Friday, August 8, 2008

Amanah kepimpinan: Gerakan Islam dalam kepanasan isu politik

Muktamar Sanawi ABIM Perakkali ke 35, yang berlangsung pada 2hb Ogos 2008 bersamaan 30 Rejab 1429 H, menyaksikan beberapa perubahan dan cadangan. Antara perubahan yang besar ialah saf kepimpinan tertinggi ABIM Perak. Dengan penuh rasa insaf dan kerdil, penulis memohon terhadap Allah swt agar diberi kekuatan untuk memikul amanah sebagai Yang Dipertua ABIM Perak. Sebagai orang yang diamanahkan dalam wadah ABIM, sudah pasti semua memahami bahawa tiada jaminan untuk disanjung-sanjung, kemewahan, kesempatan untuk kepentingan duniawi, keseronokan, disukai dan apa-apa yang membawa keuntungan fizikal. Tetapi jaminan yang ada ialah hukuman yang keras daripada Allah swt sekiranya mencabuli amanah yang diberi.Nauzubillah.... Motivasi untuk bekerja.. hanya ganjaran di yaumul mahsyar.

Untuk makluman kepada semua kenalan, teman-teman seperjuangan, para aktivis dakwah dan politik, bekas pelajar institusi Maahad al-Ummah dan sebagainya gerakan dakwah ini sangat memerlukan dokongan bersama. Matlamat utamanya apa? Hanya untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Berilah sokongan, dorongan, pandangan, teguran tanpa ada prejudis. Semuanya ada kelemahan. Ayuh semua marilah kita wujudkan jaringan untuk kebaikan dan menegakkan kebenaran dan keadilan !

Perkara pokok yang sangat mendesak ialah isu kaderisasi gerakan Dakwah Abim. Sudah pasti agenda ini menjadi tumpuan utama bagi pemimpin baru Abim Perak. Suasana politik baru khususnya suasana Kerajaan Negeri Perak dibawah pakatan rakyat akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Sebagai pendokong gerakan wadah Abim, sangat mengalu-alukan generasi muda di negeri Perak untuk menyertai gerakan Abim yang pasti dapat membina jatidiri yang mantap berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Semua teman-teman Abim diperingkat daerah ayuh sahutlah cabaran ini untuk memastikan kesinambungan gerakan ini. Semoga Allah swt memberi keizinan untuk harapan ini.Suasana minat terhadap politik yang agak luar biasa ketika ini diharap tidak membantutkan hasrat murni ni. InsyaAllah. Bersua kembali. Takbir!

No comments: