Wednesday, January 2, 2013

ISU “AMANAT HAJI HADI” : BERI RUANG KEPADA PRESIDEN PAS


ABIM telah diminta untuk memberi penjelasan oleh ramai umat Islam khususnya di Perak tentang isu “AMANAT HAJI HADI”  berdasarkan kenyataan Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS ketika berceramah di Kuala Terengganu pada 7 April 1981, KONONNYA menggelarkan Umno sebagai parti "kafir" dan perkara itu disebarkan secara meluas oleh PAS pada , tahun 1980-an dalam bentuk poster.
Perkara ini sangat menghairankan kenapa setelah sekian lama berlaku, baru kini dibangkitkan semula. Ternyata isu ini telah mendatangkan suasana yang tidak baik kepada umat Islam di negara ini, khususnya di Perak. Ia juga boleh menjerumus umat Islam kepada siri-siri fitnah baru berdasarkan isu lama.
Justeru, ABIM Perak ingin mengulangi pendirian bahawa Presiden PAS sangat wajar diberikan peluang untuk muncul secara langsung melalui televisyen bagi membuat penjelasan tentang isu yang dibangkitkan. Adapun cadangan agar beliau menggunakan web tv melalui internet adalah tidak relevan sama sekali kerana ia tidak mampu dicapai oleh semua pihak berbanding fitnah dan tohmahan terhadap beliau yang telah diulang-ulang selama beberapa minggu melalui media massa utama. Isu umat Islam akan keliru jika dibuat secara langsung, tidak akan timbul kerana umat Islam kini mampu membuat rujukan dan berfikir untuk membuat penilaian
ABIM juga bersetuju dengan satu lagi cadangan dari pihak SINAR untuk menganjur forum terbuka yang melibatkan Presiden PAS tersebut, kerana keyakinan pelbagai pihak terhadap kejayaan SINAR menganjurkan forum atau debat secara terbuka, telus dan tulus.

SUHAIMI BIN LATIP
YANG DIPERTUA,
 ANGAKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) ,
CAWANGAN NEGERI PERAK.
21 SAFAR 1434 BERSAMAAN 3 JANUARI 2013

Tuesday, December 18, 2012


Soalan dari Sinar kepada YDP ABIM Perak pada 16-12-12


 

Beri pandangan sedikit berkaitan kenyataan Mufti Perak yang bertegas tidak akan sertai parti politik...

 

Jawapan

 

Sememangnya kenyataan ini selaras dengan jawatan yang disandang sebagai Mufti Perak. Institusi Mufti perlu berdiri atas asas dan pendirian yang dituntut oleh agama dalam menentukan yang hak dan batil. Kenyataan ini sangat baik kerana ketika ini, ABIM tidak menafikan pandangan sebahagian pihak yang melihat Mufti lebih cenderung mendokong parti politik tertentu.

 

 

 

Pada pandangan Abim mengapa agaknya perhatian politik masa kini mahu menarik penglibatan mereka yang pakar dalam keilmuan dan agama.

 

Jawapan

 

            Bukan sahaja perhatian politik masa kini, tetapi sepanjang zaman penglibatan mereka yang pakar dalam keilmuan dan agama sangat penting dalam memberi penjelasan yang konkrit dalam politik. Ini kerana politik tidak terpisah dengan Islam. Para mufti perlu menjadi tunjang dalam membela isu agama agar jangan dipermainkan. Misalnya dalam isu yang menyentuh isu penghinaan MCA terhadap hudud yang begitu kerap kedengaran. Para mufti perlu memberi kenyataan yang tegas kepada pihak yang tidak beragama Islam agar tidak mencampuri isu sensitif yang menyentuh hak Islam. Tambahan isu yang berkaitan agama ini di bawah kuasa urusan hal ehwal Islam, yang  dinaungi oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung serta Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Negeri-negeri Melayu. Sebarang perkara berkaitan Islam termasuk hudud yang dibicarakan oleh pihak-pihak tertentu telah secara langsung menyentuh bidang kuasa Yand Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama di negara ini. 

 


 

Adakah Abim menyokong penuh pendirian yang diambil Mufti Perak itu.

 

ABIM menghormati pandangan yang diambil oleh Mufti Perak. Pendirian ini perlu diterjemahkan dalam bentuk yang lebih praktikal dari semasa ke semasa.

 

Friday, November 30, 2012

BANTAHAN KONSERT ELTON JOHN & JENNIFER LOPEZ


ABIM Perak melahirkan  bantahan dan rasa khuatir generasi muda terus dibanjiri qudwah (ikutan)  tanpa teladan iaitu  penganjuran Konsert Elton John, serta Konsert Jennifer Lopez. Ini memandangkan konsert tersebut dianjurkan taktala negara masih bergelut untuk merungkaikan pelbagai kemelut sosial yang melanda negara ini.Persembahan Elton dibuat melalui Elton John & Band: 40th Anniversary of the Rocket Man pada 29 November 2012 manakala Jenifer pula melalui Jennifer Lopez live in Malaysia pada 2 Disember ini.

ABIM Perak juga menilai penganjuran konsert seakan-akan menggambarkan sikap acuh tidak acuh pihak tertentu terhadap pelbagai bantahan yang dikemukakan terhadap penganjuran konsert-konsert serta program hiburan melampau membabitkan artis-artis dari luar Negara. Hiburan merupakan elemen berpengaruh terutama sekali di kalangan golongan remaja.

Hiburan yang bersifat mendidik akan mendorong golongan remaja untuk mengembangkan sahsiah diri mereka secara positif. Akan tetapi sekiranya mereka menerima pendedahan dari hiburan yang bersifat hendonistik semata-mata, ia akan mendorong golongan muda ini untuk bertindak menurut kepuasan hawa nafsu semata-mata. Tambahan pula, salah seorang artis tersebut secara terbuka mengamalkan hubungan sejenis (gay) yang boleh memberikan ekspresi keteladanan yang salah di kalangan golongan muda.

Seharusnya ancaman LGBT serta beberapa gejala songsang yang lain membuatkan pihak-pihak yang berwajib lebih berwaspada serta berhati-hati dalam menyaring sebarang kemasukan serta penganjuran hiburan membabitkan artis-artis luar Negara. Penganjuran kedua-dua konsert tersebut, katanya, merupakan titik hitam di sebalik kemilau kebangkitan hiburan Islamik serta selebriti dakwah di negara ini. Ketegasan serta keprihatinan dari pihak berwajib serta masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan golongan muda dari terus dibanjiri “artis” tanpa sebarang rujukan keteladanan yang positif. Pihak kerajaan perlu tegas menyekat unsur yang boleh merosakkan akhlak generasi muda Negara.

Tuesday, October 23, 2012



KENYATAAN AKHBAR ABIM PERAK
 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Perak sekali lagi menyuarakan kekesalan dan terkejut atas kenyataan liar oleh Dato’ Seri Chua Soi Lek dalam mesyuarat Agung Tahunan MCA ke 59 berkenaan dengan hukum hudud. Kenyataan beliau yang menganggap bahawa  8 daripada 11 buah negara yang mengamalkan hukum hudud di anggap sebagai negara yang paling banyak korup, tidak stabil dan tidak selamat adalah suatu kenyataan yang jahat, tidak berasas dan biadap.
Ini seolah-olah untuk menzahirkan kepada umat Islam dan bukan Islam akan keburukan hukum hudud yang difahami dari perspektif beliau yang sempit. Pada hal, umat Islam yang berpegang dengan keimanan dan aqidah yang murni yakin bahawa hukum hudud merupakan hukum yang mampu mengangkat  dan melindungi kemuliaan insan sekaligus  memartabatkan kemurniaan sosial khususnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Umat Islam sangat  yakin bahawa  undang-undang dari Allah ini bukan sahaja memberi manfaat yang besar kepada umat Islam malah kepada bukan Islam juga.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa agar umat Islam menolak Chua Soi Lek walau dimana pun dia bertanding dalam PRU akan datang. Tindakan melulu itu bukan kali pertama dan seharusnya MCA juga bertanggung jawab kerana ucapan menghina hudud itu berlaku di dalam perhimpunan besar dan rasmi parti tersebut.  Beliau tidak layak untuk menjadi wakil rakyat bagi warga Malaysia yang menghormati ajaran agama lain. Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang gagal menyantuni keharmonian masyarakat negara ini dan terus menerus menghina hukum yang termaktub di dalam kitab suci umat Islam  iaitu al-Qur’an . ABIM juga memandang berat sikap pemimpin negara yang enggan memberikan teguran sedangkan keceluparan ini bukan kali pertama berlaku.

SUHAIMI BIN LATIP,
YANG DIPERTUA,
ABIM PERAK
24-10-2012 BERSAMAAN 8 ZULHIJJAH 1433H

Wednesday, September 28, 2011

Hukum Syarak dan Melayu, Tunggak Utama Tanah Melayu

Islam dan Melayu adalah tunggak utama Tanah Melayu. Undang-undang Islam diguna pakai untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Negeri Melaka telah mengkanunkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka berdasarkan Hukum Syarak. Di negeri Perak, Undang-undang 99 juga digubal berdasarkan prinsip Hukum Syarak, Terengganu, Kelantan dan Kedah menyerap pengaruh Islam dalam pentadbiran masing-masing.”
Alhamdulillah, setelah dianugerahkan nikmat Islam dan ditakdirkan lahir sebagai Melayu di negeri Perak, saya sangat terharu dan berbangga dengan kenyataan ini yang telah diangkat oleh Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah di Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia pada tarikh 26 September 2011 baru-baru ini. Kenyataan tersebut membuktikan Hukum Syarak yang dimaksudkan itu ialah hukuman atau perundangan Islam yang selari dengan Al-Quran dan Hadis. Maknanya negara Malaysia ini dahulu telah ada undang-undang Islam yang dominan atas kesedaran dan kehendak yang besar oleh pemerentah Raja-raja Melayu. Soalnya kenapa sebahagian pemimpin melayu Islam, ahli politik melayu Islam dan sebahagian kecil melayu Islam mengkritik pihak yang mahu menyokong hukuman hudud, mempersendakannya malah dengan “confident” membuat kenyataan “Hudud tidak boleh dilaksanakan”. Sangat memalukan, bukan sahaja malu kepada orang bukan Islam, tetapi terhina di sisi Allah dan RasulNya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(Surah al-Baqarah:229)

Sepatutnya wajib umat Islam secara keseluruhannya mempromosi hukuman hudud kepada yang bukan Islam. Ketepikan sentimen politik. Malangnya, sesetengah pemimpin sendiri yang menampakkan kejahilannya dan menjadi jaguh menentang hudud secara sembunyi dan terang-terangan. Hukuman hudud ( حدود ), merupakan hukuman yang telah ditentukan serta ditetapkan secara jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T . Bukan hak kita. Hukuman ini bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti malah tidak boleh sama sekali diubahsuai atau dipinda. Malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Sesiapa di kalangan manusia yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya, termasuklah mereka dalam golongan orang yang zalim.
Apa kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud? Merujuk kepada kitab fiqh jinayat antara kesalahannya ialah termasuklah;

1. Melakukan zina iaitu persetubuhan di luar nikah yang sah berdasarkan hukum syarak.
2. Menuduh orang lain berzina (Qazaf) iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik, atau umumnya beliau dikenali baik lagi suci, menafikan keturunannya, serta tuduhan tanpa bukti disebut oleh Allah iaitu empat orang saksi.
3. Meminum arak atau yang memabukkan, sedikit atau tidak, sama ada mabuk atau tidak.
4. Murtad iaitu orang yang keluar dari ajaran Islam sama ada dengan perbuatan, perkataan, atau dengan i’tiqad kepercayaan.
5. Mencuri yang bermaksud memindahkan harta orang lain secara sembunyi dari tuannya dengan niat menghilangkan atau mengambil harta itu.
6. Hirabah atau merompak yang bermaksud seseorang atau kumpulan yang mempunyai niat dan tujuan mengambil harta, membunuh atau menakutkan pihak lain dengan kekerasan.
7. Bughat yang bermaksud segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syariat Islam dan hukum Islam

ABIM mengajak umat Islam memandang serius polimik hukuman hudud ketika ini. Jika ini berterusan, kita khuatir akan lahir persepsi negatif terhadap hukuman Allah ini. Umat Islam perlu yakin hukuman hudud boleh dilaksanakan melalui kehendak dan kemahuan politik yang tinggi dan serius dengan mengambil kira penafsiran dan pindaan semula terhadap sistem perundangan yang sedia ada. Timbul persoalan, bila dan adakah kehendak politik yang kuat dan berkuasa mahu melaksanakannya secara serius dan bersistematik? Dalam konteks ini, ABIM ingin merujuk kepada hasil kajian yang bertajuk Values Dreams Ideals Muslim Youth In Southeast Asia: Surveys in Indonesia and Malaysia (terbitan 2011) yang dilakukan Merdeka Centre, Goethe Institute dan Yayasan Fredrich Naumann baru-baru ini.

Temuramah yang dijalankan ke atas 1060 orang responden belia Islam mendapati majoriti belia Islam mahukan perundangan jenayah Islam diamalkan secara meluas di negara ini termasuklah pelaksanaan hukuman sebat untuk kesalahan minum arak (92.4%), hukuman mati untuk kesalahan membunuh atau Qisas (92.5%) dan 71.5% bersetuju untuk hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri.

Walaupun tidak konklusif tetapi kajian ini masih mampu memberi indikasi jelas bahawa generasi muda dan belia Islam di negara ini mempunyai persepsi yang positif terhadap pelaksanaan perundangan jenayah Islam. ABIM yakin melalui pelaksanaan program pendidikan dan penerangan yang lebih sistematik serta road map yang jelas ke arah pelaksanaan hukum hudud, masyarakat akan lebih jelas. Malah tentang hakikat sebenar pelaksanaan hukuman hudud yang menekankan keadilan dan menolak syubhah atau keraguan

Bagaimana masyarakat bukan Islam? Sampaikan kepada mereka semua. Siapa yang nak sampaikan? Kitalah yang beragana Islam yang wajib sampaikan ! Paling tidak katakan “Jangan khuatir kerana hukuman hudud itu hanya terpakai dan hanya membabitkan umat Islam sahaja”. Malah hukuman Hudud atau perundangan Islam juga turut menjamin serta memelihara hak serta kebebasan orang bukan Islam untuk kekal hidup dengan agama dan budaya masing-masing. Ini jaminan Islam!. Kepada yang bukan Islam, pengalaman telah ada bahawa sistem Islam yang suatu ketika dahulu dilihat secara negatif telah berjaya dilaksanakan dan bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia berbilang kaum antaranya berjaya memberi alternatif kepada sistem kewangan dan perbankan konvensyenal di Malaysia. Perkara lain perlu dilihat dan tidak mustahil mampu dan boleh dilakukan terutamanya perlaksanaan sistem perundangan jenayah Islam atau hukuman Hudud. ABIM semenjak penubuhannya pada 1971 telah menyatakan komitmen serta sokongannya terhadap perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini. Justeru sudah tiba masanya ia dijunjung serta diletakkan di tempat yang sewajarnya bersesuaian dengan status Islam sebagai agama Persekutuan. Nasihat dalam kesempatan ini, khusus untuk pemimpin beragama Islam, ahli siyasah, tokoh ilmuan Islam, yang menjadi mantan pimpinan, sehinggalah yang duduk bersembang santai tidak kira dimana sahaja. Hati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, jangan sampai silap percaturan, hukuman dari Allah dijadi bahan gurauan, bukan sahaja hilang penguasaan malah yang lebih mengerunkan mengundang kemurkaan (Allah), terburai ikatan syahadahtain, yang meloncat kegembiraan, musuh Islam, hantu bonceng dan syaitan.
Al-Faqir ilallah

Wednesday, September 7, 2011

ISLAM DALAM PERSOALAN HURIYYAH (KEMERDEKAAN)-Bahagian 1

Tahun 2011 bersamaan 1432 H, sambutan hari kemerdekaan negara kita kali ke 54 telah ditunda pada tarikh 16 September, serentak dengan sambutan hari pemasyhuran Malaysia iaitu pada tarikh 16 September 1963. Sebelumnya negara ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 1957. Dalam erti kemerdekaan secara umum, umat Islam dan rakyat negara ini hanya menelusuri pengalaman pahit retetan siri penjajahan Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris serta ancaman komunis. Maka sambutan kemerdekaan itu sekadar dipaparkan dengan kempen perbarisan hari kemerdekaan, sambutan malam kemerdekaan,mengibarkan jalur gemilang dan berbagai perayaan fizikal yang ditampilkan.


Sudah tentu sepanjang tempoh sebelum kemerdekaan, kita terpanggil mengimbas semula detik pahit maung yang dilalui. Walaupun ketika ini ada polimik yang melibat tokoh politik dan akademik bersangkutan sejarah, siapa tokoh tulen dan perjuangan kemerdekaan yang perlu ditulis semula, namun ada sudut lain yang juga cukup penting untuk dihayati. Sewajarnya kita mengambil ‘ibrah (pengajaran) serta muhasabah (penilaian semula) ke dalam diri dan jiwa kita. Benarkah selepas 54 tahun kemerdekaan ini kita benar-benar merdeka dari segala bentuk belenggu dan jajahan? Apakah umat Islam hari ini faham apa erti kemerdekaan yang selari dengan al-Qur’an dan al-Sunnah? Adakah umat Islam kini boleh berbangga dengan keadaan diri sendiri? Adakah kemerdekaan yang dikecapi kini turut membuatkan umat Islam bebas dari kehidupan jahiliah dari sudut jiwa, akal dan tingkah laku? Adakah kita merdeka dari jiwa hamba atau kita hanya menjadi seorang yang hanya ghairah bernostalgia? Maka sudah tentu jawapan untuk semua persoalan di atas, kita umat Islam wajib menilai dan memahami erti “kemerdekaan” atau “huriyyah” dari sudut perspektif Islam.


Setiap indivudu muslim perlu sedar bahawa sejarah kemerdekaan hakiki dirinya bermula apabila kehidupannya berpegagang teguh dan menyakini secara syumul kalimah “syahadahtain” bermaksud “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah” Bermula dari kalimah inilah umat Islam diajar memahami harga diri. Di sinilah umat yang terbelenggu jiwa hamba, akal dan tingkah laku jahilliahnya dibebaskan untuk bangkit sehingga umat Islam berjaya menguasai dan memimpin dunia suatu ketika. Maknanya “Tawhid” itu mempunyai kaitan penting untuk melahirkan insan yang berjiwa merdeka dari aspek jiwa hamba, akal dan tingkah laku yang akhirnya mengeluarkan dan membebaskan umat daripada kegelapan, kesesatan, perhambaan kepada cahaya (nur) yang sebenarnya dari Allah swt.


Firman Allah swt yang bermaksud:


“Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada nur (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut, yang mengeluarkan mereka dari nur (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah Ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 257)


Sewajarnya kita menekuni sirah bagaimana kekuatan tawhid atau akidah itu telah memerdekakan jiwa, akal dan tingkah laku al-sabiqun-ul-awwalun atau kumpulan sahabat Rasulullah saw di awal Islam sebagai pegangan hidup. Kenapa umat Islam tidak terpengaruh dan mengkagumi kekuatan tawhid, keberanian dan kesabaran yang luar biasa sahabat yang berkulit hitam dari Habsyah bernama Bilal ibn Rabah. Beliau mempertaruhkan nyawa dengan penyeksaan yang tidak terperi apabila timbunan batu di letakkan di atas dada dan tubuhnya. Semua penderitaan itu akan di hilangkan sekiranya Bilal kembali mengakui ketuhanan penyembahan berhala. Luar biasa apabila Bilal hanya mengungkapkan ahad, ahad, ahad yang bermaksud “yang satu, yang satu” merujuk kepada Allah yang satu. Beliau kekal bertahan sehingga dimerdekakan dari penyeksaan fizikal yang dahsyat itu. Bagaimana pula dengan kehebatan tokoh perajurit perang Islam yang hebat bernama Rabi’y Ibn Amir ketika berada di hadapan Raja yang zalim bernama Rustam dari Parsi bersama panglima-panglimanya dalam peristiwa peperangan al-Qadasiyyah. Rustam cuba menggertak dan menjatuhkan psikologi Rabi’y Ibn Amir. Seperti yang dinukilkan oleh al-Syahid Syed Qutb di dalam karyanya yang masyhur “petunjuk sepanjang jalan”, Rabi`y bin Amir, Hudzaifah bin Muhshin, dan al-Mughirah bin Syu`bah kepada Rustum, jeneral pasukan Parsi di dalam peperangan al-Qadasiyyah, saat Rustam bertanya kepada mereka bertiga seorang demi seorang selama tiga hari berturut-turut, sebelum peperangan dimulai, "Apa yang mendorong kalian berperang?" Mereka menjawab, "Allah mengutus kami agar kami mengeluarkan orang-orang yang Ia kehendaki dari penghambaan sesama manusia kepada penghambaan hanya kepada Allah. Dari kesempitan dunia menuju keluasannya. Dari kezaliman agama-agama lain menuju keadilan agama Islam. Lalu, ia mengutus utusanNya dengan agama untuk makhlukNya. Barangsiapa yang menyambut kami, akan kami sambut dengan baik pula dan kami kembali secara baik-baik, kami biarkan, tidak kami ganggu tanahnya. Barangsiapa yang membangkang, akan kami bunuh hingga kami mati syahid dan masuk syurga atau kami mendapat kemenangan yang gemilang." Semua tokoh yang disebutkan di atas merupakan sebahagian wira-wira atau hero-hero Islam yang benar-benar merdeka jiwa, akal dan tingkah laku dari belenggu kegelapan, kezaliman dan kesesatan masyarakat jahiliyyah.


Kemerdekaan yang tulen itu juga merujuk kepada kesaksamaan hak antara semua manusia dan meletakkan asas takwa sebagai elemen penting bagi keagungan dan kemuliaan sesuatu bangsa termasuk bangsa Melayu sendiri. Merujuk dengan peringatan Rasulullah saw “Tidak ada kelebihan bagi seseorang Arab ke atas seorang ‘ajam (bukan Arab)kecuali ketakwaannya.” Kemerdekaan itu juga dikaitkan dengan lahirnya unsur-unsur keadilan (al-adalah) dan keihsanan (al-ihsan).


Sesuai dengan peringatan Allah swt:


“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (Al-Nahl:90)


Umat Islam yang benar-benar merdeka itu juga adalah umat yang turut mengambil berat dengan penderitaan saudara-saudara seagama melampaui batas bangsa semata-mata dan merentasi garisan persempadanan geografi.


Lihatlah peringatan Allah swt yang bermaksud:


“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu memperolehi rahmat.” (al-Hujuraat: 10)


Merdekalah dengan cara yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya, jangan sampai kita melanggar batas agama ketika meraikan kemerdekaan. Jangan banyak berhibur yang terkinja-kinja, lalai atas suruhan agama, bersorak-sorak dan sebagainya yang tidak mencerminkan alhlak Islam yang mulia.


Al-Faqir ilallah

Wednesday, August 31, 2011

Jadikanlah diri "Rabbani", bukannya "Ramadhani"

Bulan Ramadhan sudah berlalu. Timbulkanlah persoalan, sama ada Ramadhan sebagai saksi yang meringankan atau menjadi saksi yang memberatkan kita. Ramadhan yang berlalu akan menjadi pemberi syafaat bagi orang yang berpuasa, membaca al-Qur’an dan solat malam dengan baik kerana dorongan iman dan mencari keredhaan Allah SWT, sehingga dosa-dosanya yang lalu diberi keampunan. Walau bagaimanapun, Ramadhan juga akan menjadi saksi bagi sesiapa yang berpuasa dan solat malam dengan cara yang tidak baik, sehingga puasanya hanya mendapatkan lapar, dahaga dan mendapat letih dan mengantuk sahaja . Bagaimana pula keadaan manusia yang mengaku Islam yang tidak berpuasa dan tidak solat malam?

Rasulullah saw bersabda;

Sesiapa yang tidak berpuasa dari bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (yang ada keringanan) dan tidak pula sakit, maka tidak ada puasa selama setahun penuh yang dapat mengqadha’nya (menggantikan) meskipun dia melakukan puasa qhada’ itu.”

(Diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tirmidzy, An-Nasa’iy, Ibnu Majah dan Ahmad)


Menurut Dr.Yusuf Al-Qardhawy, walaupun hadis dari Abu Hurairah ini dhaif, memadailah sebagai peringatan tentang dosa yang ada dan pahala yang terlepas dari tangan.


Ada pula manusia yang menghadap Allah hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Apabila berakhirnya Ramadhan, maka berakhirlah pula pengabdian tulus dan intim dengan Rabnya. Secara automatik terputuslah tali penghubung antara dirinya dan Rabnya. Tamat Ramadhan, bererti tamatlah solat berjemaah di masjid, tidak lagi ghairah dengan membaca al-Qur’an, lidah tidak lagi basah berzikir, tidak ada solat malam malah, mata dibenarkan semahu-mahunya melihat apa sahaja, begitu juga dengan telinga, kaki yang kembali bebas ke mana sahaja menurut nafsu, serta perut yang kenyang melampaui batas. Seolah-olah Allah SWT hanya layak ditaati dan di sembah serta ditakuti hanya pada bulan Ramadhan, dan tidak ada lagi pada bulan-bulan lain selepas itu. Sesungguhnya sesiapa yang menyembah Ramdhan, ketahuilah bulan Ramadhan telah tiada dan berlalu. Sementara Allah SWT tidak pernah mati dan akan terus wujud.


Jadikanlah diri kita Rabbni, artinya jadikan diri kita sentiasa bersama dan taatkan Allah serta bertakwa kepadaNya, di mana-mana sahaja tidak kira waktu, masa dan tempat. Bukannya menjadi Ramadhani, yang bermaksud janganlah kita hanya menghadap Allah pada bulan Ramadhan dan selepas berlalunya bulan Ramadhan, kita melupakan arahan dan tegahan Allah dan terjerumus ke lembah kedurhakaan serta maksiat. Apa selepas Ramadhan? Pembuktian anugerah takwa dapat dilihat dengan meneruskan agenda pengabdian tulus terhadap Allah swt,


1. Melaksanakan puasa enam hari di bulan syawal selepas Ramadhan dan rebutlah anugerah ganjaran berdasarkan dari Abu Ayyub Al-Anshari r.a meriwayatkan dari Nabi saw,


Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka pahalanya seperti ia berpuasa selama setahun” (HR.Muslim).


Berpuasa enam hari pada bulan Syawal ialah merupakan amalan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya secara berterusan dan tidak terputus dengan pengabdian tulus pada bulan Ramadhan. Orang yang berpuasa selepas Ramadhan seolah-olah orang yang cepat-cepat berenang ke pantai apabila mula merasa dirinya sudah jauh di tengah lautan. Ketahuilah amat sedikit manusia yang sedih, sayu dan merindui Ramadhan disebabkan perasaan serik kelaparan, kehausan, tidak boleh merokok, dan aktiviti lain yang ditegah ketika berpuasa. Perasaan inilah yang menyulitkan untuk berpuasa lagi. Pada hal, orang yang bersegera berpuasa setelah Idul Fitri merupakan bukti kecintaan yang tinggi terhadap Allah dan RasulNya.


2. Membiasakan puasa selepas Ramadhan menandakan puasanya di bulan Ramadhan diterima oleh Allah swt, kerana apabila Allah SWT menerima amal seseorang hamba, pasti Dia akan mendorong dan membantu hambaNya melaksanakan perbuatan baik seterusnya. Demikian pula sebaliknya, jika seseorang itu melakukan sesuatu yang nampak baik lalu diikuti dengan perbuatan buruk maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amalan yang pertama.
Umat Islam yang malang selepas Ramadhan berlalu bukannya mereka yang di lihat miskin tidak berharta, atau mereka yang tidak ada jamuan yang enak-enak di hari lembaran atau mereka yang tidak berupaya mengadakan rumah terbuka, tidak ada baju yang mahal-mahal dan pemandangan seronok yang biasa menjadi ukuran pada Hari Raya. Mereka yang malang itu ialah apabila sebulan berpuasa gagal membentuk diri sebagai mukmin yang benar-benar bertakwa yang diredhai oleh Allah SWT. Antara perkara malang yang ditunjukkan, ialah Hari Raya Idul Fitri pada 1 Syawal yang merupakan hari kemenangan mengawal nafsu, telah digantikan dengan sewenang-wenangnya dengan perbuatan maksiat. Maka termasuklah golongan ini orang yang membalas kenikmatan dengan kekufuran. Maka jadilah mereka golongan orang-orang yang menghancurkan bangunan yang megah setelah berhempas pulas membinanya.


Allah SWT berfirman,


“ Dan janganlah kamu seperti orang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai-berai kembali.”

(An-Nahl:92)


Apa yang dimaksudkan dengan kekufuran? Antara pebuatan kufur ialah mendengar dan melihat nyanyian perempuan yang tidak menutup aurat di waktu yang sama nyanyian itu tidak mengajak manusia ingat akan kebesaran Allah, menghadiri program keramaian yang melampau dan melanggar batas dari sudut pergaulan lelaki dan perempuan, pertuturan yang sia-sia, pembaziran hidangan juadah, termasuklah berbelanja banyak membeli mercun, dibakar di malam hari yang merupakan budaya sonsang selain daripada sia-sia ia juga menganggu ketenangan orang lain termasuklah orang-orang tua yang uzur, kanak-kanak kecil yang tidur dan sebagainya. Ini semua tegahan yang jelas oleh Allah. Bagaimana kita boleh merayakan kemenangan dan besyukur pada Allah di hari lembaran pada waktu yang sama melakukan perbuatan yang di tegah secara jelas oleh Allah SWT.


Mungkin ada dua sebab yang memungkin perkara ini berlaku, pertama kerana kejahilan atau kedua sengaja meringankan arahan dan tegahan dari Allah dengan alasan masa masih panjang untuk bertaubat, masa berseronok untuk sekali-sekala, esok masih sempat untuk bertaubat, dan berbagai lagi cetusan alasan yang ada. Kalau faktor jahil, sudah ada banyak peringatan yang didengar, dibaca dan dinasihatkan. Ingatlah tamatnya Ramadhan, umur hanya tinggal baki sahaja. Apa sahaja yang berbaki tidaklah banyak. Benda atau perkara yang boleh dilihat secara fizikal seperti air di dalam botol atau gelas akan nampak baki yang tertinggal apabila sebahagiannya diminum.


Umur berbaki tidak nampak dan di sembunyikan oleh Allah SWT. Jangan ingat umur 25 tahun, saya mungkin meninggal di kala usia 60 tahun. Siapa kata? Hanya Rasulullah SAW ada memberi peringatan, bahawa umur umatku antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Maka manfaatkan ruang dan masa yang berbaki ini dengan merendahkan diri pada Allah, lakukanlah ketaatan yang penuh sebelum kematian menjemput. Nafikan ketundukan kepada makhluk dan bersaksi bahawa kekuasaan hanya milik Dzul Jalal Wal Ikram (Yang Maha Memilki Kebesaran dan Kemuliaan),” Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Al-Faqir ilallah

Monday, August 8, 2011

Ramadhan: Tempat Pedagang Akhirat

Assalamualaikum . Alhamdulillah, saya mengajak diri, mukminin dan mukminat yang di rahmati Allah sekelian memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana nikmat Islam, Iman dan juga kelangsungan hidup sehingga Ramadhan sekalian kalinya tahun1432 H.

Ramadhan merupakan bulan besar untuk mengerjakan berbagai kebaikan yang sememangnya diberikan olehAllah SWT kepada manusia. Ketahuilah,Ramadhan merupakan pasar atau pekan raya bagi orang-orang yang bertakwa dan juga saat-saat yang laris bagi orang salih untuk berurus niaga. Peniaga yang bijak tahu ketika mana barangan perniagaan yang laris untuk diniagakan.

Dunia mempunyai para peniaga dan juga akhirat juga ada peniaganya. Pedagang dunia sentiasa mencari ruang, masa dan saat-saat yang betul untuk memperolehi keuntungan maksimum. Begitu juga dengan peniaga akhirat, juga menunggu dan mencari ruang, masa, dan saat-saat untuk memaksimumkan keuntungannya. Ketahulah ! keuntungan kedua-dua peniaga ini sangat berbeza. Keuntungan peniaga akhirat adalah ampunan dari Allah dan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai sesuai dengan peringatan Allah SWT;


Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
(An-Nur:37)

Maka dengan peringatan ini janganlah kita mencari untung dunia semata-mata seperti berurusniaga di pasar ramadhan sehingga penat dan hilang fokus ibadah dalam bulan ramadhan, berhibur dengan mendengar nyanyian yang melalaikan setelah penat berpuasa di siang hari, gagal mengawal tuturkata daripada pembohongan, tidak berani menyatakan hak dan menyanggah kebatillan, menyokong kezaliman , menyebar fitnah dan berbagai kefasadan di atas muka bumi ini. Takutilah saat-saat yang disebutkan dalam ayat diatas


“Hari di mana Hati dan Penglihatan menjadi goncang”


Semoga Ramadhan kali benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam apabila kita tupikan adab-adab berpuasa dan banyak membaca, memahami, meneliti dan mengamalkan al-Qur’an. Maka beruntunglah bagi siapa yang dimintakan syafaatoleh bulan Ramadhan dan Al-Qur’an , Rasulullah SAW bersabda yang mafhumya,

“Puasa dan al-Qur’an itu akan memintakan syafaat bagi hamba pada hari kiamat. Puasa berkata, Wahai Rabbku, aku mencegahnya makan dan syahwat di waktu siang, maka berilah orang ini syafaat kerananya. Berkata al-Qur’an, “Aku mencegahnya tidur pada malam hari, maka berilah orang ini syafaat kerananya. Beliau bersabda, kedua-duanya memintakan syafaat.”

(Diriwayatkan Ahmad, Ath-Thabrany dan al-Hakim)



Sesungguhnya Allah menganugerahkan bulan yang mulia ini saban tahun sebagai tetamu agung. Ada manusia yang gembira dan penuh syahdu ketika menyambutnya. Malang pula ada yang menyambutnya dengan rungutan dan kekasalan sehingga ia keluar dari bulan Ramadhan dalam keadaan lebih parah akhlaknya di sisi Allah AWT. Na uzubillahi min zalik (aku minta perlidungan darinya)

Mungkin Ramadhan kali ini kali terakhir buat kita. Berdoalah agar keampunan dan rahmat diperolehi dalam Ramadan kali ini. Semoga Allah panjangkan usia kita dalam beribadah sehingga selesai Ramadhan kali ini. Amin

Al-Faqir ilallah..,

Saturday, May 7, 2011

SUMPAH LAKNAT: ANWAR TIDAK PERLU LAYAN ORANG JAHIL

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah laknat bagi menafikan dirinya sebagai si pelaku dalam video seks, yang didakwa “Datuk T” Mac lalu sementara isu cabar-mencabar mengenai masih hangat diperkatakan.
Mantan pimpinan Abim, Prof Dr Ashraf Md Hashim berkata, Anwar tidak perlu melayan sumpah laknat kerana sumpah laknat disempurnakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikira tidak sah mengikut syariah Islam.
“Jika mengikut syariah Islam, walaupun Eskay membuat sumpah laknat atas kemahuan sendiri tetapi beliau masih tidak memenuhi syarat sah sumpah seperti dalam Islam di mana sumpah laknat perlu dilakukan di mahkamah, sumpah tersebut mesti mendapat kelulusan mahkamah (hakim) dan mesti disaksikan oleh empat saksi.
“Walaupun Eskay dengan rela hati membuat sumpah laknat, namun beliau tidak memenuhi syarat sumpah laknat menjadi sah seperti yang terkandung dalam syariah Islam,” katanya pada diskusi berkenaan hukum qazaf dan sumpah menurut syariah anjuran Abim, hari ini.
Sebelum ini, Eskay telah mengajak Anwar menyertainya untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Al-Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, jika benar Ketua Pembangkang itu bukan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita asing dalam rakaman videoyang didedahkannya, bulan lepas.
Beliau telah mengangkat sumpah laknat Jumaat lalu dengan memegang al-Quran, mengatakan “Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dipaparkan pada 21 Februari tahun 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku.”
Selain itu, Ashraf turut berkata, dalam syariah Islam, pendakwaan hanya boleh dilakukan apabila cukup empat syarat iaitu orang yang menuduh, pendakwaan dilakukan di mahkamah, orang yang dituduh perlu hadir dan isu yang dimaklumi dibuat kepada penghakiman. Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang berkata, Anwar berhak menolak sumpah laknat mengenai pelaku video seks.
Katanya, jika mengikut syariat Islam, Anwar tidak perlu melayan sumpah tersebut kerana pada asalnya sendiri tidak betul cara dan tempatnya.
Bagaimanapun kata beliau, secara moralnya pula Anwar perlu balas sumpah untuk mengelakkan moral dirinya tercalar.
Naib Presiden Pencerdasan Ummah (Wadah), Dr Abdul Halim El-Muhammady berkata, sekarang ini berlaku kekeliruan yang ditimbulkan media massa hanya memperkatakan berkenaan prosedur sumpah tetapi bukan subjek sumpah ekoran kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang mengatakan mengenai sumpah mubahalah.
“Sebenarnya dalam syariat Islam, sumpah mubahalah hanya berlaku apabila penuduh dan si tertuduh melakukan sumpah laknat. Sumpah mubahalah juga melibatkan akidah. Oleh itu, jika ada pihak perlu bersumpah dan menyuruh sebelah pihak lagi bersumpah adalah tidak benar.
“Ini sekali gus akan mengelirukan masyarakat dan menjadikan sumpah itu sebagai budaya dalam masyarakat. Jadi, buat apa kita sibuk menyuruh seseorang melakukan sumpah laknat. Sebagai orang Islam, apa yang penting, berserah kepada Allah s.w.t., biar Dia yang menentukan siapa yang bersalah, siapa yang tidak bersalah,” ujarnya.
Beliau menambah, kekeliruan ini juga timbul disebabkan media massa yang mengeluarkan berita tidak kena pada tempatnya.
Mereka hanya mengambil kira prosedur sumpah tetapi tidak mengambil objektif sumpah tersebut.
“Kadang kala orang yang membuat sumpah itu, tidak memahami syariah Islam dan tidak merujuk kepada buku syariah sebelum menyatakan sumpah.
“Jika mereka tidak bersumpah di hadapan hakim, sumpah itu tidak dikira sah. Oleh itu, seharusnya kita jangan bunuh adat Melayu, adat Islam dan hanya mengikut kehendak diri tanpa merujuk kepada yang lebih pakar, “ katanya lagi.

Wednesday, May 4, 2011

DATUK T PERLU TINDAKAN QAZAF

Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan, terutama tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh satu perbuatan yang haramkan secara tegas dalam Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T. dan azab-Nya.

Ini kerana tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyebabkan kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ia juga boleh menyebabkan orang ramai buruk sangka terhadapnya.

Orang-orang yang rendah akhlaknya mungkin boleh melakukan tindakan-tindakan yang tidak diinginkan terhadapnya. Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebarnya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh itu, al-Qur’an mengecam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta
yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah S.W.T.:

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang Mukmin dan Mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.”

Firman Allah S.W.T.:
“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah (tidak pernah terlintas untuk melakukan perbuatan keji) lagi beriman, (dengan tuduhan zina) mereka terkena laknat di dunia dan di akhirat dan bagi mereka azab yang besar.

Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu Allah akan memberikan mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah
mereka bahawa Allah-lah yang benar, lagi yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya).” (an-Nur (24): 23-25)

Para ulama telah sepakat (ijma’) mengatakan dosa dan hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan ke atas lelaki Mukmin adalah serupa dengan dosa dan hukuman terhadap mereka yang melemparkannya ke atas wanita Mukminah. Ayat di atas turun dalam seperti ini (menggunakan perkataan Mukminat) kerana ayat
tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin Aisyah As-Siddiqah binti Abu Bakar As-Siddiq.

Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. selepas Khadijah r.a. Peribadi yang suci ini terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang keji. Orang-orang munafik menyebarkan khabar angin tentangnya dan melemparkan tohmahan bahawa beliau telah melakukan skandal dengan salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang tidak pernah diragui kebersihan peribadinya.

Orang-orang munafik benar telah menggunakan peluang ini dengan mengobarkan api fitnah.

Akhirnya turunlah ayat al-Qur’an tersebut secara jelas dan tegas dan mengembalikan keadaan seperti sediakala. Ayat tersebut juga telah membisukan lidah-lidah para pendusta dan membersihkan kembali nama Aishah yang jujur dan suci daripada segala tuduhan jahat.

Selepas turunnya ayat-ayat tersebut, kaum Muslimin pun merasa lega kerana telah terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu. Bacalah Firman Allah S.W.T. dalam surah an-nur yang berikut:

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kami. Tiap-tiap seorang daripada mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya. Dan sesiapa antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.

Mengapa pada waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang Mukminin dan Mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.” (an-Nur (24): 11-13)

Kesemua saksi itu mestilah telah melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuatan zina dengan perempuan secara jelas dengan mata kepala mereka sendiri. Demikianlah sebagaimana yang telah diterangkan secara kiasan dalam undang-undang syariah: seperti besi celak dalm botol dakwat.

Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan empat saksi sebagaimana yang diterangkan di atas maka dia dianggap sebagai seorang pendusta di sisi Allah S.W.T.

Allah menegaskan bahawa pendusta ini mesti dikenakan hukuman syariah, bahkan dia terkena tiga jenis hukuman yang tertera dalam al-Qur’an al-Karim, iaitu pada Firman Allah S.W.T.: Inilah hukum Allah yang tegas. Sesiapa yang menuduh orang lain melakukan perbuatan keji seperti berzina maka dia mesti mengukuhkan
tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi yang adil dan tidak cacat keperibadiannya.

“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan. Dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah an-Nur (24): 4-5)

Tuesday, November 2, 2010

ANWAR IBRAHIM: TIADA ISTILAH UNDUR DALAM PERJUANGAN

Dari sudut tajuk “Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru”, lontaran Prof Madya Dr.Mohd Asri Zainul Abidin atau ringkasnya Dr. MAZA, perlu dilayan dengan pemikiran terbuka dan berlapang dada. Sememangnya pandangan beliau bahawa poltik kita perlu nafas baru merupakan suatu idea yang selari dengan suasana pemikiran generasi baru Negara terutamanya orang melayu yang mula mahukan islah atau reformasi. Secara jujur ramai juga yang bersetuju dengan idea bahawa kita mahukan sebuah kerajaan dan pembangkang yang berkualiti. Sebagai individu yang berlatar belakangkan sains politik, inilah yang kita sebutkan sebagai sistem dua kompenan parti. Kita mahu pada masa hadapan keseimbangan kuasa poltik antara kerajaan dan pembangkang amat dialu-alukan. Ini akan mewujudkan “check and balance” yang menguntungkan agama, Negara dan bangsa.

Pihak akhbar sepatutnya keluarkan juga di muka hadapan beberapa pandangan Dr.Maza yang sangat relevan antaranya “Apa jadi dengan Institusi Agama Kita?” berkenaan isu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mahu melupuskan 70 penghawa dingin baik, Kenyataan beliau mengenai Islamic Fashion Festival (IFF) bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam satu penghinaan, tidak islamik, dan mengambarkan kecelaruan fikiran mereka yang terlibat, isu bukan muslim dan masjid yang mengaitkan YB Teo Ni Cheng, Isu Dr. Maza yang mempersoalkan pegawai JAIS yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengaitkan dua tokoh besar ini dengan Wahabi dan banyak lagi.

Terkejut dan yang hairannya pandangan yang tidak kurang kritikal ini tidak langsung menarik minat akhbar Utusan Melayu untuk diletakkan di muka hadapan berbanding dengan keluaran 2 November 2010 yang hanya mengambil dan membesar-besarkan pandangan sebaris ayat dan meletakkan tajuk “Anwar perlu undur”. Nampak sangat ada agenda politik. Nampaknya pandangan Dr. MAZA yang inginkan hero baru dalam politik tidak memadai kerana pelakon veteran yang menjadi hero suara akhbar ini juga perlu diganti dan tidak sesuai kerana sekiranya lebih lama mereka ini menguasai akhbar terutamanya Utusan Melayu, orang melayulah yang rugi serugi-ruginya. Dari sudut untuk menaikkan rating jualan juga akan terbantut, kerana anak muda Melayu juga kini semakin terbuka dan bijak untuk mendapatkan sumber maklumat. Kesempatan yang ada ini juga Utusan Melayu dan semua akhbar aliran melayu di nasihatkan agar hentikan pemaparan keputusan nombor ekornya. Saya sangat malu kerana adakah ini tandanya orang melayu kuat berjudi?

Dr.Maza yang saya kenal ketika di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sememangnya sarat dengan pandangan peribadi yang kritikal. Secara peribadi, tidak ada masalah dengan harapan beliau pada poltik yang berteraskan kebijaksanaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan Negara,tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat, mahu ahli-ahli politik yang berkualiti berteras ilmu dan budi, watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas, mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-Amanah (amanah)dan mahukan mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. Idea ini tidak dipertikaikan dan tidak perlu disyarahkan.

Cuma pandangan beliau bahawa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’ boleh diperhalusi. Dr. MAZA memberi sebab bahawa DSAI sudah banyak kehilangan rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’ , pandangan ini tidak berapa jelas.
Pandangan ini boleh di respon dengan penuh tanggungjawab. Benar zamannya mungkin makin menyusur pergi tetapi belum masa lagi DSAI untuk berundur. Kenyataan ini tidak sama sekali mahu mempertahankan batang tubuh atau kerana namanya “Anwar Ibrahim” . DSAI manusia biasa yang tidak sunyi dengan melakukan kesilapan.

Apa hujahnya? Kenapa DSAI perlu diberi peluang? Pertama, DSAI masih konsisten dengan prinsip memperjuankan kebenaran dan keadilan. Beliau tokoh yang luar biasa, sesuai dengan tambahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, beliau sudah teruji dalam semua aspek dan lulus ujian. Manusia ini telah cukup di aib, dipukul, difitnah, dipenjara yang saya kira hanya Allah sahajalah yang menganugerahkan beliau ketahanan yang jitu ketika ini. Esok wallahua’lam. Kalau tiket untuk menjadi Perdana Menteri dulu lagi DSAI boleh dapatkan dengan syarat beliau akur dengan ugutan politik. Tetapi penjara beliau pilih untuk berehat selama 6 tahun. Kita dan ramai ahli politik Negara jika diberi pilihan tidak akan sanggup untuk pilih laluan cerita begini.

Kedua, dalam isu liwat episod kedua, mungkin ramai yang tidak peduli dengan Fatwa kedua Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi. Tidak kurang juga kedengaran bahawa Dr Yusuf Al Qardhawi teman lama beliau dan tidak berjumpa dengan Saiful Bukhari untuk mendapatkan penjelasan. Bagaimana pula dengan tokoh yang bernama Wahbah Zuhailly, yang tidak semena-mena hadir di rumah DSAI menyatakan pendiriannya dengan jelas. Tokoh besar ini terkenal dengan lapangan ilmunya yang melahirkan karya-karya besar, sebenarnya jika dilihat sejak awal apabila isu DSAI di paparkan beliau tidak pernah terlibat memberi komentar. Tetapi sebaliknya kini beliau tampil menyatakan sokongan kepada DSAI secara tidak langsung. Tindakan tokoh besar itu tidak pernah dijangka dan mengejutkan ramai pihak.

Ketiga, faktor DSAI dalam menggerakkan agenda “ISLAH” dalam politik, idea politik baru, jalinan utuh keseimbangan pembangkang, tidak dinafikan. Ini akan menjadi sejarah umat Islam Melayu. Secara ringkasnya kita perlu akui DSAI “Born to be perform”. Pengalaman awal dalam menentukan cuaca politik Negara bermula dengan amanah sebagai Presiden Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).Sejarah membuktikan bahawa PKPIM berubah menjadi gerakan yang komprehensif dan relevan dengan agenda agama, bangsa dan Negara apabila DSAI sebagai Presiden. Perlu di ingat bahawa sebelum itu PKPIM hanya sebuah persatuan yang hanya berjuang isu kebajikan pelajar semata-mata. Ketika DSAI memimpin, agenda Universiti Islam Antarabangasa telah diutarakan dalam salah satu muktamar PKPIM dan kini terbukti sudah. Saya dan Dr MAZA ditakdirkan belajar di UIA.

Perjalanan karier politiknya bermula dengan gerakan Islam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan memperjuangkan isu rakyat seperti kemiskinan di Baling Kedah, di tahan kali pertama di bawah Akta Keselamatan Negara (ISA), isu kematian tragis di memali yang sehingga kini banyak persoalan tidak terjawab, isu antarabangsa dan sebagainya. Ketika beliau memimpin ABIM, sangat berbeza dan sangat sukar untuk ABIM kini kembali dalam kehebatannya dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan ketika di bawah DSAI. Ini diakui oleh sarjana seperti John L.Espoisito dan John O.Voll (Islam and Democracy, Oxford,1996),

“…..the most vital, effective, and politically successful dakwah movement in the 1970s and early 1980s was the Islamic Youth Movement of Malaysia (Angkatan Belia Islam Malaysia, or ABIM). Established in the 1971-72, ABIM embodied the events, issues and concerns of the post-1969 period that fostered religious revivalism in general and mobilization of youth in particular. “

“Under the charismatic leadership of one of its founders, Anwar Ibrahim, who served as its president from 1974 until his resignation in 1982, ABIM became the dominant Islamic movement in the 1970s and early 1980s, growing to a membership of more than 35,000. Anwar Ibrahim reflected what would become the profile of many ABIM members, young, secular or western educated, emerging the middle class, who in university years had "turned" to Islam as a moden religio-cultural alternative to Westernization and secularism, as well as to conservative or traditionalist Islam of the older generation

“..Anwar Ibrahim himself proved to be charismatic and formidable leader: bright, wellread. a superb speaker (with charm, a winning personality, and sense of humor), energetic and with strong organizational and strategic skills and an accommodationist oreintation. He role and significance can be seen both in ABIM's accomplishments and the extent to which it seemed to stall and decline after his resignation in 1982.”

Kesempatan di dalam parti United Malay National Organization (UMNO), walaupun ditangisi dan dkritik, agenda islamisasi konsisten terus berjalan. Ringkasnya dalam suasana terkini, sebenarnya DSAI sedang dalam perjalanan dan sedang menuju kepada penghujung perjuangannya. DSAI perlu diberi ruang untuk menamatkan jalan cerita yang panjang itu. Tidak sepatutnya berhenti atau disuruh berhenti. Kalau factor usia, ramai tokoh politik yang berusia yang berpengaruh dan kepimpinannya sangat dihormati dan dituntut misalnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Faktor usia tidak relevan untuk meminta berundur. Berundur daripada jawatan, DSAI tidak ada apa-apa jawatan rasmi. Tun Dr Mahathir yang telah umum berundur pun masih lagi ghairah dan DR.MAZA telah memilih dan memuji Tun Dr. Siti Hasmah sebagai individu yang ada kebaikan yang boleh di ambil oleh isteri pemimpin tertinggi UMNO terutamanya Rosmah Mansor isteri perdana menteri.

Dr.Maza mahukan kewujudan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan, secara peribadi sebenarnya Negara ketika ini mempunyai barisan pembangkang yang berkualiti dan berkesan dibawah pimpinan DSAI selepas kepimpinan almarhum Dato’Fadzil mohd Noor, sepanjang pasca lebih 52 tahun merdeka. Buktinya, kisah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) terbongkar.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa, telah dapat dibongkar oleh pihak pembangkang yang ada.

Dalam perjuangan Islam, untuk meneggakan agama Allah tidak ada istilah “story design” , “datang disambut mesra”, menanti ucapan “terima kasih dan hormat”. Istilah “dipaksa keluar” dalam istilah menentang kezaliman, sekiranya pendokong kezaliman yang paksa keluar kita perlu bertahan dan DSAI perlu dipertahankan. Dalam sejarah perjuangan Islam banyak sekali tokoh besar “dipaksa keluar” sehingga dipenjara dan menemui syahid seperti Imam Hassan al-Banna, sehinggalah barisan tokoh pembebasan palestin. DSAI hanya berhenti apabila sampai waktunya seperti almarhum Dato’Fadzil Noor yang dikasihi. Maka ketika ini pemimpin baru akan muncul dan saya mengharap Dr.Maza akan terlibat sama. Tidak kisahlah apa wadahnya waluapun UMNO. Secara peribadi saya terbuka.

Sememangnya, kita sangat bersetuju bahawa pandangan yang ada tidak dibalas dengan cepat “melenting.

Sunday, May 23, 2010

JUDI ITU HARAM

Lesen Judi Bola sepak : Apa jaminan Melayu Islam tidak terlibat



Apa itu Judi ? Kamus Dewan menyatakan bahawa judi merupakan permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan (main ceki, main dadu dan lain-lain). Judi juga merupakan suatu permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun pertaruhan "nilai". Dalam akttiviti perjudian, pihak yang kalah dalam permainan perlu membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang.

Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian, misalnya menyabung ayam, membeli nombor (nombor ekor) termasuk judi bola sepak.


Secara umumnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk dan keji kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil: Dalam aktiviti perjudian, pihak yang menang akan memperolehi harta tanpa melaksanakan apa-apa tindakan yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib atau kononnya tuah badan. Ada dua kesan segera kepada individu atau masyarakat iaitu pertama kesan judi kepada pemikiran.

Sesiapa yang mengalami ketagihan judi, fokus pemikiran individu yang terlibat hanya pada perjudian semata-mata sehingga kemungkinan akan mengabaikan perkara-perkara penting yang lain, seperti urusan pekerjaan, keluarga, anak-anak dan sebagainya. Lebih parah lagi, mereka yang gila judi ini akan melibatkan segala yang berlaku sebagai nasib, kerana menganggap kehidupan adalah suatu perjudian. Selain itu, modal untuk menyelesaikan masalah mereka sentiasa tidak logik. Kemungkinan pihak yang terlibat sentiasa mendapakant bantuan daripada alam ghaib untuk mencapaikejayaan dalam perjudian. Misalnya tidak mustahil pihak yang terlibat cuba merujuk kepada unsur-unsur "batu ajaib" pandangan untuk melihat masa hadapan

Kedua, kesan perjudian keatas kehidupan.Ketagihan judi menjerumus seseorang kepada ketidaktetapan dan ketidakstabilan pendapatan, kerana dalam perjudian, seseorang itu sentiasa mengalami menang-kalah secara mendadak . Akibat pendapatan yang tidak stabil dan tetap, tidak mustahil seseorang itu akan terjerumus kepada ancaman kehancuran seperti hutang along, dan sebagainya .

Baru baru ini kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan walaupun menerima bantahan daripada pelbagai pihak.Laporan akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA yang menjadi syarikat tunggal yang mendapat kebenaran atau lesen. Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, membuat kenyataan bahawa tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.Tambahnya lagi, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Dijangka Kumpulan Berjaya akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.


Apabila bantahan terbuka telah berleluasa sama ada dari badan bukan kerajaan atau NGO, pertubuhan politik , individu dan sebagainya, pihak kerajaan perlu lebih berfokus dengan suara umat melayu Islam khususnya. Kita perlu sedar dengan penuh kesedaran, bahawa judi merupakan perbuatan dan permainan yang dilarang keras oleh Islam. Arahan Islam itu dari mana? Jawabnya dari Allah !.Pegangan kita al-Quran menyatakan:



Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan mengundi nasib dengan panah merupakan perbuatan keji dan amalan syaitan, maka jauhilah agar mendapat keuntungan,”
(Al-Maidah:90)





Ayat ini merupakan perintah dan larangan kepada seorang muslim menjadikan aktiviti judi itu sebagai hiburan dan pengisi masa terluang, dijadikan sebagai mata pencarian, dalam apa bentuk dan keadaan sekali pun. Agama kita ini menuntut agar individu muslim itu mendapatkan rezeki dengan jalan yang halal dan usaha yang baik bukannya perjudian yang bersifat untung-untungan. Islam mengajarkan supaya mengambil dan menerima harta berdasrkan hukum yang digariskan oleh islam. Sedangkan mengambil harta dengan perjudian termasuk memakan harta manusia dengan jalan yang batil. Seseorangbyang telah mabuk dengan candu judi, akan lupa diri dan tanggungjawabnya pada keluarga dan seterusnya kepada agama dan tuhanNya Allah. Apabila judi itu perbuatan haram, maka harta yang diperolehi itu adalah harta haram. Sesiapa yang memakannya, orang itu memakan harta yang haram. Pihak yang membenar , menyokong malah pihak yang tidak melarang dikalangan pihak yang berilmu, termasuk dalam pihak yang melakukan perbuatan haram.

Alhamdulillah, Kelulusan itu juga telah ditentang oleh beberapa tokoh sukan tempatan seperti bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh melalui laporan Bernama baru-baru ini. Sekiranya benar ada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini amat dialu-alukan.

Ketahulilah bahawa bahaya judi sangat dahsyat apatah lagi judi bola sepak sempena perlawanan bola sepak dunia itu menjadi tumpuan dikalangan kaum remaja muslim. Keadaan remaja muslim yang ada ketika ini juga sudah diketahui umum sangat longgar dalam pengamalan islam sehingga bejat moral yang kritikal. Tindakan sepadu dari umat Islam dituntut tanpa mengira ideologi politik dan sebagainya. Soal hukum Allah tidak ada kompromi !

BANTAHAN JUDI BOLA SEPAK DI PERAK

Dianggarkan 1,000 umat Islam di Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tengahari tadi.Himpunan bantahan tersebut telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak dan turut disokong beberpa badan bukan kerajaan NGO lain. Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua ABIM Perak, Haji Suhaimi Latip. Pendirian ABIM Perak, TIADA KOMPROMI SOAL HUKUM !

Wednesday, April 14, 2010

PERNYATAAN SIKAP TERHADAP ISU JENAYAH QADHAF



بسم الله الرحمن الرحيم

لقد أرسلنا رسلنا بالبيّنات وأنزلنا معهم الكتاب والميزان ليقوم الناس بالقسط وأنزلنا الحديد فيه بأس شديد ومنافع للناس وليعلم الله من ينصره ورسله بالغيب إن الله قوى عزيز


Sungguh, Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata dan Kami turunkan bersama mereka kitab dan neraca (keadilan) agar manusia dapat berlaku adil. Dan Kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya walaupun (Allah) tidak dilihatnya. Sesunggguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.
Al-Hadid:25



Petikan ayat 20 surah al-Hadid di atas seharusnya menyedarkan kita bahawa sesungguhnya keadilan (al-qist) adalah rumusan misi seluruh agama samawi. Demikianlah, Islam yang memang terumpun dalam warga agama-agama wahyu meletakkan keadilan di puncak hiraki sistem nilainya dan sekaligus menjadikannya salah satu maqasid (matlamat) utamanya. Selaras dengan itu umat Islam dituntut menegakkan keadilan (iqamat al-`adl) sebagaimana yang tersurat dan tersirat dalam syari`at. Justeru, keadilan yang hakiki dan mutlak hanya ada dalam syari`at, hukum-hakam Ilahi yang merupakan penjelmaan keadilan-Nya (`adlu 'Llah).
Komitmen keislaman hanya dapat menepati erti hakikinya apabila maqasidnya terlaksana. Maqasid al-shari`ah dalam erti objektif, tujuan dan matlamat syari`at yang menjadi tema besar wacana usuli meliputi keperluan dan hak asasi yang mesti dipelihara dan dijamin demi martabat, maslahah dan survival kemanusiaan. Antara yang terliput dalam cakupan maqasid tersebut ialah jaminan perlindungan terhadap maruah dan kehormatan diri. Dalam pidato haji perpisahan yang merumuskan sari utama misi kerasulanya, Rasulullah s.`a.w. menyebut maruah (al-a`rad) sebagai suatu yang suci, suatu yang mesti dihormati tanpa kompromi. Memang demikianlah hakikatnya, Islam melindungi maruah dan kehormatan diri umat menerusi hukum-hakamnya yang jelas dan tegas, cukup untuk mencegah kesewenang-wenangan mencemarkan maruah seseorang.
Dalam kaitan inilah motif hukum qadhaf dalam syari`at Islam itu harus difahami. Mereka yang berleluasa menabur fitnah, melemparkan tuduhan keji (zina/liwat) tanpa pembuktian secara syar`i (menghadirkan empat orang saksi yang adil dan berwibawa) seharusnya menginsafi betapa buruknya perilaku mereka, dan betapa beratnya kesalahan jenayah qadhaf yang membawa hukuman deraan fizikal lapan puluh kali sebatan (ثمانين جلدة), di samping sanksi sosial dan moral: hilang kelayakan menjadi saksi (tentang apa pun dan sampai bila pun), dan seterusnya terlempar ke dalam kelompok orang-orang fasiq (الفاسقون) sebagaimana yang disebut dalam surah al-Nur:4-5. Demikianlah ketetapan hukum syari`at yang tidak boleh ditawar-tawar lagi. Cara pembuktiannya hanya satu: hadirkan empat saksi, dan tidak lain daripada itu. Dalam kes seperti ini pembuktian dengan cara bersumpah sama sekali tidak relevan.
Kedaulatan syari`at adalah asas pembangunan umat dan masyarakat yang murni, bermaruah dan berintegriti. Masyarakat Islam dengan ciri-cirinya yang sedemikian itu tidak dapat menerima budaya fitnah, ghibah dan gosip yang membawa akibat fatal: keruntuhan martabat dan maruah umat keseluruhannya. Para pelaku dan penabur fitnah sebenarnya tidak layak hidup di tengah umat yang bermaruah dan berbudaya saling hormat. Selaras dengan itu seluruh umat Islam yang setia kepada idealisme masyarakat bersyari`at harus menolak gejala fusuq (kefasikan) yang menjelma dalam bentuk fitnah terhadap seseorang yang berintegriti moral. Dalam kaitan ini YB. Dato' Seri Anwar Ibrahim, atau siapa sahaja yang dilempari tuduhan (qadhaf) tanpa pembuktian secara syar`i berhak membela diri dan menuntut keadilan berasaskan hukum syara`: penuduh yang gagal menghadirkan empat orang saksi harus didakwa di bawah hukum qadhaf. Demi menghormati kedaulatan Islam, tuduhan yang tidak memenuhi persyaratan syara` seharusnya digugurkan. Dalam hubungan ini fatwa para ulama dunia yang berautoriti besar mengenai isu ini seperti al-Shaykh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan al-Shaykh Dr. Wahbah al-Zuhayli (kedua-duanya adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah dari kerajaan Malaysia) serta yang lain-lainnya harus dihormati dan didukung tanpa ragu. Fatwa-fatwa mereka cukup jelas, tegas, kuat, berwibawa dan meyakinkan.
Sesungguhnya kembali kepada syari`at adalah satu-satunya jalan keluar yang adil dan selamat. Demikianlah petunjuk Ilahi yang terungkap dalam kitab suci-Nya, "… Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Al-Nisa':59). Apakah yang sebenarnya dicari oleh pendakwa dan penuduh? Andainya yang dicari adalah keadilan, bukankah ia wujud dalam hukum syari`at? Apakah ada hukum lain yang lebih adil daripada hukum Allah? Apabila seseorang mengatakan "Aku ridha dengan Allah sebagai Tuhan……." (رضيت بالله رباً...) bererti ia rela menerima hukum-hakam-Nya. Jika benar demikian, mereka harus membuktikan kejujuran menepati ikrar dan pengakuan tersebut. Ternyata kesediaan rujuk (kembali) kepada Allah (hukum-hakam-Nya) adalah ujian iman. Hanya yang benar-benar beriman (kepada Allah dan Hari Akhirat) sahaja yang akan dengan senang dan rela menerima hukum Allah. Demikianlah makna tersirat di balik kalimat-kalimat,"…, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian." (إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الآخر)


Terlepas dari maksud mencampuri konflik politik antara parti, dengan niat murni semata-mata demi amanatu 'l-balagh serta tanggungjawab dakwah dan tazkirah, kita menyeru seluruh umat dan rakyat agar berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, yang dalam hal ini pembuktiannya harus berdasarkan hukum syara`. Pembuktian yang tidak dilakukan secara syara` adalah tidak sah. Dalam kaitan ini seluruh rakyat yang menginsafi hakikat kesucian maruah dan ketinggian nilai kehormatan diri harus sedia memberikan sokongan dan dukungan kepada perjuangan suci mempertahankan maruah, kehormatan dan nama baik dari pencemaran fitnah. Sementara itu kita juga ingin mengingatkan bahawa dalam melaksanakan proses perundangan secara Islam, yang seharusnya dicari adalah kebenaran, keadilan dan keredhaan Tuhan, bukan loophole dalam teks undang-undang untuk dieksploitasi membela kezaliman.
Demi tanggungjawab membina umat dan masyarakat bermaruah yang saling hormat dan saling percaya, setiap warga harus memiliki keberanian bersikap, menolak budaya fasiq aib mengaib dan fitnah memfitnah. Masyarakat Islam bukan sebuah ladang fitnah, dan bukan juga sebuah pasar gosip. Al-Qur'an telah memberikan petunjuk jelas bagaimana menyikapi gejala fasiq seperti itu, iaitu dengan menolaknya secara jelas, tegas dan tanpa basa-basi, "… ini dusta yang nyata!" ,(...هذا إفك مبين)"…ini pembohongan besar!" .(هذا بهتان عظيم) Komitmen terhadap misi amar makruf nahi munkar menuntut setiap orang bertindak melawan gerakan penyebaran kebejatan (al-fahishah). Mereka yang terlibat dengan kegiatan jahat menabur fitnah dan menyebarkan berita bohong di kalangan umat seharusnya menyedari dan menginsafi amaran keras pembalasan Tuhan sebagaimana ditegaskan dalam kitab suci-Nya:

إنَ الذين جاءوبالإفك عصبة منكم لاتحسبوه شرًا لكم بل هو خيرلكم لكل امرئ منهم
مااكتسب من الإثم والذى تولَى كبره منهم له عذاب عظيم.


Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga). Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula).
Al-Nur:11


إنَ الذين يحبّون أن تشيع الفاحشة فى الذين آمنوا لهم عذاب أليم فى الدنيا والأخرة والله يعلم
وأنتم لاتعلمون

Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar di kalangan orang-orang yang Beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Al-Nur:19

Demikianlah kerasnya amaran pembalasan Tuhan kepada perancang fitnah dan penyebar berita bohong. Malah sekadar "…ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar…" sudah cukup untuk membawa akibat ditimpa azab yang pedih dua kali, di dunia sekarang dan di akhirat nanti. Masing-masing akan merasakan kepedihan azab Tuhan mengikut kadar peranan yang dimainkan dalam kegiatan jahat tersebut.
Masyarakat Melayu-Islam adalah masyarakat yang bersusila dan beradab. Manusia unggul dalam pandangan sarwa (worldview) Melayu diungkapkan dengan kata "orang budiman", ungkapan yang melambangkan kesempurnaan watak manusia cendekia dan berakhlak mulia. Melayu yang hidupnya dikandung adat adalah bangsa yang sentiasa mengawal perilakunya dengan nilai dan norma agama dan budaya. Kesetiaan terhadap nilai-nilai itulah yang membentuk etos bangsa yang tersirat di balik kata "pantang Melayu", ungkapan yang merujuk sikap ketidakrelaan melakukan atau diperlakukan di luar batas nilai-nilai budayanya. Dalam kaitan ini perlu diingat bahawa antara pantang Melayu paling besar ialah mengaib atau diaibkan. Demikianlah sebagaimana yang dinyatakan secara eksplisit dalam dialog Seri Teri Buana - Demang Lebar Daun. Dialog yang disebut "wa`ad" oleh Tun Seri Lanang itu adalah sebuah dokumen budaya yang dimaknai sebagai kontrak sosial Melayu antara penguasa dan rakyat. Seri Teri Buana yang menyimbolkan penguasa Melayu menyetujui tuntutan Demang Lebar Daun yang bertindak sebagai jurubicara rakyat, agar rakyat Melayu walau apa pun kesalahannya, "jangan ia difadhihatkan dan dinista dengan kata yang jahat-jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau patut pada hukum syar`i."
Memang kata-kata tersebut bukan teks suci keagamaan, tetapi ia tetap mempunyai makna dan significance kebudayaan yang istimewa. Justeru ia adalah pernyataan kesedaran Melayu tentang maruah dan karamah insaniah; bahawa manusia (Melayu) sekecil mana pun harus dihormati dan tidak boleh diaibkan. Sejarah Melayu (Sulalat al-Salatin) adalah karya agung yang mengungkapkan hikmah (wisdom) tradisi kepujanggaan bangsa tentang erti keluhuran etika sehingga "…segala raja-raja Melayu tiada pernah memberi `aib pada segala hamba Melayu, …". Dengan gaya dan daya kepengarangannya yang istimewa Tun Seri Lanang menyuarakan ketajaman firasat dan sekaligus amaran, "Jikalau ada seorang raja memberi `aib itu `alamat negeri akan dibinasakan Allah Subhanahu wa Ta`ala." Demikianlah teks sebuah karya dari khazanah kepujanggaan bangsa yang mengabadikan suara hati dan akal budi Melayu sebagai bangsa yang memiliki kehormatan dan harga diri, yang demi maruah sanggup menderhaka apabila di`aibkan. Kontrak sosial Melayu memberikan isyarat jelas bahawa setia Melayu adalah setia bersyarat, sebagaimana derhakanya juga adalah derhaka bersebab. Setia Melayu yang tanpa syarat hanya kepada syari`at, rela menerima sebarang keputusan dan tindakan "…jikalau patut pada hukum syar`i."
Demi menghindari krisis yang diungkapkan oleh Tun Seri Lanang dengan kata "binasa" itu, jangan siapa pun melanggar pantang Melayu, dan jangan siapa pun menolak syari`at. Bangsa ini jangan diajar menjadi liar, tetapi kembalikanlah ke akar agama dan budayanya.


Sekretariat Bersama


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Kajang: 11 Rabiulakhir 1431 / 27 Mac 2010

Wednesday, February 24, 2010

Nationalisme Part 1: Views asserting that Nationalisme encompases more benifits to the development of a nation should be declared null and void

Introduction
Nationalism is one of the most contested concepts in the social sciences. Definitions abound, ranging from nationalism as patriotism to nationalism as national identity to nationalism as a form of ‘chauvinism’ (extreme nationalism). Many theories of nationalism were developed as there were numerous definitions and views upon this subjective notion. Nation means a body of people who possesses the consciousness of a common identity, giving them distinctiveness from other people. This consciousness will be based upon common historical experiences, and other shared features such as geographical location, and a common culture including a literature and a language. It is therefore, nationalism is defines as an ideology promoting nationhood, a strong sense of collective identity and solidarity among a wide population (a so called “nation”) on the basis of their common language, culture, heritage religion or citizenship in a state. As the political belief, in addition, it means certain group of people represents a natural community of a nation which they live under one political structure or government, independent and sovereign. It is important to distinguish between two types of nationalism which are sometimes called ‘civic nationalism’ and ‘ethnic nationalism’.

Civic nationalism is a sense of belonging to a common nation. It is defined by citizenship in the same national state. Ethnic nationalism on the other hand, is a kind of loyalty based on membership in a common ethnic community. It limits itself to the members’ loyalty to one particular subset of the citizens among whom they live. In both types of nationalism, conflicts emerge because people identify themselves with their ‘nation’, whether they are confining to national state or ethnic group. I strongly believe whatever form nationalism is, it proposes nation destroying rather than nation building.
In fact, views asserting that nationalism encompasses mare benefits to the development of a nation should be declared null and void.

This essay is divided into six essential parts. They are;
Firstly, it discusses numerous definitions given by scholars are examined and discussed. It includes the writer’s stand towards the chosen topic. It also comprises the meaning of nation. Various definitions are put forward to ensure that basic meanings are well comprehended.
Secondly, it focuses on the origin of nationalism, its development character, and its implications to the world in the late twentieth century.
Thirdly, it suggests three main arguments with each argument earn three supporting points. In making the discussion more relevant, specific examples are put onward. The three main arguments cover socio-economic inequality, the possible growth of extreme nationalists and the division of people on the basis of racial or national identity. This section in short identifies the problems of nationalism.
Fourthly, the fundamental arguments which support the idea of nationalism are lift up and in turn points of view with specific examples are put forward to refute those arguments.
Fifthly, as a Muslim, Islamic point of view on nationalism is unforgettable. It denotes several essential points principally drawn from the Qur'an and the Sunnah.
The sixth and the last clarifies conclusion of this essay and suggest for further study on this present and crucial issue.

Wednesday, January 20, 2010

MURSYIDUL AM IKHWANUL MUSLIMIN KE-8

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Perak memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi apabila Ikhwanul Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun.Perlantikan tokoh besar ini sebagai Mursyidul Am kelapan bagi jemaah Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Mursyidul Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1982 merupakan perkara penting untuk memastikan kesinambungan perjuangan. Dr. Muhammad Badi' yang bersedia sebagai Mursyid Am apabila Mursyidul Am KeTujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun. Semoga Ustaz Mahdi Akef akan tetap terus memberi sumbangan untuk terus memperkukuhkan gerakan yang tersohor Ikhwanul muslimin. Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin kelapan dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.
Latar belakang Dr Muhammad Badi’ lahir pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir.

Beliau adalah anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha. Warga ABIM Perak khususnya mendoakan agar Dr. Muhammad Badi diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangannya dan semoga dikurnikan kejayaan dunia dan akhirat.


Thursday, January 7, 2010

MEMBANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Perak ingin menyatakan pendirian berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh Catholic Herald.

1. Membantah penggunaan kalimah “ALLAH” untuk menggantikan penggunaan perkataan “God” atau “Lord”. Walaupun di kalangan intelektual, agamawan, dan ahli politik di Negara ini berselisih pendapat dengan penggunaan kalimah tersebut, ABIM Perak berpendapat penggunaan kalimah ALLAH dalam akhbar rasmi agama Kristian tersebut dikhuatiri menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam secara keseluruhan. Dalam konteks Negara Malaysia terutama di Semenanjung yang telah merdeka lebih 52 tahun ini tidak mungkin boleh di samakan dengan sebahagian tempat atau Negara lain seperti di Sabah dan Serawak, Indonesia atau Mesir yang dikatakan telah lama mempraktikan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian. Suasana dan keadaan Negara ini perlu diambil kira untuk terus mengekalkan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama.

2. ABIM Perak juga memahami dan menggesa semua pihak menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang selari dengan ajaran Islam di mana tiada paksaan untuk beragama dan ia merupakan pilihan sendiri.

3. ABIM Perak juga ingin mengingatkan bahawa jangan ada sesetengah pihak yang cuba “Menangguk di Air yang Keruh”, dan menimbulkan provokasi, yang akhirnya menghilangkan pertimbangan waras umat Melayu Islam di Negara ini. ABIM sangat yakin perkara ini boleh di selesaikan secara baik dan tenang.

4. ABIM Perak menyarankan agar seluruh umat Islam di Negara ini berdoa dan melakukan solat hajat agar isu ini berjaya di selesaikan dengan baik dan tidak berlaku sebarang kejadian yang buruk.