Tuesday, July 22, 2008

Antara Fitnah Dan Anwar Ibrahim


Soalan Pertama:

Jika seseorang yang dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah, berkeperibadian bersih dan salih sepanjang hidupnya, tiba-tiba dituduh dengan tohmahan-tohmahan yang keji seperti berzina, melakukan perbuatan kaum luth, membunuh dan lain-lain. Apakah hukum syariah bagi orang yang menuduh dan orang yang dituduh? Apakah orang yang dituduh wajib membela diri? Dan apakah kewajipan masyarakat Muslim tentang perkara ini?

Jawapan:

Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azabNya. Ini kerana tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ia juga boleh menyebabkan orang ramai berbuuk sangka terhadapnya. Orang-orang yang rendah akhlaknya mungkin boleh melakukan tindakan-tindakan yang tidak diinginkan terhadapnya. Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebarnya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh itu, al-quran mengecam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat.

Allah swt berfirman:
(Surah al-Ahzab 33: 58)

Allah swt berfirman:
(Surah an-Nur 24: 23-25)

Para ulama telah sepakat (ijma’) mengatakan bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan keatas lelaki mukmin adalah serupa dengan dosa dan hukuman terhadap mereka yang melemparkannya ke atas wanita mukminah. Ayat di atas diturunkan dalam bentuk seperti ini (menggunakan perkataan mukminat) kerana ayat tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin Aisyah As-Siddiqah binti Abu Bakar As-Siddiq. Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah saw selepas Khadijah. Peribadi yang suci ini terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang keji. Orang-orang munafik menyebarkan khabar angin tentangnya dan melemparkan tohmahan bahawa beliau telah melakukan skandal dengan salah seorang sahabat Rasulullah saw yang tidak pernah diragui kebersihan peribadinya. Orang-orang munafik benar-benar telah menggunakan peluang ini dengan mengobarkan api fitnah. Demikianlah kisah Hadith al-Ifki yang telah memalukan dan meresahkan rumah Nabi saw, rumah Abu Bakar as-Siddiq serta seluruh bandar Madinah.

Akhirnya turunlah ayat al-Quran daripada petala langit yang tujuh, bagi menerangkan perkara tersebut secara jelas dan tegas serta mengembalikan keadaan seperti sediakala. Ayat tersebut juga telah membisukan lidah-lidah para pendusta dan membersihkan kembali nama Aisyah yang jujur dan suci daripada segala tuduhan yang jahat. Selepas turunnya ayat-ayat tersebut, kaum Muslimin pun merasa lega kerana telah terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu.

Bacalah firman Allah swt pada surah an-Nur:
(Surah an-Nur 24: 11-13)

Inilah hukam Allah yang tegas. Sesiapa yang menuduh orang lain melakukan perbuatan keji seperti berzina, maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi yang adil dan tidak cacat keperibadiannya. Kesemua saksi ini mestilah telah melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuatan zina dengan perempuan secara jelas dengan mata kepala mereka sendiri. Demikianlah sebagaimana yang telah diterangkan secara kiasan dalam undang-undang syariah: seperti besi celak dimasukkan ke dalam bekasnya atau seperti pena dimasukkan ke dalam botol dakwat.

Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan empat orang saksi sebagaiman yang telah diterangkan di atas, maka dia dianggap sebagai seorang pendusta di sisi Allah swt. Allah menegaskan bahawa sipendusta ini mesti dikenakan hukuman syariah, bahkan dia terkena tiga jenis hukuman yang tertera dalam al-Quran, iaitu pada firman Allah swt:

(Surah an-Nur 24: 4-5)

Ayat-ayat yang mulia di atas menjelaskan tiga jenis hukuman terhadap jenayah yang keji itu:

Pertama: Hukuman fizikal

Hukuman fizikal, iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan. Sebatan yang menyakitkan tubuh badannya itu merupakan balasan terhadap perbuatannya menyakiti peribadi orang-orang yang baik. Tuduhan yang telah disebarkannya itu juga boleh memusnahkan kehidupan orang-orang yang dituduh beserta kaum keluarhganya.

Kedua: Hukuman moral dan sosial

Hukuman moral dan sosial, iaitu dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan sosial orang yang menuduh. Kesaksiannya dalam urusan kewangan, sivil, sosial, politik tidak boleh diterima pakai. Perkataan kesaksian dalam ayat di atas diturun dalam bentuk makirah (am) dan berbentuk penafian. Oleh itu, ia mencakupi seluruh jenis kesaksian. Berdasarkan hal ini, orang itu wajib digugurkan haknya untuk mengundi dalam pilihan raya, terlebih lagi hak untuk diundi.

Ketiga: Hukuman agama

Hukuman agama, iaitu dengan menggelarnya sebagai orang yang fasik dan memasukkannya ke dalam golongan fasiqun. Al-Quran menyebutkan kefasikan sebagai lawan keimanan. Allah swt berfirman:

(Surah as-Sajdah 32: 18-20)

Al-Quran telah melekatkan gelaran fasik ini kepada iblis, makhluk paling durjana. Allah swt berfirman:

(surah al-Kahfi 18: 50)

Walau bagaimanapun dengan rahmat dan kasihnya Allah, masih lagi membuka pintu taubat bagi mereka yang ingin mensucikan dan membersihkan dirinya. Allah swt berfirman:

(Surah an-Nur 24: 5)

Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa taubat hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman terakhir, iaitu penggelaran dirinya sebagai fasik. Taubat tidak akan memansuhkan hukuman gugurnya kesaksian daripada pihaknya. Ini kerana perkara gugurnya kesaksian di dalam ayat di atas di sifatkan oleh Allah sebagai kekal: Dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka buat selama-lamanya.

Jenayah melemparkan tohmahan itu boleh menjadi lebih besar jika orang yang dituduh dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang istiqomah dan salih. Mereka mengenalinya sebagai porang yang baik dan tidak pernah menyaksikan sebarang kejahatan yang dilakukannya.

Sesungguhnya suara orang ramai merupakan pena-pena kebenaran. Kesaksian yang boleh dipertimbangkan hanyalah kesaksian orang-orang yang salih dan baik, kerana merekalah saksi-saksi Allah di atas muka bumi, seperti yang digambarkan oleh salah satu hadith Rasulullah saw.

Pandangan dan sikap dalam menjaga maruah kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau dibelakangnya. Allah swt telah berfirman:

(Surah al-Hujrat 48: 12)

Dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah saw telah bersdabda:

Maksudnya:
Setiap Muslim diharamkan baginya darah, harta dan maruah saudaranya sesama muslim.

Jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan berlaku perbalahan di antara seluruh manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka pula akan tertindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan. Bertolak daripada kesedran ini, Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya.

Rasulullah saw telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Ma’iz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhi hukuman rejam:

Jika engkau menutupinya dengan bajumu tentu lebih baik untukmu.

Rasulullah saw juga bersabda:

Seluruh umatku akan memperolehi pengampunan, kecuali orang-orang yang suka menyebarkan aib orang lain.

Rasullah saw juga bersabda:

Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupinya (kesalahan) di dunia dan di akhirat.

Allah swt berfirman:

(Surah an-Nur 24: 19)

Soalan Kedua:

Adakah orang yang dituduh berhak untuk membela diri? Bolehkah dia dicegah daripada melakukan hal itu? Apakah kewajipan masyarakat Muslim di sekelilinginya? Bolehkah mereka berdiam diri dan membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja?

Jawapan:

Hak seseorang yang dituduh dengan tuduhan yang melibatkan agama, maruah, serta moral ialah: membela diri daripada tuduhan orang yang telah menzaliminya dan meninggikan suaranya untuk menyatakan kebenaran. Bahkan dalam satu ayat al-Quran Allah telah memberinya satu hak istimewa untuk melindungi kehormatan dan maruah dirinya. Firman Allah swt:

(Surah an-Nisa 4: 148)

Tidak boleh sesiapa pun mencegah atau melarang orang yang dituduh daripada membela dirinya. Ia merupakan hak yang biasa dan sah disisi hokum syariah. Allah telah memberikan peluang kepada iblis yang dilaknat untuk berdebat mempertahankan dirinya di hadapan Tuhan (Allah) sekelian alam. Iblis dengan petahnya mempertahankan kesombongannya dengan mengatakan: saya lebih baik daripada Adam.Bahkan pada hari kiamat, Allah juga memberi peluang kepada setiap diri untuk mengetengahkan pembelaan terhadap dirinya.

Oleh itu masyarakat Muslim mesti memberikan peluang kepada orang yang dituduh dan melindungi hak dan kebebasannya dengan seluas-luas dalam proses pembelaan itu. Dia mesti dibenarkan membela dirinya secara lisan, menulis di surat-surat khabar dan berucap di radio dan televisyen. Terutama jika pandangan umum akan memberi kesan yang cukup besar dalam kes tersebut.

Secara syariah, dia tidak boleh diserahkan kepada taring-taring para lawanya yang mencarik-carik kredibilitinya siang dan malam dan membiarkan masyarakat awam hanya menjadi penonton tanpa mampu berbuat apa-apa. Akibatnya pintu pun tertutup rapat di hadapan orang yang dituduh. Dia tidak mampu melawan sebab tidak memiliki sebarang kelengkapan, sedangkan para musuhnya memiliki seluruh jenis senjata. Mereka telah melucuti dirinya daripada sebarang kekuasaan, bahkan lebih daripada itu, mereka juga telah mengajak orang ramai untuk ikut serta dalam angkatan dusta dengan menyebarkan perkataan-perkataan jahat yang tidak pernah diingkari. Allah swt telah berfirman:

(Surah an-Nur 24: 15)

Masyarakat Muslim merupakan satu masyarakat yang saling bertimbang rasa dan penuh tanggung jawab antara satu sama lain. Ia tidak akan membiarkan seorang yang baik dan tidak bersalah menjadi korban satu kezaliman yang kuat, konspirasi dan makar (tipu daya) dan memusnahkan. Masyarakat Muslim tidak akan berdiam diri menyaksikan perkara itu semua, sebab seseorang yang berdiam diri terhadap kebenaran serupa dengan syaitan bisu. Allah swt telah berfirman:

(Surah an-Nur 24: 12)

Inilah sepatutnya sikap masyarakat mukmin yang mengambil berat antara satu sama lain. Allah swt telah berfirman:

(Surah at-Taubah 9: 71)

Rasulullah saw telah bersabda:
Seseorang Muslim itu merupakan saudara kepada Muslim yang lain. (Oleh itu) dia tidak boleh menzalimi atau membiarkannya terlantar.
(Muttafaqun alaihi)

Pengertian tidak membiarkannya dalam hadith di atas adalah tidak melepaskannya atau meninggalkannya begitu sahaja dalam menghadapi kesukaran. Rasullullah saw juga bersabda:

Tolonglah saudaramu sama ada dia zalim atau dizalimi, Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, tentu kami akan menolongnya jika dia dizalimi. Tetapi bagaimanakah kami menolongnya jika dia sendiri berlaku zalim?”Rasullullah bersabda, ”Dengan mencegahnya daripada melakukan kezaliman. Begitulah cara menolongnya.”
(Muttafaqun alahi)
Islam mewajibkan masyarakat Muslim untuk menolong orang dizalimi daripada terus dianiayai oleh orang yang zalim tanpa mengira beberapa tingkat darjat atau pangkat penzalim itu. Hadith Nabi menjelaskan:

Jika kamu melihat umatku telah takut untuk mengatakan kepada si zalimwahai zalim, maka mereka telah ditinggalkan (Allah).

2 comments:

melaka boy said...

hanya ALLAH S.W.T yg mengetahui yg sahih atau yg batil...insyallah...setiap perbuatan ada pembalasannye....tak cayer ker!!!:)hidup muc

Assalamualaikum.......... said...

Assalamualaikum. Sebarkan maklumat kebenaran kerana Allah dan rasulnya.Syukran.