Akhir kata ABIM sekali menegaskan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pihak KDN adalah tepat pada masanya sekaligus sebagai satu amaran kepada usaha pihak lain untuk melakukan perkara yang sama. ABIM mengharapkan tindakan tegas ini perlu diteruskan dalam konteks menjaga agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. |
Wednesday, January 7, 2009
Akhbar Harold Perlu Akur
Subscribe to:
Posts (Atom)