Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bersyukur ke hadrat ilahi, negeri Perak berada terus dalam keadaan aman dan makmur. Menilai kerajaan pakatan rakyat di negeri Perak, tidak adil dibandingkan dengan kerajaan lalu yang menjangkau 50 tahun usianya. Dalam usia yang baru melepasi 100 hari, secara ikhlas sebagai warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Perak, jelas sekali kerajaan negeri di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar b. Jamaluddin bertungkus lumus membuat perubahan positif, dari sudut meringankan beban rakyat terutamanya rakyat yang kurang bernasib baik. Ada beberapa perkara yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak semacam mencanangkan kekurangan, kelemahan dan ketidakstabilan kerajaan. Sebenarnya rakyat perlu bijak menilai adakah kelemahan bagi orang baru suatu kesalahan dan sama dengan pihak yang mengabaikan nasib serta tidak ambil peduli kesusahan rakyat terbanyak. Apa yang penting ada usaha dan telah pun terbukti dengan tindakan yang membela rakyat terbanyak. Sebagai warga Perak saya gembira dengan bantuan segera dan air percuma kepada keluarga miskin, serta bantuan kewangan kepada pelajar yang berjaya ke pengajian tinggi. Alhamdulillah. Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara dan isu yang pihak kerajaan perlu tangani segera. Jangan biarkan sehingga menjadi ruang selesa untuk digasak. Misalnya sememangnya rakyat agak keliru dan terpengaruh dengan isu pemilikan tanah. Nampaknya orang Melayu merasa gelisah dan ini merupakan isu yang agak sensitif. Di tambah pula kononnya dominasi parti tertentu dalam merencana beberapa keputusan penting dan hala tuju kerajaan. Buktikan bahawa semua ini suatu fitnah. Kesempatan yang ada juga, tahniah kepada barisan kerajaan dalam melayani gasakan di dalam dewan undangan negeri baru-baru ini. Satu permulaan yang baik, terutama YAB Menteri Besar yang menjawab satu persatu persoalan yang ditimbulkan. Mewakili warga ABIM, sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam aspek perjuangan kebenaran dan keadilan. Semaikan benih-benih keadilan Islam. ABIM perak sentiasa bersedia untuk sama terlibat dalam membangun negeri tercinta, terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan belia. Semoga Allah merahmati kerajaan Perak Darul Ridzuan. |
Tuesday, July 22, 2008
Kerajaan Perak Menongkah Arus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment